KITA BERBEZA
.
.
SENARIO 1:
Suami ada masalah di tempat keje. Suami balik rumah muka masam. Isteri nampak.
“Kenapa bang?”
“Tak ada apa.”
“Cakaplah kenapa”
“Abang kata takde pape”
“Bagitahulah. Mana tahu sayang boleh tolong”
“Bisinglah awak ni”
“Sampai hati abang. Taknak cakap sudah!”
Isteri merajuk. Gaduh jadi berpanjangan. Suami kepala makin serabut. Isteri hati tak happy. Lama2 jadi parah.
.
.
Lelaki, bila ada masalah, selalunya nak selesaikan sendiri. Jika nasihat tak diminta, perempuan tak perlu bagi. Perempuan biasanya niat nak membantu, tapi lelaki akan rasa dikongkong, dicontrol. Bukan suami tak sayang isteri tapi rimas jika isteri tak percaya pada suami boleh selesaikan masalah sendiri.
.
.
Biarkan dia selesaikan masalahnya sendiri dulu. Itu naluri lelaki, sebab tu susah lelaki nak tanya direction (walaupun sesat) dan susah nak minta tolong orang lain. Pada lelaki, meminta bantuan umpama satu kelemahan.
.
.
Memberi nasihat tanpa diminta umpama tidak percaya kemampuan suami untuk selesaikan masalah sendiri. Jika dia sendiri yang bercerita barulah dia perlukan buah pandangan, but normally he will keep it to himself.
.
.
So…..ladies, just be there for him even if he doesn’t want to share. Trust him. Accept him. Believe in him.
.
.
.
.
SENARIO 2:
Isteri ada masalah di tempat keje. Isteri balik rumah muka masam. Suami nampak tapi tak tanya apa2. Isteri mula berbunyi.
“Letihla keje ni bang. Macam2 hal kat office”
“Itulah abang dah cakap, berhenti je keje kan senang”
“Sampai hati abang suruh sayang berhenti. Ke situ pulak perginya”
Isteri merajuk. Gaduh berpanjangan. Suami buntu, apa salah aku, dah bagi solution tapi taknak terima. Serabut betul.
.
.
Perempuan, bila bercerita, bukan nak solusi. Hanya dengar atau offer untuk peluk bagi menenangkan hatinya. Sebut “ye ke” atau “cuba cerita, abang dengar” atau “meh sayang, baring kat abang”, pun dah cukup menenangkan hati isteri, akhirnya isteri tenang dan akan pujuk hatinya sendiri. Jangan terus offer penyelesaian, kerana bila tak dengar habis masalah dah terus nak jadi mr-fix-it, seolah2 suami tak ready nak menjadi pendengar setia, tak bersedia nak meluangkan masa dan perhatian.
.
.
.
.
Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Begitulah semulajadi Allah jadikan, jangan dimarahi kenapa jadi begitu. Cuba saling memahami. Isteri janganlah mengongkong; suami jadilah pendengar setia. InsyaAllah rumahtangga semakin aman.
.
.
Kin Rahim
3-11-2022
P/s: jadi peguam syarie dapat kumpul banyak points nak ceramah, ambil pengajaran dari real-life cases di luar sana. Kita lagi suka orang berbaik dari cerai-berai.
Hamba Allah
admin