ALAMAT MANA?

Nak failkan kes di mana-mana Mahkamah Syariah, perkara pertama akan ditanya kepada orang yang nak memfailkan kes adalah “alamat mana?” Kena ambil tahu, supaya takdelah perlu berulang-alik ke mahkamah akibat tersilap pergi court, silap prepare dokumen dan sebagainya. Bayangkan dah travel ke Mahkamah Jalan Duta selepas tunggu booking slot 2 bulan, rupanya silap, patutnya bidangkuasa Mahkamah Shah Alam, then kena tunggu booking slot lagi 3 bulan, dokumen semua kena tukar ke borang untuk Selangor, tak ke naya.

Nak bincang isu pasal alamat ni pun panjang. sebab ia tak seringkas yang disangka. Bila dah jumpa pelbagai insiden, barulah tahu ia bukan satu topik yang straight-forward.Alamat ni ada banyak jenis.

Yang selalu orang tanya:-

1. Alamat IC

2. Alamat tempat tinggal semasa

3. Alamat tempat nikah

4. Alamat suami / isteri (jika mereka tinggal asing)

5. Alamat rumah sewa (jika bukan tempat tinggal sendiri)

6. Alamat pejabat

7. Alamat rumah banyak (untuk yang banyak rumah sendiri)

Sebelum Mahkamah nak terima kes, Mahkamah perlu pastikan apakah alamat TEMPAT TINGGAL SEMASA (atau disebut alamat mastautin) orang yang nak memfailkan kes tersebut (Plaintif).

So nak menentukan ini, mahkamah nak tengok salah satu antara dua:

1. ALAMAT IC – kena failkan di mahkamah yang berbidangkuasa kepada alamat ic tersebut. so kalau IC masih alamat di kampung, kena tukar dulu lah kepada alamat mastautin. kalau tak tukar, larat ke nak balik kampung failkan kes, dan setiap kali ada tarikh hadir Mahkamah, kena berulang alik ke kampung. Tidak praktikal.

2. AKUAN MASTAUTIN – kalau taknak tukar alamat IC, atau tak sempat, then perlu dapatkan dulu pengesahan mastautin dari masjid kariah yang berdekatan dengan alamat mastautin. So, katakan alamat IC di JB, tapi alamat mastautin di Kuala Lumpur, then perlu dapatkan dulu pengesahan akuan mastautin. dah dapat surat pengesahan ni (ada format mahkamah sediakan), baru boleh lampirkan kepada kes yang nak difailkan di Mahkamah.

Kita tak ikut alamat tempat nikah, tak ikut alamat pasangan (jika pasangan tinggal asing).

Boleh guna alamat rumah sewa jika memang itu alamat mastautin kita. kena lampirkan saja perjanjian sewa kepada akuan mastautin bila nak tunjukkan kepada pegawai masjid yang nak sign akuan tersebut.

TAK BOLEH GUNA ALAMAT PEJABAT. pejabat bukan tempat kita mastautin. pejabat tempat kita kerja. contoh, rumah di Seremban, kerja di KL. jangan memandai nak guna alamat KL dengan letak alamat pejabat. kadang2 ada plaintif yang lepas dapat guna alamat pejabat, tapi kalau pihak defendan nak object, boleh, bangkitkan depan hakim.

Alamat rumah yang banyak sebab ada banyak rumah (contoh yang kawin poligami), then boleh pilih nak guna yang mana satu.

Isu lain (terutama yang tinggal di lembah klang):-

nak kenal pasti alamat tu masuk bawah bidangkuasa mana pun bukan straight-forward ye. terutama jika tinggal di lembah klang.

Alamat pos kita mungkin di kuala lumpur, contoh di ampang, taman melawati, wangsa maju, cheras. tapi kebanyakan kawasan dalam tempat ni jatuh bawah bidangkuasa mahkamah SELANGOR ye.

Macamana cara nak tahu?

rujuk kepada cukai taksiran (juga dipanggil cukai pintu), yang kita bayar setahun dua kali tu. adakah kita bayar kepada majlis perbandaran di selangor, atau adakah kita bayar kepada DBKL?

Jika bayar kepada DBKL, barulah maksudnya kita ke mahkamah syariah KL di jalan duta untuk failkan kes.

Jika bayar cukai taksiran kepada MPAJ, bermakna kes kita perlu failkan di mahkamah syariah ampang jaya juga. walaupun alamat pos kita tu “taman pandan mewah, kuala lumpur” (contoh).

ada lagi satu cara nak semak jika kita masuk bawah bidangkuasa selangor atau tidak. log in ke http://elocator.jakess.gov.my/ dan semak samaada alamat kita ada dalam tu dan masuk dalam bidangkuasa mana.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Ashikin (Kin) Rahim

15-08-2021

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *