WARKAH BUAT ISTERI YANG NAK BERPISAH…..

Puan,

Dalam Islam memang ada disediakan jalan keluar untuk suami/isteri dari sesuatu pernikahan. Ada talaq, fasakh, khuluq, ta’liq, li’an, zihar. Semua jenis cerai ni ada maksud dan tujuan tersendiri, ikut kes masing2.

Pointnya, ISLAM beri jalan keluar pada kedua2nya. Yg kata isteri minta cerai tu haram, mohon suami check balik nas atau fatwa mana yg disandarkan tu. kalaulah isteri minta cerai tu haram, suami yang suka2 nak lafaz talaq sesuka hati tu macamana pula?

Adilkah masyarakat hanya menghina sesetengah isteri yang menuntut cerai, sedangkan sesetengah suami yang sesuka hati mentalaq isteri di luar mahkamah tidak menerima kutukan sebegitu rupa. Benar, talaq itu hak suami. Tapi isteri ada hak tuntut fasakh, khuluq, ta’liq, cerai hakam. semua ni diperuntukkan dalam Islam juga, bukan isteri2 buat hukum sendiri. Nak menafikan hak seorang isteri di bawah Islam, adakah menafikan hukum Islam itu sendiri?

So first cabaran yang perlu dihadapi Puan adalah menerima stigma masyarakat sebegini. Mereka masih belum faham.

Puan,

Puan akan berhadapan juga dengan suami yang mengugut akan mendapatkan perintah nusyuz dan menafikan hak puan terhadap hak penjagaan anak, harta, nafkah dan lain-lain. Ini satu lagi pandangan yang salah di pihak ramai lelaki di Malaysia ni. Sanggup habis beribu lantik lawyer utk kes nusyuz, lawyer dia pula tak advise betul2. Disangkanya nusyuz itu pendinding semuanya.

Yang sebenarnya, Nusyuz hanyalah boleh disabitkan oleh seorang hakim. Maksudnya, kena failkan kes di mahkamah, kena lalui bicara, bawa saksi mencukupi, buktikan kes, barulah mahkamah decide isteri nusyuz atau tidak. Hakikatnya sangat susah nak dapatkan sabitan nusyuz ni. Bukannya seperti semudah yg disangka. Makan bertahun juga baru kes selesai. itupun tak sewenangnya hakim nak kata isteri tu nusyuz.

Dan kalau dapat sabitan nusyuz sekalipun, puan hanya dihalang tuntut nafkah isteri sahaja. Maksudnya, jika bercerai, tak boleh tuntut nafkah iddah. Jika belum bercerai, tak boleh tuntut nafkah isteri bagi tempoh nusyuz. Itu sahaja.

Ini bermakna, sudahlah nak dapat sabitan nusyuz tu susah, kalau suami dapat sekalipun, ia sama sekali tidak menjejaskan hak puan untuk tuntut nafkah anak, hak penjagaan anak, harta sepencarian, mutaah, hutang perkahwinan, nafkah tertunggak isteri (untuk tempoh tidak nusyuz).

Jadi, usahlah dimomok-momokkan lagi akan hilang hak jumpa anak, hilang harta benda dan sebagainya. Ini semua stigma lelaki Melayu Islam yang banyak terpengaruh dengan drama dan nasihat terpesong dari rakan2 di kedai kopi.

Puan,

Bukan saya menggalakkan puan bercerai. Tapi kalau itu sahaja jalan Puan untuk keluar dari perkahwinan yang membinasakan diri Puan dan bukannya membahagiakan, itulah keputusan yang Puan perlu decide properly. Tapi jika masih ada sayang, mungkin berbaloi untuk cuba dapatkan bantuan orang tengah untuk berdamai.

Orang tengah ni kena pilih juga. Bukan orang yang makin mencurah petrol pada api. Carilah orang yang dihormati, yang berakhlak baik, yang berilmu agama, dan dilatih untuk memberi nasihat secara adil dan bukan berat sebelah pada sesuatu gender. Cari orang yang puan dan suami kedua2nya boleh hormat bila dia memberi nasihat. Selalunya saya advise pergilah berjumpa professional marriage counsellor.

Puan,

Hakikat dunia sekarang ni, tak ada suami yang sempurna sepertimana tak ada isteri yang sempurna juga. Bila puan nak membuka aib suami di mahkamah, puan kena bersedia bahawa dia juga akan membuka aib puan di mahkamah. Terutama dalam kes nusyuz dan hak penjagaan anak.

Puan kena bersedia mental untuk menghadapi situasi ni. Hakikatnya dalam Mahkamah, orang lain yg ada sekali dalam dewan yang sama juga ada masalah mereka masing2 dan tak akan ingat pun siapa puan bila mereka keluar dari courtroom tersebut. Melainkan puan adalah artis atau public figure. Jadi, usahlah terlalu bimbang berkenaan aib akan terdedah semasa bicara kerana puan terpaksa melaluinya jika sudah nekad nak berpisah.

Dan puan juga perlu ingat, biasanya kaum suami paling sensitif dengan perkara ini. Suami biasanya paling takut aib mereka didedah dalam mahkamah. Walaupun tak ada siapa kenal suami dalam mahkamah itu pun. Itu memang dah nature lelaki. Sebab itu kita boleh jumpa ramai lelaki yang baik depan orang luar, tapi bila depan isteri dicemuh, diterajang, disepak. Sebab imej kepada masyarakat lebih penting, walhal nabi sudah pesan, lelaki paling baik adalah yang paling baik dgn keluarganya sendiri. Orang kita dah terbalik.

Jadi, jika puan dan suami kedua2nya nak elakkan aib diceritakan, sebaiknya puan dan suami cubalah dulu berbincang cara baik utk selesaikan di luar mahkamah. Jika dah setuju nak bercerai sekalipun, bincang siap2 terma berkenaan hak penjagaan anak, hak melawat & bermalam, nafkah anak, nafkah iddah, harta sepencarian, mutaah dan lain2.

Tapi jika suami jenis tak boleh bawa bincang, puan hanya ada pilihan untuk melalui bicara di mahkamah dan ceritalah apa yang perlu diceritakan. Dan bersedialah dgn suami yang akan lawan hanya sebab dia malu orang tahu dan dia taknak kalah. Walaupun dia setuju cerai, dia akan nak lawan hanya sebab dia taknak malu dan taknak kalah.

Itulah hakikat yang banyak berlaku di Mahkamah Syariah.

Mohonlah petunjuk dari Allah, dan jika sudah nekad memilih jalan bercerai, tawakkal dan berusahalah mendapatkan hak puan yang sudah diperuntukkan di bawah undang2.

Jauhi dendam dan emosi, hanya bertindak dgn hati yang murni dan tujuan mendapatkan hak diri dan anak2 sahaja.

Warkah dari sahabat sekaummu,
Ashikin Rahim
7-2-2021

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *