Assalamualaikum warah matullah wabarakatuh,
Penulisan kami kali ini adalah untuk menerangkan secara serba ringkas berkenaan proses yang perlu dilalui oleh suami isteri apabila salah seorang tidak bersetuju untuk bercerai selepas kes cerai secara talaq difailkan di Mahkamah. Entri ini juga adalah sambungan kepada artikel “Cerai Secara Baik / Cerai Dalam Mahkamah” yang pernah kami tulis sebelum ini.
Secara ringkasnya, kami ceritakan proses di Mahkamah yang biasa berlaku dengan kehadiran suami/isteri untuk kes cerai secara talaq:-
- Apabila suami atau isteri telah memfailkan kes cerai secara talaq dalam Mahkamah, Mahkamah akan memberikan satu tarikh untuk kedua-dua suami isteri hadir di hadapan Hakim.
- Pada tarikh tersebut, sekiranya kedua-duanya hadir, Hakim akan bertanya kepada Plaintif (iaitu pihak yang memfailkan kes tersebut) berkenaan alasan memohon perceraian.
- Kemudian, Hakim akan bertanya kepada Defendan (iaitu pihak kedua samaada suami/isteri dalam kes tersebut) samaada Defendan bersetuju untuk bercerai dengan Plaintif.
- Sekiranya Defendan bersetuju, dan isteri dalam keadaan suci dan tidak mengandung serta tiada persetubuhan sepanjang tempoh suci sejak datang haid kali terakhir, Hakim akan memberi kebenaran kepada suami untuk melafazkan talaq di hadapan Hakim, dan kes akan terus selesai. Pihak-pihak hanya perlu menunggu perintah termeterai dikeluarkan Mahkamah, barulah boleh dikemukakan kepada Pejabat Agama untuk mendapatkan Sijil Perakuan Cerai.
- Bagaimana pula jika suami atau isteri enggan hadir atau hadir tetapi enggan bercerai? Itulah proses yang akan kita ceritakan secara panjang lebar kali ini.
DEFENDAN TIDAK HADIR
- Apabila tiba tarikh di hadapan Hakim, dan Defendan tidak hadir, Mahkamah akan bertanya kepada Plaintif samaada dokumen Mahkamah yang difailkan sudah diserahkan secara sempurna kepada Defendan. Cara penyerahan hendaklah secara langsung di hadapan Defendan, tidak boleh kepada wakil Defendan (seperti orang gaji atau pekerja) atau ditinggalkan di rumah sekalipun Defendan duduk serumah. Hendaklah diserahkan secara tangan, samaada melalui si pemohon (Plaintif) sendiri, atau wakil Plaintif menyerahkan secara langsung kepada Defendan, atau melalui penghantar Saman dari Mahkamah. Sebaiknya serahkanlah sendiri kerana Mahkamah hanya menyerahkan pada waktu pejabat, dan sekiranya alamat Defendan yang diberikan adalah alamat rumah, sudah tentulah Defendan tiada di rumah, dan ini akan melambatkan perjalanan prosiding cerai anda.
- Sekiranya Hakim berpuas hati bahawa penyerahan sudah sempurna, manakala Defendan diketahui keberadaannya tetapi Defendan dengan sengaja tidak mahu hadir ke Mahkamah, Hakim akan menangguhkan kes untuk memberi peluang Defendan hadir pada tarikh lain. Hakim juga boleh mengeluarkan notis amaran untuk Defendan hadir, atau mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa kehadiran Defendan.
- Sekiranya Plaintif adalah isteri, manakala si suami tidak diketahui keberadaannya, Hakim kadangkala menasihatkan Plaintif untuk menarik-balik kes cerai secara talaq dan menasihatkan Plaintif untuk memfailkan kes secara taklik atau fasakh, bergantung kepada alasan untuk bercerai. Sila rujuk di Internet untuk alasan-alasan untuk bercerai secara taklik dan secara fasakh bagi mendapatkan maklumat kesesuaian perceraian secara apa yang sepatutnya Plaintif failkan terhadap Defendan.
APABILA DEFENDAN TIDAK BERSETUJU BERCERAI:-
Apabila suami dan isteri telah hadir ke Mahkamah tetapi si Defendan tidak bersetuju untuk bercerai:-
- Mahkamah akan mengarahkan pihak-pihak untuk hadir pada satu tarikh lain dengan membawa wakil masing-masing yang terdiri dari ahli keluarga terdekat (sebaiknya lelaki, dan ada pertalian darah dengan pihak tersebut) atau jika tiada, kawan rapat yang tahu berkenaan masalah rumahtangga suami isteri tersebut.
- Hakim akan merujuk tarikh seterusnya ini sebagai tarikh lantikan wakil JKP (“JKP” adalah singkatan untuk Jawatankuasa Pendamai)
- Pada tarikh lantikan wakil JKP tersebut, hendaklah Plaintif dan Defendan hadir bersama wakil masing-masing, dengan membawa IC wakil JKP masing-masing dan Hakim akan mengambil maklumat wakil mereka. Seterusnya, Hakim akan memberi tarikh sebutan seterusnya untuk mendapatkan laporan dari perjumpaan JKP ini. (Sekiranya Defendan enggan hadir pada peringkat ini atau enggan memberikan kerjasama dalam pelantikan wakil JKP, Mahkamah boleh melangkau peringkat JKP dan terus ke peringkat Hakam untuk menyelesaikan perceraian dengan pantas, tetapi Plaintif hendaklah terlebih dahulu memuaskan hati Hakim bahawa telah berlaku pecah belah (syiqaq) dalam rumahtangga oleh itu hendaklah menceritakan secara terperinci kepada Hakim berkenaan apakah alasan-alasan memohon cerai)
- Sebelum tiba tarikh sebutan seterusnya ini, pihak Jabatan Agama Islam akan menerima surat arahan dari Mahkamah untuk memanggil suami/isteri ke perjumpaan JKP. Kemudiannya, Jabatan Agama Islam akan mengeluarkan surat kepada pihak-pihak dan kepada wakil masing-masing yang mengarahkan kesemua mereka untuk hadir ke satu mesyuarat JKP yang akan dipengerusikan oleh seorang pegawai dari Jabatan tersebut, dan akan diadakan di pejabat Jabatan Agama Islam yang berkenaan. Peguam tidak boleh hadir. Hanya pihak2 dan wakil2 mereka akan hadir ke perjumpaan ini. Selepas kesemua mereka ini berbincang, barulah pengerusi JKP tersebut akan membuat laporan kepada Mahkamah samaada pendamaian tersebut berjaya atau tidak. Jika ada pihak yang gagal hadir tanpa sebab yang munasabah, juga akan dilaporkan sebagai JKP tidak berjaya. Kadangkala JKP tidak sempat mengatur perjumpaan sebelum tarikh sebutan seterusnya. Jika itu berlaku, tarikh lain akan diberikan oleh Mahkamah, sehinggalah laporan JKP sedia dan telah dihantar oleh pengerusi JKP secara terus ke fail Mahkamah.
- Jika pihak tidak berjaya berdamai dan JKP memutuskan syiqaq berterusan antara mereka, pada tarikh sebutan untuk laporan JKP ini, Hakim akan mengarahkan pihak-pihak datang pada tarikh sebutan seterusnya dengan membawa Hakam Keluarga masing-masing (wakil untuk berbincang di Majlis Hakam dipanggil “Hakam”). Hakam Keluarga boleh terdiri dari wakil yang sama yang dilantik ke JKP tetapi pelantikan Hakam Keluarga perlu dibuat secara rasmi semula di hadapan Hakim kerana Hakam Keluarga perlu diberikan kuasa yang spesifik. Hakam Keluarga juga wajib LELAKI, tidak boleh perempuan. Jadi, jika wakil JKP sebelum itu adalah perempuan, pihak yang berkenaan perlu membawa orang lain, iaitu seorang lelaki, sebagai Hakam Keluarga pihak tersebut, dan hendaklah dari kalangan ahli keluarga atau teman rapat.
- Selepas Hakam Keluarga masing-masing dilantik oleh suami dan isteri (Hakam Keluarga perlu hadir dan bawa IC), Mahkamah akan menetapkan sebutan seterusnya untuk mendapatkan laporan Hakam Keluarga pula. Hakam Keluarga ini bertujuan untuk cuba mendamaikan pihak-pihak. Selepas pelantikan mereka, Hakam-Hakam ini perlu berjumpa di Mahkamah atau di mana-mana tempat dan cuba mendamaikan pihak-pihak, sebelum tarikh laporan Hakam Keluarga yang ditetapkan Mahkamah.
- Jika masih tidak berjaya berdamai, Hakam Keluarga akan melaporkan sedemikian kepada Hakim di sebutan seterusnya dan Hakim akan mengarahkan sebutan lain ditetapkan untuk pelantikan Hakam peringkat kedua dikenali sebagai Hakam Panel. Di peringkat ini, Mahkamah akan melantik Hakam Panel baru dari kalangan ahli panel Hakam yang disediakan pihak Mahkamah untuk mewakili pihak-pihak.
- Hakam Panel setiap pihak bersama pihak-pihak akan kemudiannya bertemu dalam satu majlis di Mahkamah sebelum tarikh laporan Hakam Panel di mana mereka akan berbincang mengenai samaada perbalahan suami isteri patut berakhir dengan perceraian, dan apakah jenis perceraian tersebut.
- Cerai yang diputuskan dalam Majlis Hakam Panel adalah samaada cerai talaq biasa atau tebus talaq (khulu’). Jenis talaq yang akan ditentukan Hakam Panel ini bergantung kepada siapakah punca perceraian yang bakal berlaku. Sekiranya jenis talaq yang dipersetujui Hakam-Hakam Panel adalah talaq jenis khulu’, jumlah yang perlu dibayar sebagai tebus talaq juga akan ditentukan oleh Hakam Panel dan bukannya sesuka hati ditentukan oleh si suami. Kadangkala isu jumlah ini juga akan ditentukan oleh Hakim sekiranya Hakam Panel tidak dapat mencapai persetujuan atau ada pihak yang tidak bersetuju. Biasanya jumlah khulu’ adalah dalam lingkungan RM 300 dan ke bawah sahaja.
- Pada sebutan yang dijadualkan untuk Laporan Hakam Panel, Hakam Panel yang diberi kuasa menceraikan isteri bagi pihak suami boleh meneruskan dengan lafaz talaq setelah diberi kebenaran oleh Hakim untuk melafazkan. Yang akan melafaz talaq adalah Hakam Panel tersebut, dan bukannya suami.
Begitulah sedikit sebanyak penerangan berkenaan proses perceraian dalam Mahkamah secara talaq / atau secara Hakam. Bercerai dalam mahkamah secara talaq ini tidak mengaibkan pihak-pihak kerana semua perbincangan JKP dan Hakam adalah tertutup, manakala perceraian secara taklik / fasakh memerlukan perbicaraan di mahkamah terbuka di mana semua orang awam boleh melihat dan mendengar masalah yang melanda pihak-pihak tersebut. Juga, cerai secara talaq ini tidak memerlukan kepada alasan yang diharuskan syarak untuk bercerai sepertimana alasan untuk mendapat taklik / fasakh. Untuk bercerai secara talaq, cukuplah sekadar suami bersetuju untuk melafazkan talaq atau Hakam suami diberi kebenaran melafazkan talaq dan selesailah kes selepas talaq dilafazkan dengan kebenaran Hakim. Secara puratanya juga, cerai secara hakam ini lebih cepat selesai berbanding cerai secara fasakh atau taklik sekiranya prosedur Mahkamah diikuti dan keadaan-keadaan tertentu berlaku untuk kes tersebut.
Sekian,
Ashikin (Kin) Rahim
Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa
mar
admin
Nurul
admin
bella
admin
KHAIZUL
admin
hajar
admin
Murni Asya
admin
Nur lailatul syahira
admin
Syafiq
admin
Alice
admin
Suharni Ajmain
admin
Ali
admin
Izlan
admin
hanafi
admin
Sha
admin
Fitri
admin
Jamaliah
admin
Din jb
admin
Natasha
admin
AZ
admin
Fat
admin
ASA
admin
Im
admin
Yatie
admin
ibu sakura
admin
Izan
admin
Yg ingin bahagia
admin
Nursyams
admin
norsiah kamis
admin
isma
admin
Ahmad Sabidi
admin
Muhammad Akmal b.alyas
admin
Dila
admin
Siti dzaliza
admin
Along
admin
Amy
admin
Insan Keliru
admin
Nasiha
admin
Nasiha
admin
Cda
admin
Pulau
admin
Wardah.
admin
Nisa
admin
NORWAFAEZI IDAYU BINTI ABDULLAH
admin
jue
admin
Aie
admin
Am
admin
Sister
admin
Nurul
admin
PUAN A
supian
admin
SUPIAN
Manjalara
admin
ina
admin
Ali
admin
suba
salina
mohd faisal muhamad jaffar
admin
BELUM BERSEDIA
admin
sha
admin
Swetha kumaran
admin
SWETHA KUMARAN
wanita dilema
admin
Orkid
admin
Didda
admin
Insan Teraniaya
admin
izzu
admin
suami teraniaya
admin
saufi
admin
tidak ingin bercerai
admin
Hanna
admin
Lyna
admin
diya
admin
HAMBA ALLAH
admin
suami buntu
Buntu
admin
Azizah Azmi
admin
salina
admin
Yg tersiksa jiwa....
admin
nooraini binti yaakob
admin
suba
admin
Noor
admin
insan kesedihan
admin
Lina
admin
Mariam
admin
Ena
admin
Siti
admin
Mr Puyuh
admin
hamba allah
admin
Dila
admin
Zulaika
admin
Raziq
admin
siti
admin
Ahmad
admin
Maria
admin
Maria
Puan a
admin
Puan A
anas
admin