Kali ini, kami ingin berkongsi secara ringkas berkenaan satu jenis perceraian yang agak biasa didengar tetapi mungkin tidak semasyhur fasakh. Ini kerana fasakh mempunyai berbelas-belas alasan yang diterima Mahkamah untuk mensabitkan berlakunya pembubaran perkahwinan, manakala ta’liq lebih tertumpu kepada sesuatu syarat ta’liq yang dilanggar menyebabkan jatuh talaq.
Ta’liq hanya sah jika dilafazkan suami (dan bukan isteri), kerana sepertimana talaq itu hanya hak suami, begitu jugalah dengan ta’liq.
Ta’liq semasa nikah
Perkataan ta’liq mungkin tidak asing kepada pasangan yang baru berkahwin mengikut undang-undang syariah negeri masing-masing kerana lafaz ta’liq akan dibaca suami sejurus selepas akad nikah dilafazkan. Lafaz ini akan direkodkan dalam sijil nikah suami dan isteri, untuk rujukan mudah sekiranya berlaku perlanggaran ta’liq.
Dalam hal ini, setiap negeri menetapkan ‘skrip’ lafaz ta’liq yang sedikit berbeza antara satu sama lain, tetapi maksudnya adalah hampir sama jika kita bandingkan antara negeri-negeri ini. Satu syarat yang sering kita dengar dalam lafaz ta’liq semasa nikah adalah sekiranya suami tidak memberikan nafkah selama 4 bulan berturut-turut maka isteri boleh mengadu ke Mahkamah dan jatuhlah talaq khulu’ jika Mahkamah mensabitkan aduan tersebut dan suatu bayaran diterima dari isteri.
Adakah sekiranya suami gagal bayar nafkah selama 4 bulan secara automatik jatuh talaq?
Jawapannya TIDAK, hanya sekiranya si isteri mengadu ke Mahkamah, barulah boleh jatuh talaq sekiranya Mahkamah mendapati aduan itu berasas. Untuk mensabitkan aduan tersebut, Mahkamah akan meminta suami datang untuk menunjukkan bukti bahawa dia ada memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh 4 bulan, atau jika suami tidak hadir, isteri boleh membawa saksi-saksi (sebaiknya dua orang lelaki muslim) yang boleh memberi keterangan bahawa memang si suami tidak memberikan nafkah kepada isteri selama 4 bulan berturut. Kebiasaannya saksi yang mengetahui fakta ini adalah bapa atau adik beradik yang tinggal serumah dengan pasangan suami isteri tersebut (jika ada). Jika tiada saksi yang tahu berkenaan hal ini, bawalah bukti dokumentari seperti akaun bank yang menunjukkan tiada wang dimasukkan ke dalamnya oleh si suami, atau apa-apa bukti lain seperti perbualan WhatsApp dan sebagainya. Jika Mahkamah menerima bukti tersebut, talaq mungkin boleh dijatuhkan oleh Mahkamah mengikut lafaz ta’liq.
Ta’liq secara umum
Perlu kita ketahui bahawa bukan ta’liq semasa nikah sahaja merupakan ta’liq yang diperuntukkan oleh Hukum Syarak. Terdapat juga ta’liq yang tidak direkodkan dalam mana-mana dokumen, iaitu lafaz ta’liq yang dibuat suami secara lisan atau bertulis, yang boleh membawa kepada jatuh talaq sekiranya berlaku perlanggaran syarat ta’liq. Sebagai contoh “jika kamu keluar dari rumah malam ini, jatuh talaq tiga”.
Bagi tujuan mengawal daripada suami dengan sewenang-wenangnya membuat lafaz ta’liq umum ini, kebanyakan enakmen negeri memperuntukkan denda sebagai hukuman bagi suami yang membuat lafaz ta’liq umum ini.
Bila jatuh talaq?
Dalam hal ini, sekiranya telah berlaku lafaz ta’liq umum ini diikuti dengan perlanggaran ta’liq oleh mana-mana pihak sepertimana yang dinyatakan dalam lafaz tersebut, maka hendaklah perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah. Sekiranya Mahkamah mendapati lafaz ta’liq itu memang telah dibuat oleh suami, dan telah berlaku perlanggaran, maka Mahkamah akan mensabitkan jatuh talaq PADA MASA ta’liq tersebut dilanggar.
Ini lah perbezaan dengan ta’liq semasa nikah, kerana dalam kes ta’liq semasa nikah, talaq tidak jatuh sehinggalah Mahkamah mensabitkan aduan si isteri bahawa suami telah melanggar syarat yang dinyatakan dalam ta’liq semasa nikah tersebut. Sedangkan untuk ta’liq selain itu, talaq jatuh sebaik sahaja berlaku perlanggaran ta’liq, maka iddah isteri akan dikira dari tarikh talaq tersebut jatuh pada masa ta’liq dilanggar, dan bukan dari tarikh Mahkamah memberikan pensabitan.
Pandangan
Ta’liq sebenarnya lebih mudah diputuskan berbanding fasakh jika cukup bukti atau saksi yang menunjukkan perlanggaran ta’liq telah dibuat, contohnya, suami telah hilang melebihi 4 bulan dan tidak memberi nafkah sepanjang tempoh itu dan isteri ada saksi-saksi lelaki yang membuktikan perkara tersebut. Maka, penulis berpendapat para isteri yang teraniaya boleh menuntut pengadilan di Mahkamah di bawah perceraian ta’liq jika mereka terjatuh di bawah kategori ini.
Wallahu’alam.
Pandangan dan komen dialu-alukan.
Sekian.
ASHIKIN RAHIM
12/10/2016
Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa
Ida
admin
Sha
admin
Amar
admin
Ahmad Maslan Rahim Bin Muhammad
admin
Wan
admin
Farah
admin
Shira
admin
Shira
admin
Hidayah
admin
Fazrul
admin
Ana
admin
hamba yang lalai
admin
syAza
admin
Johan
admin
Aliff haikal
admin
Aliff haikal
Shira
Ridz
Ika
admin
bell
Hamba Allah
admin
Hamba Allah
admin
Hamba
Admin
admin
hamba allah
admin
Shah
admin
Linda
admin
Firdaus
admin
Nur
admin
fakr
admin
Warhound90
admin
Ziera
admin
Siti
admin
HALIZAL
admin
Hamba Allah
admin
AMY
admin
azmi
admin
Alif
admin
sue
admin
Mazidah dahalan
admin
mat
admin
salwa
admin
aishah
admin
Mohammad
admin
-
admin
Rj
admin
Ridhuan
admin
Farez
admin
sharifah
admin
Mar
na
admin
Hnez
admin
Niz
admin
Hnez2209
Hnez2209
admin
Nia
admin
Hnez2209
Hnez2209
admin
admin
Ummu
admin
Mar
admin
aishah
admin
Fara
admin