KENAPA KITA (ISTERI) KERJA?
Katakan gaji bersih sebulan rm2,000. Dan katakan suami dah tanggung sepenuhnya bayaran tempat tinggal dan beli bahan masakan di rumah.
Perbelanjaan utk isteri pergi kerja sebulan:-
– bayar ansuran kereta: rm500
– Tol & minyak pergi kerja (rm10 x 20hari): rm200
– lunch kat tempat kerja (rm10 x 20hari): rm200
– Bayar taska / pengasuh utk tiga anak: rm900
– Beli tudung & baju kerja: rm 200.
Total: rm2000
Kalau tak kerja, semua perbelanjaan yang 2k tu tak dikeluarkan pun. Serupa mcm tak kerja saja. Ada antara kita pendapatan lebih tinggi lagi. tapi perbelanjaan bulanan pun bayar lebih tinggi lagi; utk tadika swasta, utk kereta yg lebih besar, utk tudung yg lebih mahal. Itu belum lagi kalau ada yang kena bayar ptptn, personal loan, ASB loan dll.
TAPI KITA NAK KERJA JUGA. Walaupun keperluan yg basic, suami dah tanggung cukup.
Ada antara kita (not all) nak baju lebih mahal, sekolah anak lebih prestij, kereta lebih besar, rumah lebih mahal, rumah nak ada dua buah at least. Kita pun kerja.
Ada antara kita (not all) nak kerja sebab nak rasa important, rasa ada purpose, rasa ada matlamat selain hanya pandang dinding di rumah hari2. Rasa syok bila sibuk. Rasa relevan, rasa diperlukan.
Bila dah sibuk sangat, antara kita (not all), tugas di rumah tak sempat nak siapkan, anak2 tak sempat dapat perhatian, suami tak dapat diutamakan. Bergaduh pula bila suami tak bantu urusan rumah.
MANA YANG SALAH?
Seharusnya keputusan nak keje, waktu yang diperlukan untuk keje, fleksibiliti kerja yg dipilih, jarak tempat kerja, dan pelbagai faktor lain, dibincangkan sehabis baik antara suami isteri. Dari awal perkahwinan lagi. Atau MULAKAN SEKARANG, JIKA BELUM.
Kerana terlalu ramai pasangan bercerai akibat kegagalan rancang hidup bila kedua2 bekerja. Mungkin juga ini penyebab tinggi sangat kadar penceraian berbanding masa dahulu, bila hanya lelaki yg keluar bekerja. Zaman sekarang, 1 dari 4 pasangan yg kawin akan berakhir dgn perceraian. Tinggi tu.
Jangan abaikan discussion yg basic antara suami isteri, demi rumahtangga yg lebih bahagia. Akhirnya kerja itu kita tak bawa ke hari tua atau bila dah mati; yg kita nak bawa bersama adalah ahli keluarga yg soleh, yg mendoakan, yg mengingati kita, yg menjaga kita di hari tua.
Jangan fokus dgn apa yg pasangan tak buat, kita mula dgn apa yg kita sendiri boleh buat terlebih dahulu. Jika keadaan keluarga mengizinkan kita kerja, kerjalah yang bersesuaian masa dan keadaan dengan situasi keluarga masing-masing.
Keluarga yg bahagia perlukan “investment” dari kita.
Kin Rahim
8 ogos 2021
Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa