Dulu sebelum jadi peguam syarie, memang rasa macam ganjil sangat if isteri yang curang.
Tapi now, baru sedar benda ni memang banyak berlaku. Baik dari laporan akhbar, mahupun dari kes2 sebenar di mahkamah yang dilihat dan didengar sendiri.
Bukan lelaki saja yang banyak skandal, isteri orang pun sama juga.
Allahu. Entah apa nak jadi dengan dunia sekarang.
If suami tak jalankan tanggungjawab, berpisahlah cara baik. Jangan pula si isteri buat dosa dengan skandal sana sini.
Biasanya bila dah jumpa pengganti, baru nak sibuk minta cerai. Sebelum jumpa pengganti, elok je bertahan dalam perkahwinan.
Pick a stand, and then barulah move on. Jangan jadi serampang dua mata.
Dan ketahuilah, jika anda (lelaki) TAHU anda sedang bercinta dengan isteri orang, you already know that that person is NOT a good person for you to begin your life with walaupun selepas dia bercerai.
Because the relationship starts with a person who is lying to her own partner. Walau apa pun alasan diberikan, itulah hakikatnya.
Dan anda juga, maaf, BUKAN orang yang baik. kerana menjadi pengganggu rumahtangga isteri orang adalah dosa yang sangat besar, serta boleh didakwa di bawah undang2 jenayah syariah dan juga sivil.
Tapi bolehlah nak cuba kalau nak merasa masuk penjara. Lebih baik sedar dalam penjara di dunia, berbanding dah terlewat nak sedar bila masuk penjara akhirat. Nau’zubillah.
KIN RAHIM
18-2-2022