PENGESAHAN LAFAZ CERAI DI LUAR MAHKAMAH

Assalamualaikum warah matullah,

Perkongsian kali ini adalah berkenaan isu pengesahan lafaz cerai, baik secara lafaz soreh (seperti “aku ceraikan kau” atau “aku lepaskan kau”) atau lafaz kinayah (seperti “aku pulangkan kau” atau “abang ingin bercerai” apa-apa lafaz lain yang tidak jelas bermaksud cerai atau tidak).

j003-content-digital-divorce_lk

Adalah amat penting untuk seorang suami atau isteri untuk mengambil langkah berhati-hati dengan membuat permohonan pengesahan cerai di Mahkamah, sekiranya berlaku sesuatu lafaz yang diucapkan oleh suami, baik berbentuk ucapan di mulut, atau secara tulisan, atau di hadapan orang lain, atau pengakuan suami bahawa dia seorang bujang/duda, atau apa jua sekalipun yang membangkitkan keraguan di sisi suami atau isteri atau kedua-duanya samaada talaq telah jatuh atau tidak.

Ini amat penting kerana sekiranya talaq memang telah jatuh di sisi Hukum Syarak, perhubungan suami isteri adalah dilarang, apatah lagi jika yang jatuh itu adalah talaq tiga atau talaq yang ketiga. Janganlah kerana ingin menjaga maruah di hadapan masyarakat sehinggakan status hubungan suami isteri dipandang enteng. Kasihanilah anak yang mungkin lahir selepas itu kerana statusnya boleh jadi anak luar nikah, dan suami isteri mungkin menanggung dosa zina. Na’uzubillah.

Berikut beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam suatu permohonan pengesahan cerai:

Siapa yang boleh memfailkan permohonan ini?

  • Suami atau isteri atau kedua-duanya boleh memfailkan permohonan ini. Seorang akan menjadi Plaintif, seorang lagi akan menjadi Defendan. Sekiranya pihak ketiga yang mengetahui berkenaan lafaz tersebut, bolehlah pihak ketiga tersebut mengadu kepada Mahkamah atau pujuk suami/ isteri yang terlibat untuk datang ke Mahkamah dan membuat permohonan pengesahan cerai.

Di mana ianya boleh difailkan?

  • Di Mahkamah Rendah Syariah terdekat dengan tempat tinggal suami atau isteri atau kedua-duanya, mengikut siapa yang akan memfailkan permohonan tersebut sebagai Plaintif.

Apakah yang perlu dinyatakan dalam permohonan tersebut?

  • Tarikh, tempat, masa dan cara lafaz cerai tersebut dibuat (seperti secara WhatsApp, Facebook, SMS, dan sebagainya).
  • Termasuklah samaada suami mengucapkan lafaz tersebut dengan kerelaan sendiri atau dipaksa, kepada siapa suami mengucapkan lafaz tersebut. Perlulah diingat bahawa pengesahan cerai juga adalah perlu sekiranya suami membuat penyataan pengakuan bujang dalam borang berkahwin dengan perempuan lain, atau pengakuan bujang dalam borang BRiM, atau boleh jadi ucapan di hadapan kawan-kawannya walaupun secara gurauan.
  • Adakah saksi yang mendengar atau menyaksikan lafaz tersebut dibuat. sekiranya suami enggan hadir ke Mahkamah untuk pengesahan cerai ini, isteri hendaklah berusaha membawa saksi berkenaan ke Mahkamah untuk mengesahkan berkenaan lafaz ini di hadapan Hakim. Tetapi sekiranya suami hadir dan mengakui bahawa lafaz itu telah dibuat, maka tidak perlu untuk isteri membawa saksi.

cerai-sms

Apakah yang akan berlaku selepas kes difailkan?

  • Sekiranya hanya isteri yang mahu mengesahkan cerai, Mahkamah akan mengarahkan isteri untuk menyerahkan permohonan pengesahan cerai itu kepada suami.
  • Sekiranya suami gagal untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan, Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa suami hadir pada tarikh seterusnya.
  • Sekiranya isteri ada membawa dua orang saksi lelaki muslim yang mendengar lafaz oleh si suami, sekalipun suami tidak hadir, Mahkamah boleh meneruskan dengan perbicaraan pengesahan cerai itu dengan mendengar keterangan saksi-saksi.
  • Namun, jika saksi hanya seorang lelaki atau saksi adalah dua perempuan, tidak cukup untuk Mahkamah mensabitkan cerai telah jatuh atau tidak. Dalam hal ini, Mahkamah tetap akan memanggil suami untuk hadir bagi mengesahkan lafaz tersebut. Hanya sekiranya selepas waran tangkap dikeluarkan dan suami masih gagal hadir, barulah Mahkamah akan mempertimbangkan lafaz cerai itu dengan syarat isteri mengangkat sumpah (dipanggil sumpah mardudah).
  • Lafaz cerai yang menjadi isu akan diperiksa Mahkamah samaada merupakan lafaz soreh atau lafaz kinayah.
  • SEKIRANYA LAFAZ SOREH, dan suami melafazkan dengan kerelaan sendiri (bukan atas paksaan sesiapa, dan paksaan juga hendaklah paksaan yang melibatkan nyawa atau cedera), Mahkamah boleh mensabitkan bahawa talaq telah jatuh. Walaupun suami mengatakan dia dipaksa oleh isteri (tanpa ugutan cedera atau bunuh) atau melafazkan atas permintaan isteri, talaq tetap boleh jatuh. INGAT, lafaz soreh TIDAK PERLU kepada niat suami. Jadi, sekalipun suami hanya bergurau dengan kawannya dan mengatakan, sebagai contoh, “aku ceraikan isteri aku” atau “dia dah kena cerai talaq tiga”, cerai tetap boleh jatuh.
  • BAGI LAFAZ KINAYAH (iaitu apa jua lafaz selain “aku ceraikan kau” atau “aku lepaskan kau” atau “aku talaq kau”), suami akan ditanya berkenaan niatnya semasa membuat lafaz tersebut. Perbincangan berkenaan lafaz kinayah amatlah luas, kerana ia merangkumi lafaz berbentuk tulisan (sekalipun jika dibaca dengan lidah, ia berbentuk lafaz soreh), lafaz yang tidak pasti (seperti “aku INGIN ceraikan kau” atau “aku NAK cerai kau”), pengiktirafan bujang/duda, dan banyak lagi. Dalam keadaan-keadaan ini, sekalipun isteri amat yakin bahawa suami memang berniat untuk menceraikannya, namun Mahkamah hanya akan memberi perhatian kepada pengakuan suami itu sendiri, kerana hanya suami itu dan Allah sahaja benar-benar tahu apa niat sebenar si suami semasa membuat lafaz kinayah tersebut. Walaupun segunung bukti dapat dibawa oleh isteri untuk menunjukkan niat suami untuk menceraikannya, namun jika suami sanggup untuk mengangkat sumpah menafikan niatnya, maka Mahkamah hanya akan menghukum berdasarkan apa yang zahir dan akan memutuskan bahawa talaq tidak jatuh.
  • Suami yang beriman dan takut pada Allah tidak akan menipu niatnya di hadapan Mahkamah dan tidak akan sanggup mengangkat sumpah nafi sekiranya dia memang telah berniat menceraikan isterinya. Ini kerana lafaz sumpah nafi itu mengandungi lafaz suami rela dilaknat Allah dunia akhirat sekiranya dia berbohong berkenaan niatnya semasa membuat lafaz cerai kinayah. Takutlah kepada Allah akan akibat berbohong itu, dan ingatlah balasan Allah pasti menanti. Namun jika suami masih membuat sumpah itu, maka si isteri hendaklah redha dengan keputusan Mahkamah sekiranya Mahkamah memutuskan talaq tidak jatuh dengan lafaz tersebut kerana suami telah menafikan niatnya.

Perlukah melantik Peguam untuk pengesahan cerai?

  • Ini mungkin soalan cepumas untuk setiap kes syariah. Jujurnya, sekiranya lafaz yang dibuat adalah lafaz soreh dan suami DAN isteri sama-sama ingin membuat pengesahan cerai, maka tidak perlu kepada peguam dan kes boleh diselesaikan di hadapan Hakim dengan mudah kerana semua pihak boleh hadir.
  • Apa yang menjadi kerumitan dan mungkin memerlukan khidmat guaman adalah sekiranya suami enggan membuat pengesahan cerai sedangkan isteri mahu, atau suami telah hilang atau melarikan diri, atau suami di penjara, atau lafaz cerai adalah lafaz kinayah, dan lain-lain masalah yang melibatkan kehadiran suami ke Mahkamah atau keperluan kepada saksi, maka dinasihatkan dapatkanlah bantuan peguam (bagi yang mampu) atau bantuan Jabatan Bantuan Guaman (dahulunya dikenali sebagai Biro Bantuan Guaman) bagi yang berpendapatan kurang RM25ribu setahun (termasuk elaun dan bonus) atau rujuk nasihat dari Jabatan Agama Islam berdekatan. Pada masa ini, mereka yg berpendapatan lebih 25k setahun juga boleh memohon tetapi tertakluk kepada syarat dan ada sumbangan perlu dibuat.
  • Ini kerana prosedur Mahkamah mungkin menjadi panjang akibat keperluan kepada waran tangkap, atau penyediaan saksi, atau hujahan berkenaan sesuatu lafaz kinayah. Dalam hal-hal ini, bantuan peguam atau pihak yang lebih arif adalah diperlukan untuk memudahkan isteri mendapat pengadilan yang sebaiknya.

Wallahu’alam. Terima kasih kerana sudi membaca. Komen dan pertanyaan dialu-alukan.

Sekian,

Ashikin (Kin) Rahim

Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, boleh click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Comments (512)

  1. sue

    Reply

    Assalamualaikum..saya nak tanya sebelum ni suami ada lafaz talak taklik “kalau kau pergi kerja,aku ceraikan kau talak 1″ kemudian sy pergi kerja sebab tak bole berhenti mengejut…dan kami telah rujuk semula tapi di luar mahkamah kes ni…setahun kemudian suami ceraikan saya dengan lafaz ” aku ceraikan kau talak 2″ dan kes ni masih dalam proses mahkamah..jadi jumlah talak sebenarnya adalah talak 2 ataupun 3 saya agak keliru..harap pihak cik bole bagi jawapan untuk pertanyaan saya..adakah jumlah talak tu kena tambah ataupun berdasarkan lafaz?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, memandangkan kes pengesahan lafaz cerai ini masih berjalan, maka adalah lebih baik untuk puan dan suami menunggu keputusan daripada Hakim Mahkamah sendiri kerana hanya Hakim sahaja yang mempunyai autoriti untuk menentukan keesahan lafaz cerai dan jumlah talak yang jatuh serta rujuk yang telah dibuat tersebut. Hal ini kerana, Mahkamah akan membuat siasatan terperinci dengan mengambil kira keseluruhan fakta kes, situasi dan lafaz talak tersebut dibuat serta pengakuan niat suami sekiranya Mahkamah berpendapat bahawa lafaz yang dibuat tersebut adalah berbentuk kinayah (tidak jelas).

  2. Hamba allah

    Reply

    Salam boleh saya tahu kalau saya cakap xbahagia dngn suami lepas tu cakap mungkin kita akan bercerai suatu masa nanti. Dan suami membalas jika tak bahagia dia akan hantar saya balik adakah itu termasuk dlm jatuh talak

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan respon, pada pandangan saya, lafaz yang dibuat oleh suami tersebut adalah berbentuk kinayah (tidak jelas) yang bermaksud ia memerlukan kepada pengakuan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa membuat lafaz tersebut. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di kawasan puan/suami bermastautin. Hal ini kerana hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang berautoriti untuk menentukan keesahan lafaz cerai tersebut dan pengakuan niat suami tersebut hanya boleh dibuat di hadapan Hakim sahaja.

  3. Maria

    Reply

    Ada pertikaian berlaku antara suami isteri, dan suami ada mengeluarkan ayat “Eyyy aku cerai jugak dia nihhh”
    Pertikaian dan conversation tamat disitu.

    Kejadian berlaku pada 2016, jika ditanya niat semasa lafaz pun..suami sudah tidak dapat ingat ada atau tidak niat untuk menceraikan pada ketika itu.

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum, maaf atas kelewatan respon, saya nasihatkan agar puan atau suami failkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah untuk menghilangkan rasa was-was dan ketidakpastian. Walaupun suami mengatakan bahawa beliau tidak ingat sama ada berniat atau tidak, pengakuan niat itu mestilah dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Syariah sahaja. Mahkamah akan membuat keputusan dengan siasatan terperinci berkenaan keesahan lafaz tersebut sama ada menjatuhkan talak atau tidak.

  4. Beaute

    Reply

    Sy dh buat pengesahan kat mhkmah, nape hakim ckp, ‘aku lepaskan kau’ ni lafaz kinayah, lfaz yang tk jelas dn prlukan niat cerai smasa melafazkan ayat tersebut.

    • admin

      Reply

      Salam puan, setiap hakim mempunyai ijtihad dan pandangan yang tersendiri dalam mensabitkan sesuatu lafaz cerai yang mana perlu juga melihat kepada fakta kes keseluruhan untuk melihat kepada elemen-elemen lain yang terlibat dalam menentukan keesahan lafaz cerai, di samping berpandukan juga kepada dalil-dalil hukum syarak. Disebabkan itu, hanya hakim di mahkamah syariah sahaja pihak yang berautoriti untuk mensabitkan sesebuah lafaz cerai itu jatuh atau tidak. Sekiranya puan ingin mengetahui sebab-sebab tersebut dengan lebih terperinci, puan boleh mohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan alasan penghakiman bagi keputusan kes tersebut.

  5. aiza

    Reply

    asalammualaikum, sy ingin kepastian jikalau suami semasa lafazkan cerai melalu li wassp tetapi dia dlm keadaan illusi dgn dadah adakan jatuh talak .. sy mohon penjelasan dlm hati ini sentiasa rasa ragu2

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, lafaz talak melalui kiriman whatsapp adalah berbentuk kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami semasa membuat kiriman tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Berkenaan situasi di mana suami di bawah pengaruh dadah tersebut, ia juga perlu dibuktikan di hadapan mahkamah sekiranya suami sememangnya tidak sedar dengan sebarang tindakan beliau semasa mengirimkan whatsapp tersebut. Oleh yang demikian, saya nasihatkan untuk puan memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah sekiranya masih belum berbuat demikian supaya hakim dapat meneliti fakta kes secara keseluruhannya dalam membuat sabitan sama ada lafaz talak yang dibuat itu adalah jatuh atau tidak.

  6. Syah

    Reply

    Salam, saya ingin bertanya..
    Saya ada menyatakan lafaz cerai dengan jelas melalui aplikasi Whatsapp kepada isteri, tetapi niat sy ketika itu tidaklah semahunya sy bercerai, kerana emosi yg terganggu.. keesokannya sy lafaz rujuk semula kepada isteri dan isteri setuju..sy juga sudah mendaftar pengesahan lafaz cerai tetapi masih menunggu untuk berjumpa dgn hakim mahkamah.. persoalan sy , adakah kemungkinan lafaz sy adalah sah ? jika sah, bolehkah sy terus merujuk semula pada masa yg sama hari perbicaraan ?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, lafaz cerai melalui aplikasi whatsapp tersebut adalah termasuk dalam kategori lafaz kinayah yang mana ia mestilah merujuk kepada niat suami semasa membuat ucapan tersebut sama ada niat cerai atau tidak dan juga tertakluk kepada syarat-syarat lain bergantung kepada fakta kes. Namun, pengakuan niat suami ini mestilah dibuat di hadapan hakim di mahkamah. Memandangkan encik telahpun memfailkan pengesahan lafaz cerai, maka pensabitan sama ada lafaz tersebut sah atau tidak perlu diketahui terlebih dahulu sebelum memutuskan berkenaan lafaz rujuk. Encik perlu maklumkan kepada hakim berkenaan lafaz rujuk yang dibuat tersebut untuk hakim pertimbangkan sama ada lafaz tersebut sah ataupun tidak kerana lafaz rujuk hanya boleh disahkan sekiranya sah lafaz cerai tersebut. Maka, apa-apa prosedur yang berkaitan selepas daripada itu adalah tertakluk kepada arahan hakim.

  7. sarah

    Reply

    assalammualaikum puan, saya cuma ingin pengesahan..sekiranya suama hantar whatsapp selepas pergaduhan dengan menaip, “cerai je laa jom”..adakah talak akan terjatuh? dan kemudian dia mengajak untuk pg ke jabatan agama pada esok hari nya untuk process penceraian. Mohon penjelasan daripada pihak puan.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, lafaz tersebut tidak membawa kepada jatuh talak secara serta merta kerana ia berbentuk cadangan. Sekiranya puan dan suami masih ingin meneruskan perceraian, maka pihak-pihak boleh memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah rendah syariah di kawasan pihak-pihak bermastautin.

  8. Nur

    Reply

    Assalamualaikum admin , saya ingin bertanya tentang status saya dengan suami . Pada suatu malam , saya dengan suami bergaduh besar , dan suami telah berkata ‘ok cukuplah , hubungan kita setakat ini sahaja’ . Saya ingin mendapatkan pengesahan admin , adakah jatuh talak cerai pada masa itu ? Atau ia hanya sekadar kata-kata sahaja . Sebab pada masa itu , suami saya betul-betul bermaksud ingin tamatkan hubungan pada masa itu . Cuma selepas cool down , dia tak nak berpisah .

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya lafaz yang diucapkan oleh suami itu adalah berbentuk kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa melafazkan talak tersebut. Sekiranya berniat cerai, maka jatuh talak. Oleh yang demikian, saya nasihatkan puan atau suami untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim teliti dan siasat fakta kes serta pengakuan niat daripada suami dalam mensabitkan sama ada jatuh talak ke atas puan atau tidak.

      • nini

        Reply

        assalamualaikum admin saya nak tanya . sya da suami telah bergaduh besar malam tu dia ada kata “esok keluar (pergi kerja) jangan balik2 lagi” pagi tu saya bngn tidur sy rasa suami sy btul2 mksd kan dengan kata2 tu . sy pn keluar . dia hantar whatapps ayat nya mcm ni “‘dah keluar2 terus . melangkah kaki keluar , awak bukan tanggugan saya lagi” adakah betul2 jatuh talak ? saya balik pulang ke rumah tk lama ketika itu suami mnta maaf . sy pn tk pasti pda ketika itu dia berniat atau tidak . atau berkata2 apabila sedang marah

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, pada pandangan saya lafaz-lafaz yang diucapkan oleh suami tersebut adalah termasuk dalam lafaz cerai kinayah yang mana pensabitannya perlu kepada penjelasan niat suami semasa melafazkan ucapan-ucapan tersebut sama ada berniat cerai atau tidak. Sekiranya suami berniat cerai semasa melafazkannya, maka jatuh talak. Oleh itu, saya nasihatkan puan dan suami ke mahkamah rendah syariah di kawasan puan dan suami bermastautin untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai supaya hakim dapat membuat siasatan terperinci mengenai fakta kes dan juga pengakuan niat suami semasa melafazkan ucapan-ucapan tersebut dalam mensabitkan sama ada jatuh talak ke atas puan atau tidak.

          • lailatul

            Reply

            asalam saya nak tnye jika suami ckp aku ceraikan kamu..lpstu esok hari nye dia dtg dkt sne saya dn dia ckpn aku rujuk kamu menjadi isteri ku ade kah sah atau x?? mohon penjelasan

            • admin

              Reply

              Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan respon, saya nasihatkan untuk puan atau suami memfailkan kes pengesahan lafaz cerai dan pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah sekiranya masih belum berbuat demikian. Hal ini kerana, hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai autoriti untuk memutuskan sama ada lafaz cerai tersebut adalah sah dan menjatuhkan talaq. Lafaz rujuk pula hanya boleh ditentukan keesahannya sekiranya lafaz cerai tersebut adalah benar sah dan telah jatuh talaq. Maka, pihak-pihak perlu memastikan keesahan perceraian sebelum mengesahkan rujuk pihak-pihak.

      • nazira

        Reply

        salam tuan.. Kalau suami cakap “saya dgn awk dh takde pape ikatan” apakah jatuh talak? mohon penjelasan

        • admin

          Reply

          Wassalam, pada pandangan saya, lafaz tersebut adalah termasuk dalam kategori lafaz kinayah yang mana pensabitannya adalah memerlukan kepada penjelasan niat suami semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya berniat cerai, maka jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan juga pengakuan niat suami semasa melafazkan cerai tersebut dalam mensabitkan jatuh talak ataupun tidak ke atas isteri. Hanya hakim di mahkamah selaku institusi berautoriti sahaja yang boleh mengesahkan lafaz cerai yang dibuat tersebut.

    • Hji

      Reply

      Saya nak tanya juga boleh, kalau suami saya ada cakap “dah orang ingat kita dah bercerai” tu dah jatuh talak ke? Ataupun tiada apa2

      • admin

        Reply

        Salam puan, pada pandangan saya lafaz tersebut sahaja tidak membawa kepada jatuhnya talak.

  9. suraya

    Reply

    assalamualaikum. saya nak bertanya. saya barau sahaja daftar cerai pada tahun 2019 di pejabat agama pada bulan mac 2023. sudah dibicara. dan telak rujuk kembali. tetapi pihak pejabat agama menyatakan suami akan disoal siasat dahulu dan sijil rujuknya digantung sehingga lah selepas tarikh soal siasat. sepanjang tempoh setelah rujuk, suami ada lafaz taklik tanpa sedar dan tanpa niat pada saya. soalan saya, boleh ke saya daftar cerai taklik ini di mahkamah sebelum tarikh soal siasat suami saya itu berlaku ?

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, berdasarkan situasi puan ini, status terkini puan dan suami adalah telah bercerai dan dalam proses pengesahan rujuk. Oleh yang demikian, puan tidak boleh memfailkan pengesahan lafaz cerai untuk taklik kedua tersebut memandangkan status puan dan suami yang terkini adalah telah bercerai. Maka, perlu selesaikan dahulu pengesahan rujuk di pejabat agama tersebut kemudian baru failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Puan dan suami juga boleh maklumkan berkenaan lafaz taklik kedua tersebut sewaktu siasatan pengesahan rujuk dijalankan.

    • Fatin

      Reply

      Salam tuan, semalam saya ada bertengkar dengan suami. Dan suami cakap pada saya “kita cerai ok kita cerai”. Adalah jatuh talak? Suami ckp niat dia hanya nk jumpa dkt mahkamah. Bukan nk cerai pada mlm itu. Mohon penjelasan tuan.

      • admin

        Reply

        Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan respon, saya nasihatkan untuk puan atau suami failkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah untuk Hakim membuat siasatan lanjut berkenaan niat suami tersebut kerana pengakuan niat suami hanya boleh diterima dan dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Syariah sahaja.

  10. Hamba ALLAH

    Reply

    Assalamualaikum admin.
    Saya ada soalan utk ditanyakan. Harap sgt² dpt membantu..
    Kejadian ni sy tak berapa engt tahun bila, antara 2014-2017..
    Situasi dimana sy sedang iron bj kerja suami..
    tanpa saya sedar iron yg sedang sy gunakan itu dlm suhu yg panas.. dan menyebabkan bj kerja suami terkoyak berlubang besar..
    Sy beritahu pada suami, dan dye marah..
    Lalu mengatakan kepada saya, “koyak baju aku siaplah, aku ceraikan kau”.
    Saya berhenti iron lalu terus berlari kebilik sebelah dan menangis.. saya ckp dgn suami, “sayang bagi taw dekat mak nanti pasal hal ni”.
    Kemudian suami dtg kepada saya utk memujuk, meminta maaf, dan mengatakan yg dye tak ade niat pun ckp mcm tu.. dye berulang² kali ckp yg dye minta maaf dan tarik balik kate² dye tadi.
    Hal ni sy tidak beritahu pada family.. dan sudah berlalu bertahun²..
    Kami ade berjimak pada kemudian² nye..
    Pada 2021 saya telah melahirkan seorang zuriat.

    Persoalan saya, apakah status lafaz suami saya tu..
    Adakah dikira sah lafaznye?
    Bagaimana pula dgn status anak yg sy lahirkan itu, adakah sah di sisi hukum syarak atau sebaliknya.😭
    Semoga admin dpt membantu terangkan dan terima kasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan suami itu adalah lafaz cerai taklik. sekiranya syarat yang diucapkan suami itu telah dilanggar, maka jatuh talak. Maka, dalam keadaan ini, saya nasihatkan puan atau suami untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan puan dan suami bermastautin. Hakim akan menyiasat dengan lebih terperinci fakta kes terutamanya berkenaan syarat yang suami nyatakan itu sama ada telah dilanggar dengan sempurna atau tidak sebelum membuat pensabitan jatuhnya talak ke atas isteri atau tidak. Puan juga perlu memaklumkan kepada mahkamah berkenaan dengan fakta bahawa puan dan suami mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 2021 tersebut kerana penentuan nasab anak tersebut adalah bergantung kepada keesahan lafaz talak tersebut yang mana, anak itu boleh dianggap sebagai anak wati syubhah (masih sah taraf) atau bukan anak sah taraf yang boleh mempengaruhi hak perwalian dan perwarisan anak itu. Maka, pengesahan lafaz cerai perlu dibuat dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kemudharatan yang lebih besar.

  11. Fatehah

    Reply

    Salam uztaz,saya nk bertanya pasal lafaz cerai..

    Pada suaty malam saya dan suami tngok tv,cerita kisah suami isteri bergaduh dan nk bercerai,tibe3 suami saya sambung dialog cerita tu ‘saya ceraikan awak dengan talak 3’tapi mata die pandang ke arah tv die just sambungkan dialog dalam tv dan bukan ditujukan untuk saya..bila saya bertanya kenapa ‘cakap mcm tu’ suami berkata ‘abg(suami) bukan tuju pada saya(isteri)die just tercakap kepada pelakon dlm tv..
    Mohan pencerahan ustaz

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya sekiranya suami sememangnya tujukan lafaz tersebut kepada pelakon di dalam tv tersebut dan bukan kepada isteri, maka tidak jatuh talak.

  12. Huda

    Reply

    Suami ada cakap..Kau dan aku ni, cukuplah setakat ni. Adakah jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya lafaz yang diucapkan suami tersebut adalah lafaz cerai berbentuk kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa mengucapkannya. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Oleh itu, saya nasihatkan suami atau isteri untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan pihak-pihak bermastautin. Hakim akan membuat siasatan terperinci berkenaan fakta kes dan juga pengakuan niat suami semasa melafazkan ucapan tersebut dalam mensabitkan jatuh talak atau sebaliknya ke atas isteri.

  13. Sharifah

    Reply

    As.kum admin, sya nak tahu, sya kejut suami tgh tido 2 kali, suami dalam keadaan mengantuk letih terpaksa bangun dgn keadaan tidak sedar, sya nak berbincang ttg pengurusan hal hospital arwah anak sya, tp suami sya tidak sedar telah melafazkan talak 3 kepada sya tidak sedar percakapannya, dan sya pergi sedarkan dan die terduduk n dia bgtau die tak de niat ape2 die x sedar. apekah talak tu jatuh, dan bagaimana perlu sya buat.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, untuk menentukan sama ada lafaz tersebut sah atau tidak, perlu diketahui ucapan penuh lafaz cerai tersebut dalam menentukan jenis lafaz yang diucapkan. Secara umumnya, lafaz yang diucapkan dalam keadaan tidak sedar akan dianggap sebagai tidak sah. Namun, hal ini masih bergantung kepada keseluruhan fakta kes dan tertakluk juga kepada syarat-syarat tertentu. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai dengan kadar segera sekiranya masih belum berbuat demikian di mahkamah rendah syariah di kawasan puan dan suami bermastautin untuk hakim sendiri meneliti keseluruhan cerita dalam membuat pensabitan lafaz cerai tersebut.

  14. Nur

    Reply

    Assalammualaikum admin,
    saya ingin tanya, baru baru ni saya dan suami bergaduh, dan suami telah cakap ‘ aku tak izinkan kau balik rumah bapa kau, kalau kau balik tanpa izin aku, jatuh talak 3’ selepas beberapa ketika, kami berbaik, tapi sy ingin tanya, bila talak akan jatuh ? adakah ketika sy balik ke rumah ayah saya senyap2 tanpa pengetahuan suami ? atau semasa sy keluar rumah dengan niat nak balik ke rumah ayah tanpa izin suami, tetapi di tengah jalan sy ubah fikiran dan berpatah balik. Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Wasssalam, berdasarkan situasi puan ini, perlu difahami terlebih dahulu mengenai penjelasan niat suami semasa melafazkan talak tersebut, apa yang suami maksudkan dengan ‘balik’ tersebut, sama ada sudah sampai di rumah ayah, ataupun dalam perjalanan pulang dan apa-apa kemungkinan lain sepertimana yang puan nyatakan tersebut. Hanya hakim di mahkamah sahaja mempunyai autoriti untuk menentukan keesahan lafaz cerai. Maka dalam keadaan ini, saya nasihatkan puan untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim membuat siasatan terperinci mengenai fakta kes dan juga pengakuan niat suami berkenaan talak yang telah dilafazkan tersebut dalam mensabitkan sama ada telah berlaku cerai ataupun tidak.

  15. Noor azira

    Reply

    Assalamualaikum saya ingin bertanya untuk seseorang , beliau sudah diceraikan 3tahun lepas dan masih belum daftar dan mereka mmg tak duduk bersama sejak lafaz cerai , dan selama 3tahun beliau bercinta dan mengandung tetapi masih belum buat pengesahan lafaz cerai jadi apa yang perempuan tu perlu laku kan ya ? Dia hidup bersendirian dan dia sudah pernah isi borang pengesahan lafaz cerai luar mahkamah tetapi nasib tak menyebelahi dia excident dilanggar van jadi masuk hospital membuatkan dia tak dapat trus kan proses tersebut apa yang patut beliau lakukan ?

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, berkenaan dengan prosedur pengesahan lafaz cerai ini, ia boleh difailkan sama ada oleh suami mahupun isteri. Maka dalam situasi ini, sekiranya isteri tidak mampu untuk meneruskan prosedur permohonan tersebut, maka suami boleh menguruskan prosedur mendaftarkan kes pengesahan lafaz cerai tersebut. Kes pengesahan lafaz cerai perlu difailkan di mahkamah rendah syariah supaya kes dapat diteruskan dan hakim akan meneliti fakta kes untuk mensabitkan sama ada berlakunya perceraian atau tidak.

      • Reply

        asslamualaikum admin,
        saya baru mendirikan rumah tangga saya dan suami ditimpa dugaan. suami dilanggar kereta dan tangan kiri patah retak.

        selepas seminggu kahwin dia ada perselisihan faham dan kami ada bertengkar teruk sampai mahu tampar saya *tapi tak tampar*, saya lari mahu balik ke rumah ibu alasan taknak keruhkan keadaan dan hormat dia lagi.

        suami kejar dan jerit “kau nak aku ceraikan kau? aku ceraikan kau talak 1”
        saya tak boleh terima saya menangis
        dia masih sambung “aku ceraikan kau talak 3 padan muka kau”

        lepas suami agak okay dan boleh berbincang saya tanya adakah itu niat, dia cakap “tak ada niat sebab masatu tak terkawal langsung marah dengan tangan patah ni sakit berdenyut”

        macamtu admin, so saya mahu pencerahan adakah jatuh talaq ketika dia marah dan sakit tu tapi tanpa niat?

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, pada pandangan saya, kedua-dua lafaz talak yang diucapkan suami tersebut adalah berbentuk sorih (jelas) yang bermaksud niat semasa melafazkan talak berbentuk sorih ini adalah tidak relevan yang menjadikan talak tersebut jatuh. Maka, saya nasihatkan puan dan suami untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di kawasan puan dan suami bermastautin untuk siasatan lanjut daripada Hakim dalam membuat pensabitan sama ada talak tersebut sah jatuh atau tidak.

    • may

      Reply

      mohon penjelasan perbualan saya dgn suami melalui wtsap
      (kau keluar talak 1) ada ka sah?

      • admin

        Reply

        Assalamualaikum, maaf atas kelewatan respon, pada pandangan saya, lafaz cerai yang dibuat oleh suami tersebut adalah berbentuk kinayah (tidak jelas). Maka, saya nasihatkan agar puan atau suami untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah berdekatan dengan puan/suami bermastautin sekiranya masih belum berbuat demikian. Hal ini kerana hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang berautoriti dalam menentukan keesahan lafaz talak tersebut sama ada sah dan boleh menjatuhkan talak atau tidak. Hakim akan membuat siasatan terperinci dengan mengambil kira keseluruhan fakta kes dan juga lafaz yang dibuat tersebut, serta melihat kepada pengakuan niat suami semasa lafaz cerai tersebut dibuat.

  16. HAMBA ALLAH

    Reply

    Assalamualaikum admin. Saya ada bergaduh dengan suami. Kemudian suami marah dan menyebut “dah kena cerai baru nak menyesal” suami sambung lagi “lepas tu tanya kenapa kena cerai? kenapa tak bagitahu apa abang nak? Bila suruh tak taat ! “. Saya ada tanya suami, suami niat cerai ke tapi suami cakap tiada niat cerai. Adakah jatuh talak atau bagaimana? Terima kasih..

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, berdasarkan situasi puan ini, saya nasihatkan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah kerana pensabitan lafaz cerai dan juga pengakuan niat suami dalam kes lafaz cerai kinayah hanya boleh disahkan oleh badan berautoriti iaitu hakim di mahkamah syariah sahaja. Hakim akan siasat dengan terperinci mengenai fakta kes dan lafaz-lafaz tersebut serta mengambil kira pengakuan niat suami dalam mensabitkan sama ada jatuh talak atau tidak.

      • Haziq

        Reply

        Salam admin. Saya bergaduh dengan isteri saya melalui whatsapp dan sy taip “bukan lagi ibu kepada anak aku” adalah jatuh sebarang talak? Mohon penjelasan

        • admin

          Reply

          Wassalam encik, pada pandangan saya lafaz tersebut adalah berbentuk kinayah yang mana memerlukan penjelasan niat suami semasa membuat ucapan tersebut, sama ada berniat cerai atau tidak. Sekiranya berniat cerai, maka jatuh talak. Oleh yang demikian, saya nasihatkan untuk encik failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan encik bermastautin untuk siasatan lanjut daripada hakim dalam mengesahkan sama ada jatuh talak atau tidak.

  17. Reply

    Assalammualaikum admin, saya nak bertanya.
    Semoga mendapat jawapan 🙏🏻
    kata yang dihantar oleh suami melalui aplikasi Whatsapp. Katanya, tanpa niat.

    ” takpa suami baru kau ada nanti, kau bahagialah dengan dia, nanti aku lafazkan kata kata hikmat then kau free selamanya” (si isteri takda lelaki lain, gaduh atas sebab lain)

    ” Aku pun dah penat dengan kau” , ” nak cerai dibulan yang mulia ini?” , ” malam nanti aku balik, kau kemas baju kau. Kau pergi balik sana. Aku taknak ambik tahu pasal kau lagi”, ” mala ni jugak aku lafazkan”, ” jodoh sampai sini sahaja”, ” senangnya aku takda kau”. ” tak payah balik sini”, “dan kaubada cakap, bagus bersuami dengan orang lain, aku tunaikan” . ” serious aku hantar kau malam ni, kemas baju kau. Aku dah benci sangat dengan kau”, ” aku harap kau hidup kau menderita lepas ni atas perbuatan kau dan kelakuan kau sekarang ni” , ” aku dah taknak jumpa kau lagi”.

    Saya ingin kepastian sama ada jatuh atau tidak walaupun tanpa niat, dan adakah ianya merupakan talak kinayah (sindiran) ?

    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, berkenaan lafaz-lafaz cerai yang dibuat melalui whatsapp, ia adalah termasuk kategori lafaz kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat untuk cerai ataupun tidak semasa menghantar mesej-mesej tersebut. Namun, pembuktian penjelasan niat ini hanya boleh disahkan oleh pihak berautoriti iaitu hakim di mahkamah sahaja. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah (sekiranya belum) untuk hakim siasat fakta kes dengan lebih teliti dan menentusahkan sama ada telah jatuh talak atau tidak.

      • Fazrina

        Reply

        Assalamualaikum admin. Saya nak minta pendapat harap sangat sudi membantu saya. Sewaktu bergaduh dgn saya dihadapan ibu saya suami saya melafazkan seperti ini ‘maaf mak saya rasa tak dapat teruskan lagi,sampai sini sahaja maaf hubungan ni tak lama’
        Sefaham saya lafaz kinayah ni bergantung pada niat suami untuk menceraikan isteri ketika lafaz tu dilakukan. Bila saya tanya suami dia kata mmg dia ada niat. Jadi adakah dikiratelag jatuh talak?

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, sekiranya lafaz yang dibuat oleh suami adalah lafaz kinayah, maka ia memerlukan penjelasan niat suami sama ada beliau niat untuk bercerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Namun, pengakuan niat suami ini hanya boleh disahkan oleh institusi yang berautoriti iaitu hakim di mahkamah syariah sahaja. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat dengan teliti fakta kes dan pengakuan suami bagi membuat pengesahan sama ada jatuh talak atau tidak.

  18. Zaid Qayyum

    Reply

    Assalam tuan admin
    Saya nak tnya status talak taklik. Ketika bergaduh dgn isteri saya, saya telah melafazkan “aku AKAN ceraikan kau KALAU kau buat macam ni lagi” merujuk kepada perbuatan isteri yang menelefon nurse di wad & menyuruh saya menjawab telefon yang diberikan oleh nurse tersebut (perkara ini memalukan saya kerana saya beranggapan nurse tersebut sudah mengetahui yang saya sedang bergaduh dgn isteri & sengaja tidak menjawab telefon).

    Beberapa tahun kemudian, saya telah meminta tolong isteri untuk mengirimkan sijil sakit saya kepada rakan saya di pejabat semasa saya pulang ke kampung sendirian. Isteri telah menelefon saya untuk bertanyakan tentang no telefon rakan saya itu untuk ditulis bersama alamat penerima tetapi saya tidak perasan lalu isteri telah menelefon sendiri pejabat saya. Rakan saya tahu mengenai perbuatan isteri & memaklumkan kepada saya dan saya berasa malu atas tindakan isteri saya ini.

    Soalan saya, adakah sah talak taklik seperti ini?
    Terima kasih tuan admin atas masa yg diluangkan untuk menjawab persoalan ini.

    • admin

      Reply

      Salam Encik, pada pandangan saya, talak hanya akan jatuh apabila encik melafazkan semula talak ke atas isteri disebabkan wujud perkataan ‘akan’ tersebut.

      • Zaid Qayyum

        Reply

        Terima kasih admin atas maklum balas. Perlukah saya buat pengesahan lafaz cerai di mahkamah?

        • admin

          Reply

          Saya sarankan untuk encik failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah kerana mahkamah sahaja institusi yang berautoriti untuk mensabitkan sama ada jatuhnya talak atau tidak dalam sesebuah kes.

          • Zaid Qayyum

            Reply

            Terima kasih puan atas respon.
            Saya sedang dalam menyiapkan dokumen berkaitan pengesahan lafaz tersebut. Sementara menunggu sebutan kes, bolehkah isteri terus tinggal di rumah kami? Dan jika boleh, bagaimanakah auratnya ketika di rumah memandangkan telah berlalu 6 bulan setelah peristiwa tersebut.

            • admin

              Reply

              Sebaiknya dalam tempoh proses perceraian, pihak-pihak tinggal berasingan, namun sekiranya duduk serumah, pihak-pihak perlu menjaga batas pergaulan dan juga aurat demi menjaga kemaslahatan masing-masing.

          • Alia

            Reply

            Salam admin. Saya ada bergaduh dengan suami kemudian suami melafazkan “dah kena cerai baru nak menyesal. “Adakah jatuh talak untuk lafaz ini? Terima kasih.

            • admin

              Reply

              Wassalam puan, berdasarkan situasi puan ini, saya nasihatkan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah kerana pensabitan lafaz cerai hanya boleh dibuat oleh badan berautoriti iaitu hakim di mahkamah syariah sahaja. Hakim akan siasat dengan terperinci mengenai fakta kes dan lafaz yang diucapkan tersebut dalam mensabitkan sama ada jatuh talak atau tidak.

      • Rizar

        Reply

        Salam Tuan,
        Bagaimana jika isteri minta cerai kepada suami dihadapan adik beradik.
        Si suami tersebut telah melafazkan “aku ceraikan kau dengan talak satu”
        Lalu sekembali suami isteri tersebut ke rumah dan mereka masih tinggal serumah (berasingan tempat tidur)
        Perceraian tersebut masih tidak dilaporkan kemana2 pejabat agama kerana pada waktu itu tidak tahu prosedur.
        Apa yang perlu dilakukan?

        • admin

          Reply

          Wassalam, pada pandangan saya lafaz cerai yang diucapkan tersebut adalah berbentuk sorih (jelas) yang bermaksud telah jatuh talak ke atas isteri walaupun tanpa niat bercerai. Maka, suami atau isteri perlu memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di kawasan suami isteri tersebut bermastautin. Hakim akan meneliti fakta kes dan membuat sabitan sama ada talak tersebut sememangnya telah jatuh atau sebaliknya.

  19. Zul

    Reply

    Assalamualaikum admin..pada tahun 2011 sy ada bergaduh dengan isteri..sy ada cakap sukahati awak lah nak buat apa lepas ni .. dengan ada niat terpaksa ceraikan isteri sy sebab masa gaduh isteri kerap sebut ceraikan dia banyak kali.. dan sy ada mintak pendapat rakan dan dia mengatakan lafaz itu tdk sah.. masalahnya selepas sekian lama perkara ni jadi sy baru dapat tahu ini adalah talak rajie..apa perlu sy buat?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, encik perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah dan nyatakan segala fakta kes berkenaan lafaz yang telah dibuat tersebut. Hakim akan siasat fakta kes dan lafaz berkenaan untuk tentukan sama ada talak telah jatuh atau tidak.

  20. Halina

    Reply

    Assalamualaikum puan. Saya nak bertanya. Sebelum ti saya jelaskan keadaan suami saya. Suami pesakit strok. Selepas dia stroke, emosi dia sllu tak stabil. Boleh kata setiap hari dia akan marah-marah walaupun masalah kecil. Saya pernah nak rujuk dia kepada pakar , tapi dia marahkan saya semula. Berkenaan kes saya, hari tu saya dalam haid dan tak dapat tahan sabar dan bertengkar dengan suami. dalam keadaan marah tu dia lafaz aku ceraikan kau. Kemudian dia mengamuk, halau dan sepak kaki saya. Dia menangis dan menjerit dekat saya. Adakah jatuh talak tersebut? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, pada pandangan saya, talak telah jatuh kerana lafaz ‘aku ceraikan kau’ itu adalah lafaz cerai soreh (jelas). Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan lafaz cerai tersebut. Semoga puan diberikan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

      • danni

        Reply

        Hi admin nak tanya saya dgn isteri ada gaduh dan saya ada cakap yg saya nak lepaskan awak tapi malaysia ada undang2 dikira jatuh talak ke ?

        • admin

          Reply

          Salam encik, pada pandangan saya, talak tidak jatuh kerana lafaz ‘NAK lepaskan’ itu menunjukkan ia belum berlaku lagi.

          • Hafiz

            Reply

            Salam..sy nk tya,blh k rujuk blk kahwin tanpa pergesahan mahkamah..tq

            • admin

              Reply

              Wassalam, peruntukan undang-undang di Malaysia telah tetapkan bagi prosedur rujuk mesti mendapat pengesahan di mahkamah dan ia perlu didaftarkan di pejabat agama sepertimana proses cerai.

      • Mie

        Reply

        Assalamualaikum tuan saya nak penjelasan, Semalam saya kata dekat isteri (selangkah kaki kamu keluar akan jatuh talak) saya nak tahu jatuh ke tak talak tu? Harap tuan balas

        • admin

          Reply

          Wassalam, pada pandangan saya, perlu dipastikan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan selangkah kaki kamu keluar itu dalam menentukan jatuh talak atau tak. Perlu ditentukan apa yang suami maksudkan dengan keluar itu, sama ada keluar rumah, keluar bilik dan sebagainya. Sekiranya perbuatan yang dilakukan isteri itu bertepatan dengan apa yang diniatkan suami, maka jatuh talak.

        • Nor hamiza bt abdul hamid

          Reply

          Assalamualaikum tuan..tahun 2021 suami ada melafaskan cerai pada saya..dengan sebutan cukup jelas..suami menyebut nama saya dan melafaskan cerai pada saya dengan talak 1 dan dlam masa 2 hari kami berbaik dengan niat rujuk tampa ada kata dri suami aku rujuk kamu tp hanya niat berbaik demi ank2..pesoalanya lafas cerai tu tak di buat pengesahan di pejabat agama..dah kerap kali saya ingatkan suami pergi pejabat agama tapi suami bagi banyak alasan..sekarang perkara cerai tu dah berlarutan dah hampir 2 tahun..soalan saya ada kah cerai tu sah dan rujuk itu juga sah

          • admin

            Reply

            Wassalam, berkenaan prosedur cerai dan rujuk, kedua-duanya perlu dibuat pengesahan di mahkamah syariah dan didaftarkan di pejabat agama. Berdasarkan situasi puan ini, sekiranya lafaz yang dibuat suami itu adalah lafaz soreh (jelas), maka jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai terlebih dahulu di mahkamah syariah. Di dalam tuntutan tersebut, boleh juga nyatakan berkenaan fakta rujuk tersebut.

  21. Min

    Reply

    Jika suami saya cakap “kalau nak pergi, pergi la dekat dia”

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya lafaz tersebut adalah lafaz cerai berbentuk kinayah yang memerlukan penjelasan niat suami sama ada suami berniat untuk cerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Maka, suami atau isteri perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim teliti dan siasat niat suami dan fakta kes untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak.

  22. Ariel

    Reply

    Salam tuan , saya nak bertanya…sya bergaduh dgn isteri saya , so smlm sya ada wasap dia , sya minta maaf apa semua , bini sya takda respon…so sya katakan lagi , klu dia masih nak bertahan cuba katakan….klu dia taknak bertahan pn sya minta dia katakan tpi still takda respon…so ayat last sya ckp kat dia , pergilah , sya lepaskan spaya dia dpt cari kebahagiaan nya sndiri … tapi bkn mksud sya nak berpisah , cuma sya ckp jika isteri sya dah tak tahan hidup , katakan lah dan pergilah lalu carilah kebahagian sndiri…itu maksud sya…jd apakah lafaz sya melalui wasap yg saya taip itu sah ? mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, lafaz ‘pergilah’ itu adalah lafaz cerai kinayah yang perlu kepada penjelasan niat suami sama ada niat bercerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya tidak berniat cerai, maka tidak jatuh talak.

  23. HCMA

    Reply

    Assalamualaikum.
    Minggu depan saya akan hadir ke mahkamah atas tuntutan cerai oleh suami saya. Perkahwinan saya sudah 19 tahun dan dikurniakan 5 orang anak. Jauh disudut hati saya ingin mempertahankan perkahwinan ini tetapi disebabkan orang ketiga, saya terpaksa meminta untuk dilepaskan. Persoalannya ialah kes suami saya dengan orang ketiga yang bernikah di Songkla dan penceraiannya sehingga 7 tahun tidak di daftarkan dan diselesaikan oleh mereka berdua. Mereka masih hidup bersama dan menganggap penceraian mereka tidak sah walaupun di hadapan saya suami saya mengatakan” saya ceraikan si polan dengan talak 3 dan disongkla juga dikeluarkan oleh pejabat agama surat talak tetapi talak 1 cuma tidak didaftarkan sahaja surat penceraian itu di konsulat. Itulah punca sebenar saya mohon diceraikan kerana tidak sanggup ditipu lagi. Adakah saya perlu bersetuju untuk lafaz cerai ini atau tidak bersetuju dan biarkan sahaja suami saya dengan orang ketiga.

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja. Pada pandangan saya, berkenaan isu tidak mahu mendaftarkan perceraian ini, puan boleh sahaja memberi maklumat ini kepada pihak penguatkuasa agama ataupun menceritakan segala fakta berkenaan orang ketiga dan suami secara terus kepada hakim semasa sesi sebutan tersebut. Keputusan untuk bersetuju atau tidak dengan perceraian adalah atas puan sendiri. Sekiranya, puan masih sayangkan perkahwinan puan dan sememangnya isu ini timbul disebabkan orang ketiga tersebut, maka kes pendakwaan boleh dibuat ke atas orang ketiga tersebut sekiranya cukup segala bukti yang diperlukan. Namun, sekiranya puan merasakan berpisah adalah jalan terbaik untuk puan dan suami setelah mencuba pelbagai cara untuk mendamaikan semula perkahwinan, maka keputusan bercerai itu adalah tidak salah demi kebaikan pihak-pihak. Semoga puan sentiasa dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

    • Shda

      Reply

      Salam kak nak tnya, suami lafaz talak 3 tu jelas dgn sedar ke ? Maksud saya , nama penuh si isteri? Pjbt agama songkhla jatuhkan talak 1 atas sbb apa ya?

  24. Nur

    Reply

    Asssalammulaikum ustaz,

    Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.

    Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? Suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia.

    Kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik.

    Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata ‘aku ceraikan kau’.

    Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami.

    Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)

    Soalan: 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)

    2. Saya ada bertanya kepada suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abang (suami) tujukan kepada orang dalam TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )

    3. Saya ada ajak suami ke mahkamah, tapi suami tak nak dan anggap tiada penceraian yang berlaku.

    4. Apa pandangan tuan mengenai masalah dan situasi saya ini? Saya risau sbb perkara ni dah terjadi 9 tahun lepas, sampai sekarang saya fikir..Dan suami tidak pernah lafaz rujuk tapi kami ada berjimak..

    Ada juga saya bertanya kepada pihak tertentu, mereka mengatakan talak Tidak jatuh..

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya lafaz tersebut sememangnya dituju kepada puan sama ada ada niat cerai atau tidak, ianya jatuh talak kerana ianya lafaz soreh. Namun, sekiranya lafaz tersebut dituju kepada pelakon tersebut, iaitu sekadar menyambung dialog cerita tersebut, ianya tidak jatuh talak.

      • NURR

        Reply

        Assalamualaikum admin,

        Jika suami menyatakan “KITA DAH PERNAH BERCERAI SEKALI”. adakah telah jatuh talak? Walaupun penyataan tersebut adalah merujuk kepada penceraian lafaz secara kinayah yang berlaku pada tahun 2019. Penceraian tersebut juga di luar pengetahuan saya.

        • admin

          Reply

          Salam puan, berdasarkan situasi puan ini, sekiranya suami merujuk kepada perceraian terdahulu (sekiranya telah disabitkan berlakunya perceraian), maka tidak jatuh talak. Namun, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah berhubung dengan perceraian lafaz kinayah pada 2019 tersebut kerana talak boleh jatuh walaupun di luar pengetahuan isteri. Di mahkamah, hakim akan siasat mengenai fakta kes serta pengakuan suami mengenai niatnya semasa melafazkan cerai tersebut dalam mengesahkan jatuh talak atau tidak.

          • Nurr

            Reply

            Assalamualaikum admin.. Jika begitu, bagaimana dengan lafaz rujuk yang dinyatakan di mana ia adalah di luar pengetahuan saya ketika itu bahawa saya telah diceraikan.. Adakah rujuk itu sah sedangkan ia di luar pengetahuan saya. Saya hanya sedar diri telah diceraikan pada jun tahun ini berikutan dengan pengakuan tersebut..

            • admin

              Reply

              Salam puan, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, adalah penting untuk mendapatkan kepastian mengenai lafaz cerai pada 2019 tersebut terlebih dahulu di mahkamah syariah sebelum ingin meneruskan dengan apa-apa tindakan. Hal ini kerana masih perlu mengambil kira tempoh iddah berikutan lafaz cerai tersebut (sekiranya sabit jatuh talak) dan jika sabit, perlu diketahui bila lafaz rujuk tersebut dibuat (dalam tempoh iddah atau tidak). Maka, pengesahan mengenai lafaz cerai terdahulu adalah amat penting untuk menentukan hal-hal terkemudian lebih-lebih lagi kejadian ini telah berlaku pada tahun 2019. Maka, saya nasihatkan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan puan bermastautin secepat mungkin dan masukkan kesemua fakta berkenaan lafaz cerai dan juga lafaz rujuk tersebut di dalam tuntutan tersebut.

          • Zila

            Reply

            Assalamualaikum admin . Saya nak bertanya . Pada suatu petang , saya bergaduh dengan suami saya di dalam kereta . Dan saya telah memaksa suami saya untuk melafazkan cerai . Suami saya bagitahu ‘nanti kita dah sampai rumah , dia akan ceraikan saya’ . Saya ingin bertanya di sini , adakah talak sudah jatuh & saya dah suam adakah sudah sah bercerai ?

            • admin

              Reply

              Wassalam, pada pandangan saya, tidak jatuh talak kerana suami menyatakan ‘AKAN ceraikan’. Maka, talak hanya akan jatuh sekiranya suami melafazkan semula cerai kepada isteri.

  25. Nik

    Reply

    Nk bertye suami ade lpskn talak 3,kami dh pergi perjbt agama.dh agkat sumpah dan tiada saksi suami berbohong dan menang berpihak pada die.adakah jatuh

    • admin

      Reply

      Salam puan. Berkenaan lafaz cerai, sekiranya lafaz tersebut lafaz soreh(jelas-aku ceraikan kau/talakkan kau) akan jatuh samada ada niat atau tidak. Maka, saya nasihatkan sama ada puan atau suami untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah segera untuk hakim siasat dan sahkan sama ada jatuh talak atau tidak.

  26. Si isteri

    Reply

    Mcam mana dgn bile bergadoh isteri menyatekan pasal duit kahwin nye belum cukup lg 5ribu …. lalu si suami mengatekan .. ok cukup 5ribu lepaskan kau …. adekah talak jatuh? Isteri tengah mengandung 3bulan …. and suami tak ade duit simpanan gaji 1500 je lojik ke jatuh talak bile kumpul untk beranak nnti?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, berdasarkan situasi ini, lafaz yang dibuat oleh suami tersebut terikat dengan masa iaitu ‘cukup 5 ribu’. Maka perlukan penjelasan daripada suami apa yang dimaksudkan dengan ‘cukup 5 ribu’ tersebut (sama ada merujuk kepada duit simpanan, duit gaji, duit kahwin atau lain-lain) untuk menentukan sama ada talak jatuh atau tak.

  27. Hadi

    Reply

    Salam Admin,

    Saya mahu bertanya, jika saya lafaz kepada isteri untuk bercerai tetapi isteri tidak bersetuju, saya paham ianya sah. Tetapi jika saya sebagai suami failkan penceraian tersebut ke mahkamah tanpa kehadiran isteri, adakah ini boleh diterima oleh mahkamah Shariah?

    Dalam situasi tersebut, jika isteri tidak mahu hadir, apa yang perlu dibuat untuk dapatkan pengesahan mahkamah?

    • admin

      Reply

      Salam encik, berkenaan pemfailan tuntutan perceraian di mahkamah syariah, ia boleh dibuat oleh mana-mana pihak sama ada suami atau isteri. dan ya, encik boleh memfailkan perceraian tersebut di mahkamah tanpa kehadiran isteri. Sekiranya isteri tidak bersetuju, mahkamah akan mengarahkan untuk pelantikan wakil dari pihak suami dan juga isteri bagi suatu jawatankuasa pendamai (JKP). dan sekiranya proses ini tidak berjaya, ia akan diteruskan di peringkat hakam yang mana mahkamah akan mempertimbangkan sekiranya wujud shiqaq (pecah belah di dalam perkahwinan/sebab perceraian) untuk talak dijatuhkan ke atas isteri.

  28. Ain

    Reply

    Maaf saya nak tnya, suami saya ada lafaz kan mcm ni
    Ketika dia marah (kami bertengkar) “aku cerr..” dia tak sebut full tak sebut nama saya dan slepas hal ini jd
    Dia kata “kemas brg aku hantar balik rumah mak ayah kau” dan esok nya dalam phone pula dia ada kata “nak aku sebut full ke ayat tu” seperti ugut saya. Saya masih keliru sbb bile tanya suami kata dia tak ada niat untuk ke arah talak. Harap dapat bantu saya.please

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz ‘aku cerr..’ tersebut bukanlah lafaz soreh (jelas- aku ceraikan kau/aku lepaskan kau) kerana ayat tersebut tidak habis. begitu juga dengan ayat ugutan tersebut. Oleh itu, sememangnya perlukan penjelasan dari suami sama ada beliau niat untuk jatuhkan talak atau tidak kerana ia bukan lafaz yang jelas. Walaubagaimanapun, saya cadangkan untuk puan rujuk di mahkamah untuk hakim siasat lebih teliti berkenaan niat suami dan lafaz cerai tersebut.

  29. Reply

    Please respon nak tahu
    saya dan suami bergaduh kami berbincang untuk berpisah suami mintak saya mohon cerai terlebih dahulu tetapi suami telah menyebut dia akan lafaz talak 3 nanti . adakah jatuh talak skrg ni ?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pandangan saya berdasarkan situasi puan, lafaz cerai tersebut terikat dengan masa iaitu ‘nanti’. Oleh itu, pada masa suami melafazkan cerai tersebut, talak tidak jatuh. Maka, ia perlu kepada penjelasan niat suami berkenaan apa yang dimaksudkan dengan nanti tersebut.

  30. a

    Reply

    assalamualaikum ustaz. bagaimana kalau suami saya kata “ aku akan ceraikan kau” bila saya tanya bila? dia kata nanti “aku tgh puasa sunat, aku lelaki aku akan tentukan bila aku nakceraikan kau” adakah sudah jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan oleh suami adalah terikat dengan masa iaitu ‘akan’ dan ‘nanti’. Maka, pada masa lafaz cerai ini dibuat, talak tidak jatuh.

  31. Yang mengharapkan keampunan ilahi

    Reply

    Assalamualaikum, berlaku pertengkaran dan isteri saya ada cakap ceraikan aku. Saya respon xpa lepas u beranak nanti kita bawa haluan masing2. Maksudnya, saya nak stay umah parent sya, isteri stay umah parent dia. Tak berapa lama, isteri ada ckp dia bukan nk minta cerai tapi dia cuma xnak stay umah parent sya. Adakah jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan tersebut adalah lafaz ta’liq berbentuk kinayah iaitu perlukan penjelasan niat suami sama ada berniat untuk cerai atau tidak semasa mengucapkan ayat tersebut. Sekiranya suami berniat untuk cerai, maka akan jatuh talak selepas berlaku perlanggaran ta’liq (selepas isteri beranak). Saya sarankan untuk encik failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim lakukan siasatan mengenai lafaz tersebut serta niat suami untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak.

  32. Hamba ilahi yg lemah

    Reply

    Salam, nak tanya sya ada bertengkar dgn isteri sebabkan situasinya saya tak beri isteri izinkan untuk keluar rumah. Tapi dia xpeduli ckp nak keluar jgk. Saya terkeluar perkataan, kalau kau keluar sekarang ni naik keta tu jatuh talak satu. Tapi isteri xkeluar rumah, sya yg keluar. Lepastu keseorangan dlm keta sama sya sebut kalau isteri naik keta ni tak jatuh talak yg tdi. Keesokan harinya baru isteri sya naik keta yg sama. Adakah dikira jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pendapat saya, lafaz cerai tersebut adalah terikat dengan masa iaitu ‘sekarang ni’. Maka, talak akan jatuh sekiranya isteri keluar dan masuk ke kereta tersebut pada masa yang sama encik lafazkan cerai tersebut. Sekiranya isteri keluar dan masuk ke kereta pada keesokan hari, maka tidak jatuh talak.

  33. Azie

    Reply

    Assalamualaikum puan saya srbah salah sekarang. Masa saya dalam pantang saya ada bergaduh dengan suami. Lepas tu suami halau2 saya. Saya ckp klu nak saya keluar dari rumah ni ceraikan saya. Dan dia lafaz dalam keadaan marah sebut nama dan aku ceraikan kau dengan talak 3. Lepas tu dia keluar. Selang brp jam dia balik dan pujuk2 saya balik kata nak rujuk dia tak sengaja lafaz semua tu.

    • admin

      Reply

      Salam puan, sekiranya suami puan lafazkan dengan jelas ‘aku ceraikan kau dengan talak 3’ bermakna talak memang sah jatuh walaupun suami tiada niat pada masa dia lafaz cerai tersebut kerana ia adalah lafaz soreh (jelas- aku ceraikan kau) yang mana niat suami adalah tidak relevan. Saya bersimpati dengan puan tetapi inilah yang termaktub di dalam hukum syarak. Jadi puan dan suami perlu failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah secepat mungkin sekiranya belum. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  34. Reply

    assalamualaikum….
    saya ingin bertanya
    jika saya “bertanya”
    “nak abg pulangkan sayang kat mak?”
    adakah jatuk talak?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya lafaz tersebut bukan lafaz talak sebaliknya suatu pertanyaan. Maka, tidak jatuh talak.

  35. mira

    Reply

    Assalamualaikum. Mohon pencerahan.
    Sy sedang berbual bersama suami. Suami mengajak saya keluar pergi ke kedai. Tetapi sy tidak mahu ikut. Secara bergurau dalam hati, sy berniat untuk suami menceraikan sy dgn berkata “abg tgglkan saye?”

    Suami jwb “ya” (utk tinggalkan sy dirumah. Tanpa mengetahui niat saya) Suami tidak berniat untuk menceraikan saya.

    Begini, adakah sah cerainya?

    • admin

      Reply

      Salam puan, antara rukun talak adalah orang yang menjatuhkan talak iaitu suami yang bermaksud, lafaz talak itu mesti diucapkan oleh suami. Berdasarkan situasi puan, tidak wujud sebarang lafaz cerai yang diucapkan oleh suami maka tidak berlaku perceraian.

  36. Anonymous

    Reply

    Saya nk tny kalau suami ada sebut ayat begini:
    “kalau nk cerai, abg boleh ceraikan skrg ni”

    Adakah lafaz ini dikira sah?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya lafaz tersebut bukanlah lafaz cerai kerana ia adalah berbentuk pertanyaan sama ada isteri ingin bercerai atau tidak.

  37. Yong

    Reply

    Assalamualaikum tuan
    Semasa bergaduh dengan suami, saya ada mendesak suami untuk menghantar ke rumah mak, dan suami berjaya “kau nak sangat balik rumah mak, pergi balik”.

    Adakah jatuh talak atau bagaimana?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya lafaz yang dibuat suami itu adalah tidak jelas niatnya sama ada benar-benar suami berniat untuk menceraikan puan atau tidak. Maka, perlukan penjelasan daripada suami mengenai niatnya semasa ucapkan lafaz cerai tersebut. Sekiranya suami berniat untuk cerai semasa mungucapkan lafaz tersebut, maka jatuh talak. Maka, saya sarankan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk hakim siasat fakta kes dan membuat pengesahan sama ada jatuh talak atau tidak.

  38. Reply

    Assalamualaikum saya ingin bertanya..saya mengandung 7 bulan masa tu suami tulis melalui wasap lepas kau salain aku lpskn jatuh atau tak trma kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya ayat whatsapp tersebut terhenti sehingga lepaskan sahaja, maka tidak berlaku sebarang lafaz cerai kerana tidak diketahui apa yang ingin dilepaskan.

  39. Reply

    Assalamualaikum tuan saya nak tanya saya dalam pantang 20 hari masih nifas…saya dpt tau suami ada perempuan lain dan saya paksa dia ceraikan saya dan dia ceraikan saya depan. Bapak suami adakah jatuh talak itu

    • admin

      Reply

      Salam puan, sekiranya lafaz talak itu soreh (jelas), maka jatuh talak. Maka, puan atau suami perlu failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah.

  40. AY

    Reply

    Salam. Jika suami pernah lafazkan ayat seperti “Aku lepaskan kau” sebanyak 3 kali dalam masa 2 minggu. Dan setiap kali lafaz, kami akan bersama.

    Lafaznya sah ke? Jika kami rujuk tanpa saksi. Dan bersama.

    Dah kira talak 3 ke?

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, ayat aku lepaskan kau itu adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermakna jatuh talak. berkenaan rujuk pula, rujuk secara perbuatan di sisi mazhab shafie adalah tidak sah. Maka, saya nasihatkan puan/suami untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim teliti dan siasat fakta kes sama ada berlakunya perceraian dan keesahan rujuk tersebut.

  41. Reply

    salam saya nak tanya sikit ..
    saya ada bergaduh dengan suami berkenaan suami sya minta bersama dan sya menolk dgn cara yg baik .. dan suami marah dan berkata ‘ kalau macam tu lebih baik main dengan pompan lain ‘ .. saya hanya ngis je masa tu .. esok² nya saya ada cakap dgn suami .. knp ckp kt sya mcm tu .. saya marah+bebel dekat dia la dlm whatapp .. slps bbrp converstion sya dan dia .. lepas tu dia hntar whatapp ‘tak pa la saya mengalah .. sya keluar dari rumah .. awak pergi la cari laki lain yg lebih baik dri sya ‘ ..

    slps dri kejdian tu sya mmg tak bersama dgn suami smpai skrg ..
    adakah suami saya telah mlafaz kan talak ketika tu ??
    saya buntu .. dan saya mmg skrg dh tak bertegur sgt dgn suami wlopn sebumbung ..
    mohon pencerahan ya ..
    terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz yang ditulis oleh suami di dalam whatsapp tersebut adalah lafaz kinayah yang memerlukan penjelasan mengenai niat suami sama ada berniat untuk cerai atau tidak semasa menghantar ayat tersebut. Sekiranya, suami niat untuk bercerai, maka jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan niat suami untuk menentukan keesahan lafaz cerai tersebut.

  42. hamba allah

    Reply

    assalamualaikum..ingin penjelasan…isteri kata kami tiada persefahaman dan asik bergaduh..isteri mohon ceraikan dia..kerana dia tidak mahu tanggung dosa sebagai isteri yg tidak taat pada suami dan merayu pada saya..saya tidak ingin kan perceraian dan tidak ingin isteri mendapat dosa kerana tidak taat pada suami..saya dlm keadaan sedar dan waras melafazkan cerai talak 1 pada isteri dengan bersaksikan Allah..adakah jatuh talak

    • admin

      Reply

      Salam, berdasarkan situasi encik, jatuh talak kerana lafaz cerai tersebut adalah soreh (jelas). Maka, perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah. Maaf atas kelewatan jawapan kerana kekangan masa.

  43. Cik Indah

    Reply

    Assalamualaikum. Admin, saya nak tanya, suami saya ada lafaz cerai pada kali pertama pada 26 /11/20 dan kali kedua 27/11/20 . Dan kedua2 talak tu adalah sah. Tetapi dia melafazkan sekali lagi talak pada bulan 3/2021, bermakna lepas sy dah tamat tempoh iddah. Persoalan saya adakah lafaz talak yang ketiga itu sah?

    • admin

      Reply

      Salam puan, sekiranya puan dan suami tidak rujuk dalam tempoh iddah, maka selepas tempoh iddah tamat, pihak-pihak bukan lagi pasangan suami isteri yang sah. Maka, lafaz talak yang diucap oleh suami itu adalah tidak sah kerana pihak-pihak bukan lagi di dalam ikatan perkahwinan melainkan dengan akad nikah yang baru.

  44. Izan

    Reply

    Assalamualaikum, sy ingin bertanya sekiranya ketika sy dan suami bergaduh teruk dan dia dlm keadaan amat marah dan melafazkan kita berpisah adakah itu dikira jatuh talaq? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya, telah jatuh talak kerana lafaz ‘kita berpisah’ itu adalah lafaz soreh (jelas) yang tidak perlu penjelasan niat suami semasa lafaz tersebut diucapkan. Maka, saya nasihatkan untuk suami/isteri failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah berdekatan untuk hakim menentukan keesahan lafaz cerai tersebut.

  45. Reply

    Assalamualaikum, saya nak bertanya adakah jatuh talak atau pun tidak sekiranya suami saya mengatakan ” kalau awak tak boleh terima ibu saya, tak pelah, saya lepaskan awak”. (melalui whatsapp)

    Pada ketika itu kami bertengkar kerana saya terasa hati dgn ibunya. Tapi jujur sy mengatakan bahawanya saya menerima mertua sy cuma sy terasa hati. Dan pd ketika itu sy ingin meluahkan pada suami apa yg saya rasa. Cuma suami tidak dpt terima kerana yg sy persoalkan ialah ibunya. Dan menyebabkan pertengkaran tersebut.

    Utk makluman tuan, ibu mertua sy baik orgnya dan menerima sy sebagai menantu seadanya. Cuma mertua sy suka cakap yg pelik pelik yg membuatkan sy terasa hati.

    Mohon penjelasan dr tuan. Terima kasih tuan

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, jatuh talak kerana lafaz ‘saya lepaskan awak’ tersebut adalah lafaz soreh (jelas) walaupun ia dihantar melalui whatsapp oleh suami. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan puan bermastautin untuk hakim teliti fakta kes dan mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  46. Ingin Tahu

    Reply

    Salam, sekiranya permohonan pengesahan lafaz taklik telah difailkan di Mahkamah dan Mahkamah telah menetapkan tarikh pendengaran (katakan lagi 3 bulan), sepanjang tempoh 3 bulan itu adakah status pasangan masih berstatus suami isteri? Adakah apabila Mahkamah memutuskan talak tersebut jatuh, iddah telah bermula daripada tarikh lafaz taklik tersebut (backwards 3 bulan sebelumnya) atau akan bermula dari tarikh keputusan Mahkamah dibuat. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam, pada pandangan saya, ia bergantung kepada lafaz cerai tersebut, sekiranya memang jelas kepada pihak-pihak bahawa talak sememangnya telah jatuh, maka kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri . Sekiranya pihak-pihak juga tidak pasti, maka adalah lebih baik untuk pihak-pihak tinggal berasingan sepanjang tempoh kes masih berjalan sehingga diputuskan. Berkenaan iddah pula, kebiasaannya ia akan bermula daripada tarikh dan waktu lafaz cerai dibuat. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  47. Ina

    Reply

    Salam
    Sy mohon penjelasan ..
    Berlaku salah fhm antra sy dan suami.. SuAmi sy dlm keadaan marah dia melafazkan “aku cerai mu” di hadapan saya semasa memandu kereta yg tiada saksi. Selepas pada itu katanya bukan niat dia dan kerelaan hati dia..dia terlepas cakap semasa tengah marah.
    Dia kesal sewaktu kejadian itu dan memohon maaf pada saya segera. Dia tak mahu kehilangan saya dan meyakin kan saya menyatakan tuhan saksi tahu hati dia tak ingin berpisah.
    Saya yakin dgn penjelasan dia. Dan saya utuskan tidak mahu failkan di mahkamah krn takut sememangnya hakim jatuhkan talaq walaupn jauh dlm hati bukan atas kerelaan suami nk berpisah .
    AdakAh saya dan suami hidup dlm keadaan berzina krn tidak mahu ke mahkamah mengesahkan lafaz cerai?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan suami itu adalah lafaz soreh (jelas) yang tidak memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat untuk cerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Walaupun suami nyatakan dia tidak berniat, tapi untuk lafaz cerai soreh, niat suami adalah tidak relevan kerana lafaznya jelas. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah sekiranya masih belum failkan untuk hakim siasat fakta kes dan mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja.

  48. Nur fatin syafiqah

    Reply

    Salam ustaz/ustazah . Suatu hari saya dan suami bertengkar . Sedangkan kami elok pgi tu. Pertengkaran berlaku apabila saya menelefon dia mengenai kesalahan yg dia buat . Akibat pertengkaran . Suami dengan secara tidak sengaja terlafaz perkataan cerai dan terus mematikan telefon . Lepastu dia tnye ape cerita . Saya isteri bgthu yg dia sudah lafaz kan cerai . Dia pon macam was2 . Sbb masa berlaku dia dalam keadaan ilusi diantara mimpi atau realiti . Tetapi dia mmg tiada niat sebenrnya . Mohon pencerahan .

    • admin

      Reply

      Salam puan, secara umum sekiranya cerai dilafazkan dengan jelas, maka jatuh talak. Sekiranya suami menyatakan bahawa beliau dalam keadaan ilusi dan tidak sedar, maka ia perlu dibuktikan di mahkamah untuk hakim siasat fakta kes dan keadaan sebenar suami semasa melafazkan cerai tersebut. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk hakim mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  49. Syazwan

    Reply

    Assalamualaikum…sy ingin bertanya..adakah menjadi satu kesalahan jika berlakunya kes penceriaan di luar mahkamah?terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam encik, perceraian di luar mahkamah adalah satu kesalahan yang telah diperuntukkan di dalam undang-undang keluarga islam di Malaysia yang mana boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua denda dan penjara.

  50. Filla

    Reply

    Assalamualaikum Puan, pd suatu mlam ad perselisihan fham antra suami, kmudian dia tiba-tiba ckap, “klau nak cerai, ckap. Aku bleh cerai.” Sy cuma diam jela.. Sbab sy thu dia ckap mcamtu pun sbab sblumni stiap kli gduh sy mnta sebut “lpaskan sy”, “lpaskan sy”.. Tp dia takprnah kata apape.
    Persefahaman pd mlam tu mmbuatkan kmi brgduh bsar sehingga sy sruh kata lain cabar dia utk lpaskan sy. Sy pun tiada niat pd msa tu. Kemudian suami ad terlpas ckap dgan mngata kan “aku lpaskan kau dgan talak bangsat”.
    Bila sy tnya balik niat dia, jjur dia kata takde niat lgsung. Dia fed up dgar sy asik mnta je..
    Jd ap pndangan Puan utk kes sy ni? Sy meragui. Tp suami sy takragu sbab dia kata mmag dia takde niat. Dn lafaz yg dia ucapkan tu pun bg sy tidak jelas.

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz ‘aku lepaskan kau dengan talak’ itu adalah lafaz soreh (jelas) yang TIDAK PERLUKAN penjelasan niat suami sama ada berniat atau tidak untuk cerai semasa melafazkannya. Walaupun suami menyatakan beliau tidak berniat, namun talak masih jatuh kerana niat suami adalah tidak relevan dalam lafaz cerai soreh. Maka, saya nasihatkan untuk puan atau suami failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah (sekiranya belum) untuk hakim meneliti fakta kes dan lafaz berkenaan dalam mengesahkan lafaz cerai yang dibuat suami tersebut. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  51. Nur

    Reply

    Assalamualaikum ustaz. Sy nak bertanya.

    Sy pernah bertengkar dgn suami sy kerana sy ada salah faham dgn ibunya. (ibunya menyatakan bahawa anak sy akan boros apa bila besar nanti kerana tali pusatnya luruh awal.
    Ketika itu sy dalam pantang lps bersalin kan anak. Jd emosi sy sgt x stabil.
    Jd sy persoalkan banyak perkara pd suami sy, yg membuatkan sy terasa hati pada ibunya.

    Dan suami sy mengatakan pada sy. “Kalau awak tak boleh terima ibu saya, saya lepaskan awak”.

    Bagaimana ya ustaz? Mohon beri penjelasan 😭
    *untuk makluman ustaz. Ini pertama kali suami sy cakap begini. Apa bila kami dah baik. Dia cakap dia tiada niat. Dan emosi dia pun terganggu kerana sy asyik cakap pasal mak dia.

    Jujur ustaz. Sy terima ibu mertua sy seadanya. Ibu mertua sy baik orgnya, cuma mertua sy kdg suka cakap lepas membuatkan sy sgt sgt sedih.
    Lg keadaan bila sy tgh pantang ckp psl bby sy. Sy sgt sgt sedih. Emosi sy time tu terganggu. 😭

    Mohon ustaz respon. Terima kasih ustaz

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz cerai tersebut terikat dengan ‘kalau awak tidak boleh terima ibu saya’. Maka, perlukan penjelasan suami mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘awak tidak boleh terima ibu saya’ itu (sama ada bermaksud melalui pertengkaran atau perbuatan lain mahupun perasaan puan dan sebagainya). Sekiranya perbuatan yang dimaksudkan suami itu telah dibuat oleh puan selepas lafaz cerai dibuat, maka jatuh talak. Oleh itu, saya nasihatkan untuk puan atau suami failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim teliti dan siasat fakta kes dan maksud lafaz cerai suami tersebut dalam menyabitkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  52. Maira

    Reply

    Assalamualaikum tuan
    Semasa bergaduh dengan suami. Suami dengan marah berkata ‘pergi balik rumah mak kau dan carilah lelaki lain yang boleh jaga kau!’ dan berulang kali berkata perkataan itu..
    Adakah jatuh talak atau bagaimana?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan suami itu adalah berbentuk kinayah yang memerlukan penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah rendah syariah untuk hakim siasat fakta kes sebenar serta pengakuan niat suami untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  53. gamba allah

    Reply

    Salam admin..nak tnya klau suami..bergurau dengan kawan dan berkata aku dah ceraikan dia(yang dimaksudkan iaitu kawan kepada suami) adakah itu dikira jatuh talak kepada istri??

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya perkataan ‘dia’ yang disebut oleh suami itu adalah bukan merujuk kepada isterinya (merujuk kepada orang lain), maka tidak jatuh talak. Sekiranya suami merujuk ‘dia’ itu kepada isteri, maka talak boleh jatuh.

  54. Ana

    Reply

    Salam ustaz, saya nak Tanya klaw seseorang tuh tgok tv lepastu dya smbung dialog “aku cerai kan kau”.. Kemudian isterinya terdengar.. Tpi lelaki nya tuju kepada siaran TV terse but.. Adakah jatuh talaknya? Jika pandangan dan tujuan itu haha ditujukan kepada TV itu?

    • admin

      Reply

      Salam. Pendapat saya, sekiranya lafaz tersebut sememangnya dituju kepada isteri sama ada ada niat cerai atau tidak, ianya jatuh talak kerana ianya lafaz soreh. Namun, sekiranya lafaz tersebut dituju kepada pelakon tersebut, iaitu sekadar menyambung dialog yang cerita tersebut, ianya tidak jatuh talak.

  55. Ayu

    Reply

    Assalamualaikum, sy nk bertanya. Suami sya ada bg voice di wasap ‘tarikh 18 August 2021 jam 9.30 mlm saya (suami) jika memukul lagi isteri saya (bernama) akan jatuh talak. Klu suami pukul saya lg akn jatuh talak atau tidak?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, jatuh talak sekiranya syarat ta’liq (memukul lagi isteri) tersebut telah dilanggar. Maka, puan perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  56. isteri buntu

    Reply

    Assalamualaikum.. saya mahu bertanya.. situasi nya di dalam kereta (depan rumah kakak saya) ketika itu suami sy mahu solat jumaat dan dia telah menghantar sy ke rumah kakak sy sebelum pergi solat jumaat tu.. sebelum sy turun dari kereta, sy bertegas mahu ambil IC suami dan pergi ke suatu tempat utk cek.. tetapi suami melarang.. dan dia ada cakap.. “abg ceraikan syg talak 1 jika syg ambil ic abang”.. sy xberapa fokus @ dengar apa yg dilafazkan oleh suami sy tapi niat suami sy kalau sy ambil dan bawa IC tu pergi ke tempat tersebut baru jatuh talak.. sy pon ambil ic nya & dan letak semula dalam purse nya.. adakah jatuh talak? mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, talak adalah jatuh apabila puan mengambil ic suami. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk hakim siasat fakta kes dan maksud lafaz yang diucapkan oleh suami itu dalam mengesahkan sama ada jatuh talak atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  57. Nur Ain

    Reply

    Assalamualaikum,

    Semasa bergaduh, saya ada dengar suami cakap “dah, aku ceraikan kau” tapi selepas tu, suami cakap apa yang dia cakap ialah “kalau kau macam ni lagi, dah, aku ceraikan kau”. Dia cakap dia letakkan taklik kalau dimasa depan, saya macam tu lagi dengan dia, akan jatuh talak.
    Saya yakin saya x ada denga apa2 syarat diletakkan sebelum dia lafaz cerai tapi suami bersumpah dia belum ceraikan, hanya letak syarat.
    Macamana ye? Saya takut suami tipu. Saya tak tenang fikorkan benda ni.
    Boleh ke saya berpegang dgn kata2 suami tu. Mungkin masa tu saya tgh nangis x dengar betol2 apa yang dia cakap. Tiada saksi masa tu.
    Kalau ke mahkamah, adakah hakim akan terima sumpah suami dan tidak jatuhkan talak sebab saya tak ada bukti?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya suami memang tidak letakkan apa-apa syarat, sekadar lafaz ‘dah, aku ceraikan kau’ maka jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk hakim siasat fakta kes dan pengakuan lafaz sebenar yang diucapkan oleh suami untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Kebiasaannya, sekiranya tiada saksi, hakim akan meminta suami melafazkan sumpah dan jika suami enggan, maka sumpah perlu dilafazkan oleh isteri. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa. Semoga puan diberikan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  58. siti

    Reply

    salam. saya nak tanya pendapat. saya bergaduh besar dgn suami saya. bila keadaan reda, suami saya bertanya saya “sayang nak bercerai?” tapi saya hanya mendiamkan diri. soalan saya. adakag jatuh talak tersebut?. terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya tidak jatuh talak kerana lafaz tersebut adalah berbentuk pertanyaan. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  59. Elly

    Reply

    Assalammualaikum… Saya nak Tanya haritu saya ada bergaduh dengan suami… Dalam keadaan marah suami berjaya kau nak kena cerai ke…. Saya Jawab tak mahu… Selepas itu saya terus beredar… Adakah jatuh talk?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, tidak jatuh talak kerana lafaz yang diucap suami itu adalah berbentuk pertanyaan.

  60. anonymous

    Reply

    Salam,

    Saya ingin bertanya. ketika berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rumah tangga yang sedang dihadapi, suami dan isteri bersetuju perpisahan adalah merupakan jalan penyelesaian tapi suami tidak melafazkan apa2 dengan jelas, suami hanya bersetuju untuk berpisah. Adakah jatuh talak terhadap isteri?

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam. Belum jatuh talak. Di mahkamah pun, soalan yang wajib ditanya kepada suami “setuju untuk bercerai?” Bila suami setuju baru hakim benarkan untuk lafaz cerai dan setelah lafaz cerai baru dikira jatuh talak. Dalam situasi puan, sekiranya suami setuju untuk bercerai dan puan belum failkan kes permohonan cerai, puan boleh failkan kes permohonan cerai seksyen 47 sekiranya puan juga mahukan perceraian. Semoga dipermudahkan segala urusan, mohon petunjuk Allah, insha Allah semoga yang baik-baik untuk puan dan suami.

      • hajar

        Reply

        1. assalammualaikum saya nak tanya, contoh suami ada bagi tempoh sebulan untuk isteri berubah, kalau tak dia kata dia akan lepaskan, tatapi dalam masa sebulan isteri tidak berubah adakah sah talak selepas sebulan?

        2. contoh kalau suami kata macam ni “Tpe kalau itu yg awaknak ..n dah pikir masak2, Tak boleh buat apa..saya hantar balik se***g .walau pape pun jadi anak tu tetap anak saya..so saya Ad hak untuk tahu keselamatan dia..balik se***g je, ataupun aku ambik kau dengan cara baik so aku pulangkan kau dengan cara baik adakah jatuh talak ?

        3. contoh : suami bagitahu kakak ipar dia macam ni ” saya dengan dia tak takda pape, cuma tak lafaz lagi, adakah jatuh talak?

        • admin

          Reply

          Salam puan, pada pandangan saya:
          Bagi situasi pertama, perlu dapatkan penjelasan suami berkenaan perubahan yang dimaksudkan suami semasa melafazkan cerai tersebut. Sekiranya, isteri tidak berubah mengikut apa yang dimaksudkan suami selepas sebulan, maka akan jatuh talak. Untuk situasi kedua dan ketiga, lafaz yang diucapkan suami itu adalah berbentuk kinayah (tidak jelas) yang memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada niat cerai atau tidak semasa mengucapkan lafaz tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Maka saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk hakim siasat fakta kes bagi setiap lafaz yang dibuat untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian atau tidak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

      • nazirul

        Reply

        salam,saye ingin bertanye,jatoh ka talaq kalau suami berkata hari ini kalau sebut lagi perkataan cerai jatoh la talaq,tapi pada sepanjang hari itu isteri tidak menyebut pekataan itu,selepas 3 hari baru die menyebut perkataan cerai tersebut,lafaz yang di sebut oleh suami terbut di lafaz kan dalam keadaan terpakse dan tampe niat dan redho nye suami kerana takot akan diri nye di sakiti oleh isteri,….?????

        • admin

          Reply

          Salam, pada pandangan saya, lafaz yang diucapkan suami itu adalah terikat dengan masa iaitu ‘hari ini’. Berdasarkan situasi ini, isteri menyebut perkataan cerai 3 hari selepas suami melafazkan ta’liq tersebut dan bukan pada hari lafaz tersebut dibuat. Maka, talak adalah tidak jatuh. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

      • Sabr

        Reply

        Assalammualaikum.. saya ingin bertanya berkenaan dengan lafaz talak yg dibuat berulang kali ditempat yg berbeza dan waktu yg berbeza .. apakah talak akan jatuh talak 3 ? Lafaz tersebut dibuat setahun yg lalu dimana sy dan suami selalu bergaduh dlm keadaan marah dan sy sering mencederakan diri sendiri ketika marah.. sampai sekarang kami belum membuat pengesahan cerai kerana takut jatuh talak 3 dan tak boleh rujuk semula..

        • admin

          Reply

          Salam puan, pada pandangan saya sekiranya lafaz cerai tersebut cukup syaratnya, maka akan jatuh talak. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah rendah syariah di kawasan puan bermastautin sesegera mungkin sekiranya masih belum failkan. Di dalam tuntutan tersebut, perlu dikemukakan semua fakta yang berkaitan dengan semua lafaz cerai yang pernah dibuat oleh suami sebelum ini untuk hakim siasat dan teliti keesahan semua lafaz cerai tersebut. Saya faham perasaan puan, walaupun pahit tapi inilah tindakan yang perlu dibuat sama ada oleh puan sendiri atau suami untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang pernah dibuat demi menjaga kemaslahatan pihak-pihak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa dan kerja. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

      • Reply

        Salam sy ingin bertanya..Sy ada bergaduh biasa dengan isteri..cuma ada ckp dkt isteri (anggap je kau tak ada laki).tapi tak ada niat apa² sekadar whatsapp gaduh biasa².adakh di anggap sah jatuh cerai

        • admin

          Reply

          Salam, pada pandangan saya, lafaz tersebut adalah lafaz kinayah (samar-samar) yang perlu dibuktikan dengan niat sama ada suami berniat untuk cerai atau tidak semasa whatsapp tersebut dihantar. Jika suami tidak berniat untuk cerai semasa menghantar ayat tersebut, maka tidak jatuh talak.

  61. Hamba Allah

    Reply

    Assalamualaikum admin . Saya ingin mendapatkan pandangan admin mengenai satu situasi ni . Si suami berlaku curang . Pada suatu hari , si isteri whatsapp wanita tersebut . Dan wanita tersebut memberitahu bahawa si suami mengaku bujang padanya dan mengatakan dia dan si isteri hanyalah bekas kekasih dan telah melepaskan si isteri dengan cara yg baik . Apabila si isteri bertanya pada suami tentang perkara itu, si suami menafikan hal itu . Pada pendapat admin , adakah situasi ini dikira jatuh talak ?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya sekiranya suami mengaku telah melepaskan isteri, maka jatuh talak walaupun lafaz tersebut dibuat tanpa pengetahuan isteri. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk hakim siasat fakta kes, lafaz yang dibuat suami dan keterangan saksi untuk mengesahkan sama ada berlaku perceraian antara pihak-pihak. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  62. no name

    Reply

    assalamualaikum.. suami ada melafazkan saya akan lepaskan awak setelah anak kita yg bernama ( eesya) pulang ke kedah.. sblm lafaz ni suami mmg tau yg ibunya akan membawa, anak kami ke kedah. seminggu slps lafaz tu ank kami di bawa ke kedah.

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, talak tersebut tidak jatuh kerana ia terikat dengan perkataan ‘akan’ yang bermaksud talak akan jatuh sekiranya suami melafazkan semula talak kepada puan. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan masa.

  63. Nurul

    Reply

    Assalamualaikum admin . Saya nak bertanya. Saya dan suami tengah menonton tv. Dlm adegan drama itu ad sepasang kekasih. Si lelaki memanggil nama si perempuan.. Selepas itu dengan tiba2 suami saya menyambung ayat tersebut sambil mengangkat kipas. “Aku ceraikan kau”. Selepas saya menyedari apa yang dia cakap, sy terus memarahi nya. Dan die berkata “bukan tuju kat saya(isteri) die tuju pada TV. Minta pencerahan jika isu begini jatuh ke talak?

    • admin

      Reply

      Salam. Pendapat saya, sekiranya lafaz tersebut sememangnya dituju kepada puan sama ada ada niat cerai atau tidak, ianya jatuh talak kerana ianya lafaz soreh. Namun, sekiranya lafaz tersebut dituju kepada pelakon tersebut, iaitu sekadar menyambung dialog yang cerita tersebut, ianya tidak jatuh talak.

  64. Reply

    Salam maaf ingin tanya, jika suami dalam keadaan marah yang amat teruk lalu melafazkan aku ceraikan kau… Adakah jatuh talak tersebut, terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam. Berkenaan lafaz cerai, sekiranya lafaz tersebut lafaz soreh(jelas-aku ceraikan kau/talakkan kau) akan jatuh samada ada niat atau tidak. Adalah menjadi kebiasaan lafaz yang berlaku adalah semasa pihak-pihak sedang bergaduh dan dalam keadaan yang sangat marah, lafaz tersebut jatuh talak. Walaubagaimanapun, saya nasihatkan puan untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah segera untuk hakim membuat siasatan kejadian sebenar yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas lafaz tersebut di buat bagi menentusahkan jatuh talak atau tidak.

  65. Nurul

    Reply

    Salam Admin,

    Saya nak minta kepastian dimana saya ada bertengkar dgn suami (yang sedang mencari pekerjaan) dan dia sebut ‘kalau aku senang nanti, aku lepaskan kau’

    Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Salam puan. Pada pandangan saya, berkenaan situasi puan ini, lafaz yang dibuat oleh suami tersebut terikat dengan masa iaitu “kalau aku senang nanti”. Maka, semasa lafaz tersebut dibuat, talak masih belum jatuh, namun talak boleh jadi jatuh apabila suami sudah senang nanti. Maka, perlukan penjelasan daripada suami niat beliau apa yang dimaksudkan dengan bila senang nanti untuk menentukan talak jatuh atau tidak.

  66. mey

    Reply

    Assalam,sini saya nak bertanya..sebelum ini sy pernah btengkar dengan suami..dan suami sy bcakap dalam keadaan marah “Bagus kita berpisah je la kalau bgini,aku x tahan sudah”.adakah ucapan ini mnjadi talak/ceraiitu jatuh kpd sy?

    teima kasih

    • admin

      Reply

      Salam. Pada pendapat saya, tidak jatuh talak kerana ianya hanyalah pendapat suami yang menyatakan berpisah lebih baik sekiranya berterusan begitu. Namun, puan boleh failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk meyakinkan status pernikahan puan dan suami. Hakim akan siasat fakta sebenar yang berlaku sebelum dan selepas lafaz tersebut di buat untuk menentukan samada jatuh talak atau tidak.

      • F

        Reply

        Salam.. Saya ingin bertanya kalau suami wasap dan berkata kita cerai je senang adakah jatuh talak?

        • admin

          Reply

          Salam puan, berdasarkan situasi ini, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan keesahan lafaz tersebut sama ada jatuh talak atau tidak.

      • Nope

        Reply

        Assalamualaikum harap di balas , boleh saya tanya . Saya ada bergaduh dengan pasangan saya disebabkan salah faham semasa bergaduh tu suami saya terlepas cakap ” esok aku lepaskan kau ” mcam mana ye jatuh ke talak tu ? Sedangkan dia tgh marah

        • admin

          Reply

          Wassalam, pada pandangan saya, lafaz cerai tersebut adalah terikat dengan perkataan ‘esok’ yang bermaksud talak hanya akan jatuh sekiranya suami melafazkan semula talak pada keesokkan harinya. Namun, saya sarankan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan menentusahkan lafaz cerai tersebut kerana hakim adalah pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz cerai yang dibuat suami itu jatuh atau tak.

  67. Be Strong

    Reply

    Assalam ustaz,
    Sy mahu pencerahan..sekiranya lafaz talak berlaku ketika sy dlm keadaan haid,adakah talak sudah jatuh? Sebelum suami lafazkan sy mendesak dia utk lepaskan sy berkali kali,walhah ketika bergaduh mase tu dia ad sebut..”sabar lh dulu,bagi masa sket,nanti bagi lah”..sy terus mendesak dan dia ad lafazkan cerai. Yg pasti sy ade dengar pkataan “lepas”. Adakah talak sudah jatuh walaupun sy dlm keadaan haid,dan suami kalau ikotkan memg dah ade niat.

    • admin

      Reply

      Salam. Lafaz ketika haid hukumnya haram namun ianya tetap sah. Saya nasihatkan agar puan atau suami failkan kes pengesahan lafaz cerai bagi hakim siasat samada lafaz yang dibuat suami tersebut jatuh talak atu tidak.

  68. khairul

    Reply

    Assalamualaikum,suami lafaz “kita terpisah dgn talak 1″ dlm keadaan tak sedar,hilang kawalan” tetapi isteri ada rakaman berkenaan lafaz tersebut..apabila ditanya,suami hanya igt dia hny ckp “kita terpisah” dan dia x sedar,hilg kawalan. tetapi isteri mendengar “dengan talak 1” dan ada rakaman..adakah jatuh pisah ? kerana suami mmg x sedar wpun ada rakaman ttg lafaz tersebut,suami tak sedar akan lafaz tersebut .

    • admin

      Reply

      Salam. Bagi pendapat saya, suami ingat suami ada lafaz “kita terpisah” sudah memadai untuk gugurnya satu talak sekiranya suami maksudkan terpisah itu adalah untuk bercerai meskipun tidak ingat adanya ayat sambungan dengan talak 1. Untuk lafaz talak luar mahkamah ini, adalah lebih baik untuk pihak-pihak memfailkan kes pengesahan lafaz cerai dengan segera kerana hakim perlu menyiasat fakta yang terjadi sebelum berlakunya lafaz yang disebut oleh suami tadi, untuk menentukan sah atau tidak lafaz tersebut. Isu tidak sedar di sini adalah luas, boleh jadi tidak sedar kerana dalam keadaan terlalu marah, tidak sedar kerana mabuk, atau tidak sedar kerana dipaksa oleh individu lain, jadi hakim perlu menyiasat situasi sebenar.

  69. Nurul Safinaz

    Reply

    Asssalammulaikum ustaz,

    Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.

    Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? Suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia.

    Kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik.

    Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata ‘aku ceraikan kau’.

    Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami.

    Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)

    Soalan: 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)

    2. Saya ada bertanya kepada suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abang (suami) tujukan kepada orang dalam TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )

    3. Saya ada ajak suami ke mahkamah, tapi suami tak nak dan anggap tiada penceraian yang berlaku.

    4. Apa pandangan tuan mengenai masalah dan situasi saya ini? Saya risau sbb perkara ni dah terjadi 9 tahun lepas, sampai sekarang saya fikir..Dan suami tidak pernah lafaz rujuk tapi kami ada berjimak..

    Ada juga saya bertanya kepada pihak tertentu, mereka mengatakan talak Tidak jatuh..

    • admin

      Reply

      Salam puan. Sekiranya suami tidak memaksudkan lafaz tersebut kepada puan ianya tidak jatuh talak. Kemungkinan suami puan menyambung dialog pelakon yang baru menyebut nama isteri yang ingin diceraikannya seperti yang puan ceritakan di atas. Namun, untuk puan lebih tenang, puan boleh failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah, tiada masalah. Hakim akan siasat apa yang berlaku sebelum lafaz tersebut di buat untuk menentukan talak tersebut sah atau tidak.

  70. Reply

    Assalam.. kalau suami menulis “abang bukan suami awak lagi” bermaksud apa ye.. adakah boleh jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Lafaz tersebut berbentuk kinayah dan boleh jadi jatuh talak sekiranya suami memaksudkan untuk menceraikan puan. Saya nasihatkan puan untuk memfailkan kes pengesahan lafaz cerai bagi hakim siasat niat suami dan apa yang terjadi sebelum lafaz tersebut dilafazkan suami.

  71. tiada nama

    Reply

    salam admin,

    saya ada bergaduh dengan suami , semasa itu saya mahu failkan fasakh terhadap suami dan suami meminta memberinya peluang . saya bertanya apa caranya , dan dia jawab melalui whatapp ” kalini aku takkan buat lagi. atau buat surat kalau aku cari pasal kat phone kau lagi jatuh talak satu”. surat sudah dibuat dan telah dikoyakkan suami kerana tak bersetuju saya meletakkan syarat anak jatuh ke saya sekiranya bercerai. beberapa hari kemudian, dia masih lagi menghantar gambar dari google photo dari telefon dia yang mana sebelum ini gambar tersebut berada di telefon saya . adakah jatuh talak keatas saya ?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Berkenaan talak taklik, syarat taklik tersebut perlu dari suami, kerana suami yang ada kuasa untuk lafazkan cerai. Sekiranya suami ada mengatakan akan jatuh talak sekiranya dia cari pasal di phone puan, maka perlukan penjelasan lanjut daripada suami tentang apa yg dimaksudkan oleh beliau “kalau aku cari pasal kat phone kau”. Sekiranya maksud beliau cari pasal di phone puan termasuk dengan tindakan dia hantar gambar yang asalnya dari phone puan tersebut, boleh jadi jatuk talak. Walaubagaimanapun, fakta kes perlu dibentangkan dahulu di Mahkamah agar Hakim dapat membuat siasatan tentang apa yang berlaku dan sama ada jatuh atau tidak talak tersebut. Puan boleh failkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah.

  72. Along

    Reply

    Assalamualaikum ustaz.

    Saya nak tanya, bagaimana jika suami menghantar pesan ringkas “kau anggap sajalah aku dah ceraikan kau” adakah jatuh talak atau sebaliknya? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam. Perkataan “anggap” tersebut membawa maksud yang tidak jelas tentang niat suami. Begitu juga dengan perkataan, aku “akan” ceraikan kau. Aku “nak” ceraikan kau. Perkata-perakataan tersebut masih belum berlaku dan boleh jadi lafaz tersebut tidak sah. Maka situasi tersebut perlukan penjelasan suami sendiri berkenaan maksud lafaz yang dinyatakan dengan menjelaskan kepada hakim apa yang berlaku sebelum lafaz/kiriman tersebut dibuat. Tambahan pula, lafaz yang dibuat oleh suami adalah melalui pesanan ringkas di mana hakim perlu membuat siasatan samada memangg benar suami yang menghantar kiriman tersebut. Maka, pihak-pihak perlu memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamh untuk menentukan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak.

  73. anonymous

    Reply

    assalammualaikum.
    macamane kalau contoh suami dah failkan cerai ke mahkamah tapi isteri x stuju.
    smentara menunggu tu dia telah lafazkan cerai luar mahkamah dan kemudian telah mohon pengesahan dari mahkamah untuk lafaz cerai.
    Mahkamah menetapkn talak itu jatuh. tapi adakah isteri boleh buat rayuan atas pengesahan talak itu kalau tak stuju dan meragui pengesahan talak itu?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Sekiranya semasa kes permohonan cerai sedang berjalan, wujud pula lafaz cerai luar mahkamah, maka kes cerai tersebut digantung dahulu pendengarannya dan kes pengesahan lafaz cerai perlu difailkan segera dan diputuskan terlebih dahulu samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak. Sekiranya tidak sah, maka kes permohonan cerai yang tergantung tadi boleh diteruskan sekiranya masih ingin bercerai. Namun sekiranya lafaz cerai luar mahkamah tersebut sabit, maka kes permohonan cerai hendaklah ditarik balik kerana pihak2 sudah bercerai. Untuk situasi puan, sekiranya puan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah yang mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah tersebut, maka puan boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan. Sekiranya sudah melebihi 14 hari, puan boleh mohon lanjutan tempoh rayuan dahulu samada mahkamah benarkan lanjutan rayuan ataupun tidak.

  74. Amir

    Reply

    Bulan lepas sy ada selisih faham dengan isteri…selepas itu sy ada kata padanya awak pergi la cari lelaki yang lebih baik dari sy…(dalam hati mmg benarkan) tapi masih sayang… Mohon penjelasan

    • admin

      Reply

      Berkenaan situasi encik, disebabkan lafaz tersebut bukan berbentuk soreh(jelas), Hakim akan siasat apa niat encik berkenaan lafaz tersebut. hakim akan siasat apa yang berlaku sebelum encik melafazkan lafaz sedemikian. Sekiranya encik memang niat untuk bercerai, talak boleh jatuh dengan lafaz tersebut.

      • Nur

        Reply

        Salam .sy nak tnya suami jatuhkan talak dalam sms sblum itu sy yg meminta untuk bercerai .tu org pnggil cerai soreh ke ?

        • admin

          Reply

          Salam. Soreh atau kinayah adalah bergantung kepada ayat yang digunakan. Soreh bermaksud jelas iaitu antaranya seperti, aku ceraikan kau, aku talakkan kau.. lafaz kinayah pula cth “cukup sampai disini” .. jadi perlu ditanya niat suami sama ada niat untuk cerai atau sebaliknya.

  75. Nurul

    Reply

    Salam..
    jika si suami asyik melakukan perkara yang sama dan berulang kali (berlaku curang serta menghantar gmbar2 lucah) boleh ke si isteri memohon cerai?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Sekiranya puan dan suami sudah berbincang dan berusaha untuk pulihkan rumatangga dan tidak berjaya, puan boleh failkan permohonan cerai di mahkamah. Tiada masalah.

    • Lydia

      Reply

      Kalau suami cuma cakap “ kalau kau nak talak kau datang jumpa aku” talak itu akan jatuh atau tidak?

      • admin

        Reply

        Salam puan, pada pandangan saya, lafaz tersebut adalah berbentuk kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami tentang apa suami maksudkan semasa lafaz tersebut diucapkan. Perlu dipastikan sama ada suami berniat untuk bercerai semasa melafazkan ucapan tersebut, atau suami berniat untuk bercerai sekiranya puan datang berjumpa dengannya, atau terdapat niat lain yang dimaksudkan oleh suami. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan pengakuan dari suami mengenai niatnya semasa melafazkan cerai tersebut.

  76. nona

    Reply

    salam Admin.
    Suami saya katakan pd saya “abang hantar awak ke rumah mak awak untuk selama-lamanya”..
    apakah dikira suami melafazkan cerai?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Lafaz yang dibuat oleh suami ini tidak jelas dan perlukan siasatan oleh hakim berkenaan maksud/niat sebenar suami. Puan boleh failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk mengesahkan status talak tersebut.

      • Aman

        Reply

        Salam tuan, saya ada lafaz cerai pada isteri saya yg sedang mengandung. Kami bergaduh dan isteri cabar saya ceraikan dia. Saya dalam keadaan marah melampau saya cakap mcm ni “ okay kalau betul nk cerai, lepas awak bersalin kita cerai”. Adakah cerai ini sah? Mohon penjelasan.

        • admin

          Reply

          Salam encik, berdasarkan situasi ini saya berpendapat bahawa lafaz cerai tersebut terikat dengan masa iaitu selepas isteri encik bersalin. Oleh itu, talak hanya akan jatuh apabila isteri encik bersalin. Saya cadangkan untuk encik failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah untuk hakim siasat mengenai keesahan lafaz cerai tersebut.

  77. Una

    Reply

    Assalamualaikum.. sy nak bertanya.. suami sy ada hantar whatsapp pada sy berbunyi “yang, kita cerai. Minggu dpn kita pergi pejabat agama”. Sy masih dalam pantang bersalin anak no 3.. keesokan hari, suami baik seperti biasa seperti tiada apa jadi.. adakah sah lafaz tersebut..

    • admin

      Reply

      Salam puan. Lafaz suami tersebut perlu disiasat oleh hakim terlebih dahulu kerana ada sambungan ayat minggu depan kita pergi pejabat agama. Di mana ada tempoh untuk dilaksanakan iaitu minggu depan, bukan pada masa tersebut. Suami seperti baru berniat untuk proceed kepada perceraian. Maka, puan atau suami perlu failkan kes pengesahan lafaz cerai untuk hakim siasat fakta kes dan niat suami.

  78. Hamba Allah

    Reply

    Salam,
    Masa bergaduh, saya ad dengar suami cakap “dah, aku ceraikan kau” tapi selepas tu suami explain yang dia cakap sebenarnya “kalau begini lagi, dah, aku ceraikan kau”. Maksudnya dia taklikkan kalau lepas tu jadi lagi baru jatuh talak. Masalahnya saya tak dengar part kalau tu. Mungkin masa tu saya tengah bercakap juga. Suami sangat yakin dengan apa yang dia lafazkan tapi saya was2 sebab saya tak dengar part kalau tu, saya hanya dengar part ceraikan tu sahaja.
    Mohon nasihat dari tuan adakah jatuh talak?

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Pada pandangan saya, adalah lebih baik puan failkan kes pengesahan cerai di mahkamah kerana hakim akan membuat siasatan lanjut berkenaan kejadian sebelum, semasa, dan selepas lafaz tersebut dibuat. Untuk kes pengesahan lafaz cerai ini, hakim akan mengambilkira pengakuan suami sebagai orang yang melafazkan lafaz cerai tersebut. Di mahkamah, suami perlu bersumpah, sekiranya suami berbohong, suami akan mendapat akibatnya daripada sumpah tersebut.

  79. Tolonggggg sy buntu

    Reply

    Assalamualaikum ustaz ustazah

    Sy nak tnya pada mei 2019 sy bergaduh besar dengan suami sy memaksa suami melepaskan sayaa dan suami lafaz “aku ceraikan kau dengan talak 1” lepastuuu kami tidak kemna mana pejabat agama atau mahkamah. Esok nya terus kami rujukk kembali dengan lafaz “aku terima mu sebagai isteri aku kembali” Tapi dia takde niat

    Pada jan 21 pulak suami dengan sy bergaduhhh dalam wasap dan suami pulak lafazkan cerai BIsmillah… (nama diaa) Ceraikan (nama saya) dengan talak 2. Pada masa yang samaa suami sya salah faham tentang talak. Setelah ditanyaa dia berkata bukann talak 2 yg mcm kita maksud kann tapi talak kali kedua. Dia salah faham bahawa cerai pertamaa kena sebut talak 1 cerai kedua disebutt talak 2 dan cerai ketiga disebut tlaak 3

    Soalan sy
    1. Adakah Talak 1 tu jatuhhh talak? Tapi dia tidak berniag untuk cerai
    Dan rujukk kembali tuu sah rujuk sebb tiada saksi?
    2. Adalah talak 1 dan talak 2 boleh jatuh terus ke talak 3?
    3. Kami masih mahu rujukk

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz cerai talak satu tersebut telah jatuh kerana ia lafaz soreh (jelas). Maka niat suami adalah tidak relevan. Maka, puan perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan sabitkan berlakunya perceraian. Bagi lafaz cerai melalui whatsapp pula, saya berpandangan telah jatuh talak kerana ia adalah lafaz yang jelas dan puan perlu juga failkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah. Hakim akan mengesahkan berapa jumlah talak yang telah jatuh ke atas isteri. Berkenaan rujuk pula, puan perlu juga buat pengesahan rujuk di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta mengenai cara rujuk itu dibuat. Maka, saya nasihatkan puan untuk teruskan dengan tindakan-tindakan yang saya sebutkan ini sesegera mungkin (sekiranya belum). Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja. Semoga puan dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

  80. Minta pertolongan

    Reply

    Salam admin,

    Saya ada bergaduh dengan isteri dan dalam pergaduhan itu saya ada bertanya kepada isteri, samaada mahu bersama lagi atau tidak. Saya suruh si isteri pilih, dia menjawab tidak mahu tetapi mengaku tidak boleh berbuat apa apa kerana kuasa bukan ditangan isteri. Selepas itu saya cuma berkata “takpe saya pilih” dalam keadaan marah, selepas itu saya terus beredar daripada pergaduhan. Adakah jatuh talak atas dengan ayat “takpe saya pilih” itu? Jika dilihat atas niat, saya tidak ingat niat saya semasa berkata begitu kerana sedang marah. Mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, tidak jatuh talak kerana lafaz ‘takpe saya pilih’ itu hanya sekadar pernyataan biasa dan tidak menunjukkan kepada perceraian.

  81. Reply

    Assalamualaikum ustaz .. saya ingin bertanya tgh hari tadi sy dan suami bergado besar sebab ada perempuan msj sy mengatakan mcm2 psal suami mcm cuba nk pisahkna kami dgn niat jahat sedangkan seblum nih sy x pernah bergado ape2.. sy hilang sabar sy bertekak dgn suami smpai memaksa dia melepaskn sy banyak kali.. dia tak nak lepaskn sy. Setelah berkali2 sy desak dia tak tahan dalam keadaan tidak sedar dia telah melafazkan aku ceraikn kau dengan talak tiga dan didengar 2 org ahli keluarga llki dan pmpuan apakah jatuh talaknya sebab sy memaksa dia banyak kali ustaz..

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Maaf puan, paksaan isteri kebiasaannya dikira sukarela juga. Paksaan tidak melibatkan cedera atau kematian.

      Sebaiknya failkan terus kes pengesahan cerai di Mahkamah dan Mahkamah akan putuskan setelah mendengar keterangan semua. Panggil juga saksi2 yg mendengar.

  82. Saiful

    Reply

    Salam admin . Kalau sebut perkataaan aku lepaskan kau Dan xder ape2 Dgn kau tanpa niat . Dan tgh tekanan adakah sah jatuh talak ? Sbb saya tiada niat Dan x tahu maksud aku lepaskan kau ni memudarat kan . Bule jelas kan x admin ?

    • admin

      Reply

      Jika lafaz dibuat secara lisan, tidak perlu kepada niat, talaq boleh terus jatuh. Tapi jika dibuat secara bertulis, Seperti whatsapp, maka perlu kepada niat.

      • Nur

        Reply

        dlm keadaan sangat marah sehingga hampir melibas sya dgn tali Pinggang sbb masa tu suami marahkan ank n rotan ank dan ank sya dtg berlindung di belakang sya ketika sya cuci pinggan…disbbkan dia fikir sya protect ank suami cakap kita bercerai dlm keadaan hilang pertimbangan kerana terlalu marah dn terus pergi bilik dan baring…selepas sedikit tenang suami ckap esok kita pergi pejabat agama dan uruskan cerai….lepas tu sya ada tnya suami ada niat ceraikan sya ke suami cakp klu u nk cerai kita cerai klu u tak nk biarkan je ….adakah jatuh talak….. suami seorang muaalaf…

        • admin

          Reply

          Salam puan, pada pandangan saya, lafaz ‘kita bercerai’ itu adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermaksud niat suami sama ada ingin bercerai atau tidak adalah tidak relevan semasa lafaz tersebut dibuat. Maka, dalam situasi puan ini, talak adalah jatuh. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dalam menentusahkan lafaz cerai tersebut. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  83. Fendi

    Reply

    Dokumen anak2 tu, anak yang dengan pasangan tersebut sahaja atau dengan pasangan lain pun perlu kemukakan dokumen sekali

  84. Otai

    Reply

    Ingin Tahu
    Salam Admin,
    Soalan 1
    Saya sudah bercerai dengan isteri saya talak 1 selama 3 tahun.perlu ka saya dan bekas isteri ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian.atau saya sendiri sahaja yang pergi ke mahkamah syariah untuk failkan perceraian?.

    Soalan 2
    Bagaimana cara mendapatkan surat perceraian dari mahkamah syariah atau jabatan agama Islam negeri?.

    • admin

      Reply

      Wassalam, untuk soalan 1, ya perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah kerana undang-undang di Malaysia memperuntukkan pasangan suami isteri untuk mendaftarkan pernikahan dan perceraian. Encik pergi sendiri pun boleh untuk failkan kes. Soalan 2, surat perceraian hanya boleh dapat setelah mahkamah keluarkan perintah perceraian. Encik perlu bawa perintah cerai mahkamah tersebut ke pejabat agama islam daerah untuk proses pembatalan sijil nikah dan dapatkan sijil daftar cerai. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja.

  85. Hamba Allah

    Reply

    Suami tlh melafazkan talaq melalui wsap adakah sah cerai??

    • admin

      Reply

      Salam puan, talak masih boleh jatuh walaupun melalui whatsapp. Maka, suami atau isteri perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan menentusahkan lafaz cerai tersebut.

  86. Asma

    Reply

    Assalamualaikum ustazah/ustaz,

    Saya Ada kekeliruan.saya bergaduh dengan suami..saya paksa suami ceraikan saya..suami X nak..sampai satu tahap, dia cakap ‘kalau I X balik Dalam masa sejam Kita tak Ada apa2’..tapi dia balik..jatuh talak ke macam Tu?

    • Asma

      Reply

      Maaf nak tambah lagi..Tapi saya Tanya, betul ke dia Ada niat nak ceraikan saya..tapi dia cakap dia X nak pun..dia takut saya menjerit satu kawasan rumah dengar…cuma was2 Nye..betul ke dia balik Dalam masa sejam..klu terlewat seminit dua macam mana…

      • admin

        Reply

        Wassalam, pada pandangan saya, lafaz kita tak ada apa2′ itu adalah lafaz cerai kinayah yang memerlukan penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak. Sekiranya tidak berniat cerai, maka talak tidak jatuh.

  87. hamba Allah

    Reply

    salam
    sy ada bertengkar dgn suami dlm kereta, & sy acah untuk keluar dr kereta semasa kereta bergerak, suami cakap kalau sy keluar , maka jatuh talak.. sy tak keluar, & selepas sampai destinasi, suami menyuruh sy keluar ., & sy mmbuka pintu kereta, Adakah jatuh talak tersebut?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, perlu dipastikan terlebih dahulu apa yang suami maksudkan dengan lafaz ‘kalau saya keluar’ itu. Sekiranya perbuatan puan keluar setelah suami suruh keluar itu merujuk kepada lafaz yang telah diucap suami sebelum itu, maka jatuh talak.

  88. Hani

    Reply

    Dalam keadaan yg bukan bergaduh, ttpi Dalam emosi yg bru blik drpd masjid suami menyaatkanj kepada saya dengan dialog seperto berkut:

    “Saya dah tak NAK awak,,”

    Kemudian dia meneleforna mak dia n ibu bapa sya dengan mengatakan dia dah tawar hati dengan sy.kejadian berlaku PDA masa Yang sama.adakah jatuh talak dengan dialog terbesu?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz ‘saya dah tak nak awak’ itu adalah lafaz cerai kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Maka, suami atau isteri perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat pengakuan niat sebenar suami.

  89. Zaitul

    Reply

    Salam sy nak tnya..sekiranya suami msg dgn pompuan lain..dia mengatakn kepada perempuan itu berbunyi begini.’kejap lagi ak g mahkamh ak ceraikn dia.’ ..lepastu perempuan tu forward msg tu ke sy..jatuh ke talak tu

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, talak masih belum jatuh kerana ia terikat dengan masa iaitu ‘kejap lagi aku pergi mahkamah’.

  90. Tiada nama

    Reply

    Assalamualaikum mahu bertanya… suami dh lafazkan cerai utk ke2 kalinya… dn belum lgi dftar…. beberapa hari kemudian..kami melakukan hubungan seks… tanpa lafaz rujuk … jadi mcm mana nie yea?

    • admin

      Reply

      Wassalam, undang-undang di Malaysia memperuntukkan untuk setiap pernikahan, perceraian dan juga ruju’ antara suami dan isteri adalah wajib didaftarkan. Dan dari segi cara ruju’ pula, Undang-Undang Malaysia hanya mengiktiraf ruju’ melalui perkataan sahaja kerana berpegang dengan mazhab shafie. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah. Masukkan segala fakta yang berkenaan dengan lafaz-lafaz cerai yang pernah dibuat oleh suami dan juga berkenaan fakta berlakunya persetubuhan tersebut. Hakim akan meneliti dan siasat keesahan lafaz cerai dan juga ruju’ perbuatan yang telah dibuat antara pihak-pihak.

  91. Reply

    Salam, min sya ingin kepastian. saya pernah lafaz bunyinya seperti ini, “aku lepaskan kau” (tanpa niat) sebab utk hentikan pertengkaran isteri meminta utk dilepaskan dan kami dlm keadaan marah. perkara sda berlaku 5-6 tahun lepas dan kini kami sda mempunyai seorang 2 anak. sya tidak ingat waktu tarikh yg tepat. adakah jatuh talak tersebut?

    • admin

      Reply

      Wassalam, lafaz ‘aku lepaskan kau’ itu adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermaksud niat suami semasa melafazkan cerai tersebut adalah tidak relevan (sama ada suami berniat atau tidak, talak tetap jatuh). Maka dalam situasi ini saya berpandangan telah jatuh talak ke atas isteri. Maka, saya nasihatkan encik untuk failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan menentusahkan lafaz cerai yang telah dibuat itu.

  92. Adnan

    Reply

    Salam.. isteri ugut akan bunuh diri , disebabkan itu terpaksa lafazkan tanpa niat.. “saya lepaskan awak”.. sah atau tidak?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, lafaz tersebut adalah soreh (jelas) dan sah serta jatuh talak kerana secara umumnya, ugutan itu mestilah menyebabkan bahaya/mudarat yang pasti ke atas suami dan bukan isteri. Maka, suami perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah dan hakim akan siasat fakta kes dan elemen paksaan/ugutan yang berlaku semasa lafaz dibuat dalam membuat pengesahan sama ada berlaku perceraian atau tidak.

  93. wan mastura binti shoupi

    Reply

    Assalamualaikum,,tumpang tnye berapa kadar bayaran untuk lafaz cerai luar makhamah

    • admin

      Reply

      Wassalam, melafazkan cerai di luar mahkamah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Hukuman yang boleh dikenakan jika disabit kesalahan adalah denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan ATAU kedua-dua denda dan penjara.

  94. zul

    Reply

    Salam tuan admin.. saya penah wasap kpd isteri sya…”kalau awak jumpa n dating dgn lelaki lain, kita terpisah dan berpisah” adakah jatuh talak jika isteri saya berjumpa berdua duaan dgn lelaki lain?
    2. Bolehkah lafaz taklik ditarik balik oleh suami?

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, sekiranya perbuatan isteri yang keluar berdua-duaan dengan lelaki lain itu adalah menepati maksud lafaz cerai yang telah diucapkan, maka jatuh talak. Maka dalam keadaan ini, perlu difahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan oleh suami dengan lafaz ”kalau awak jumpa n dating dgn lelaki lain” itu. Lafaz ta’liq tidak boleh ditarik balik dan talak akan jatuh apabila berlaku perlanggaran syarat yang telah dita’liqkan.

  95. Reply

    baru2 ni suami marah saya dia ckp aku cabar kau berambus dari rumah ni…aku tak nak tgk muka kau kt rmh ni nti petang…seringkali jgk suami ckp aku klau kau bg hak anak2 pd aku..aku tenang..adakah talak jatuh?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, lafaz-lafaz yang dibuat oleh suami itu adalah berbentuk kinayah yang bermaksud memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa melafazkan ayat-ayat tersebut. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak.

  96. Nur solehah binti maniami

    Reply

    Salam admin.. saya ingin bertanya,sah ke lafaz cerai yang suami saya lakukan.. dia lafazkan,aku ceraikan ko talak 1.. saat tengah marah,dan mungkin dia rase tertekan dengan desakan saya saat tu.. kami bergaduh dalam lori,saya ada tarik stereng lori dan dia terkejut.. lalu lafazkan talak itu,sebab masa tu.. ada anak saya yang berumor 6bulan sekali dalam lori tu.. mungkin akan membahayakan keselamatan anak ,lalu dia melafazkan..

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, lafaz yang diucap suami itu adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermaksud talak tetap jatuh sama ada suami berniat atau tidak. Maka, saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah syariah di mana hakim akan teliti fakta kes serta elemen-elemen desakan, paksaan yang wujud dalam menentusahkan lafaz cerai yang telah dibuat itu.

  97. Fidah

    Reply

    Assalamualaikum admin. .
    Adakah sah jika suami menceraikan kita tapi nama baPA dia tak sebut full???
    Dia menceraikan dalam keadaan Marah. .

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, talak tetap boleh jatuh walaupun sekadar lafaz ‘aku ceraikan kau’, tanpa menyebut nama isteri, secara penuh ataupun tidak. Selagi mana lafaz cerai tersebut ditujukan kepada isteri, maka talak akan jatuh. Sekiranya lafaz tersebut adalah soreh (jelas) – aku lepaskan kau/aku ceraikan kau, maka talak tetap jatuh tanpa melihat kepada niat atau keadaan suami yang sedang marah atau sebaliknya.

  98. Mirul

    Reply

    Kalau sy cakap “aq x nk hidup dengan ko lagi” Dan hantar wassp ko balik nanti aq lafaz kn.. Mcm mane 2 adakah jatuh talk?

    • admin

      Reply

      Salam encik, pada pandangan saya, lafaz “aq x nk hidup dengan ko lagi” adalah berbentuk kinayah yang memerlukan kepada pengakuan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya berniat cerai, maka jatuh talak.

  99. Dck

    Reply

    Asalamualaikum admin,
    Adakah jatuh talak sekiranya suami lafazkan `aku akan lepaskan kau` pada isteri dlm keadaan terlalu marah. Sedangkn suami tiada niat utk cerai.

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya, tidak jatuh talak kerana terdapat perkataan ‘akan’ yang bermaksud perkara tersebut belum berlaku lagi.

  100. El

    Reply

    Kalau suami whatsapp sy berkata ” berpisah kite” dia kata mmg dia niat dh dalam hati…mean talak itu dh jatuh ke?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya, sekiranya suami berniat, maka jatuh talak. Maka saya nasihatkan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan pengakuan niat oleh suami berkenaan lafaz tersebut.

  101. Rahana bt mamat

    Reply

    Assalamualaikum…saya nk tanya …saya pernah paksa suami saya cerai ….dan kunci pintu dan waktu tu suami saya nk pergi sembhyg magrib ….lama juga suami duk minta nk pergi sembhyg tapi saya tk lepas sehingga lh saumi saya ckp abg cerai kan na dgn talak 1… dan baru saya buka pintu utk suami saya….

    • admin

      Reply

      Wassalam, lafaz yang telah diucapkan suami itu adalah lafaz cerai soreh (jelas). Maka, saya berpandangan dalam situasi puan ini, talak telah jatuh. Maka, puan atau suami perlu failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dalam menentusahkan lafaz cerai yang telah dibuat oleh suami tersebut.

  102. amirul

    Reply

    Assalamualaikum tuan.. maaf bertanya. saya ada pergaduhan bersama isteri bulan 12/2018 dengan melafazkan ” aku lepaskan kau” dalam keadaan marah, dan dia memaksa saya lagi untuk lafaz , dan respon saya waktu tu ” dah cakap kan tadi” .. beberapa minit selepas tu keadaan reda , dan dia bertanyakan semula ” abg nak tinggalkan saya ke? then saya jawab ” Taknak”.. adakah saya perlu berhubung dengan pejabat agama atas kes ni? nasihat tuan saya perlukan. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Wassalam encik, pada pandangan saya, lafaz ‘aku lepaskan kau’ itu adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermaksud, niat suami untuk cerai, atau tidak semasa melafazkan ayat tersebut adalah tidak relevan. Maka, saya nasihatkan encik untuk failkan pengesahan lafaz cerai (sekiranya belum) di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan mengesahkan sama ada berlaku perceraian di antara pihak-pihak atau tidak.

  103. Anwar

    Reply

    Adakah sah jika lafaz kan . Aku ceraikan kau dalam keadaan marah tetapi tiada niat untuk bercerai. Sekadar untuk melepaskan geram.

    • admin

      Reply

      Lafaz soreh seperti “aku ceraikan kau” tidak perlu kepada niat, ianya jatuh walaupun dalam keadaan marah mahupun bergurau mahupun jika dalam lakonan

      • Idayu

        Reply

        Assalamualaikum admin…

        Jika suami menyatakan “saya x mengaku awak wife saya” ketika sedang marah. Adakah lafaz tersebut jatuh lafaz kinayah ?

        Harap dapat beri pencerahan. Terima kasih

        • admin

          Reply

          Wassalam, ya betul. Sekiranya suami berniat cerai, maka jatuh talak. Maka, perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat niat sebenar suami semasa melafazkan ayat tersebut.

    • Qis

      Reply

      Assalamualaikum..saya ingin bertanya jika suami beritahu pada perempuan lain yang dia telah bercerai dengan isterinya adakah telah jatuh talak terhadap isterinya walaupun suami bersumpah mengatakan yang dia tidak berniat apa-apa semasa menyatakan sebegitu..

      • admin

        Reply

        Salam, pada pandangan saya, sekiranya lafaz yang diucapkan oleh suami itu adalah soreh (jelas) maka jatuh talak kerana niat suami adalah tidak relevan sekiranya lafaz cerai adalah secara soreh. Maka, suami atau isteri perlu failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan mensabitkan sama ada berlakunya perceraian atau tidak.

  104. ayu

    Reply

    salam. saya ada bertengkar dengan suami ketika dalam kereta semasa nak hantar dia ke tempat kerja dan tanpa sengaja suami lafaz “aku ceraikan kau”. tapi sampai tempat kerja dia sua tangan untuk salam tapi saya x salam sbb saya tak tahu apa status saya ketika itu. saya tanya awk ingat tak apa awk ckp td dia boleh ckp “benda takde apa pun”.. saya tak tahu status saya sekarang apa.. apa patut saya buat ?

    • admin

      Reply

      Salam. Puan patut laporkan kepada mahkamah syariah utk buat pengesahan cerai. Jika sekalipun kalian mahu rujuk, lafaz soreh sedemikian tetap jatuh walau apapun niatnya.

  105. Putus asa

    Reply

    Asalamualaikum min suami sye lafaz talak 3 kat saya dlm keadaan yg marah sngt dan lafaz tersebut dilafaz dlm telefon.. Adkah jatuh talak tersebut kerana saksi semasa dia lafaz tu ialah mak saya..

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله
      Lafaz soreh jatuh jika dibuat secara lisan tanpa perlu kepada niat. Tidak perlu kepada saksi, hanya maklumkan kepada hakim bila tarikh, masa dan keadaan ianya dibuat. Sila rujuk ke Mahkamah Syariah seberapa segera untuk mengesahkan lafaz tersebut supaya hakim boleh memutuskan berdasarkan keadaan Puan.

    • Nurul atiqa

      Reply

      Asalamualaikum ustaz..suami telah lafazkan cerai tp dlm masa sama kmi suda ambil borg tgl htr tp dia tak maw borg itu di htr sbb Sya pernah ckp akan bgi dia peluang jika dia benar2 berubah dan mampu berusaha tuk kerja tetap dan ubah sikapnya..apa harus sya buat…?

      • admin

        Reply

        Salam puan. Sekiranya suami sudahpun melafazkan cerai di luar mahkamah, puan hendaklah memfailkan kes pengesahan cerai dengan segera di mahkamh bagi mendapatkan pengesahan hakim samada talak tersebut sah ataupun tidak. Hal ini sangat penting untuk menentukan status perkahwinan puan dan suami. Sekiranya suami tidak mahu menguruskan, puan sendiri boleh failkan di mahkamh. Tiada masalah. Sekiranya masih ingin meneruskan rumahtangga, suami boleh rujuk puan dalam tempoh iddah. Sekiranya sudah habis iddah, boleh nikah dengan akad baru.

  106. Norul Zaini binti Mohd Tahar

    Reply

    Assalammualaikum,
    boleh tak berikan pandangan apa yang perlu saya lakukan.

    Kes ni pada bulan 1/2018, saya meminta suami melepaskan saya atas beberapa sebab, pada mulanya beliau enggan, saya telah mendesak beliau beberapa kali dan akhirnya dia menghantar whatsapp berbunyi ” (nama saya penuh seperti ic), koy ceraikan ‘koy’ dengan talak satu” disitu ada salah ejaan, sepatutnya ‘ko’. (koy dlm dialek tempatan bermaksud saya) adakah sah lafaz tersebut? dia menyatakan dia tidak berniat untuk ceraikan saya.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Apa jua perkataan untuk menggantikan diri “saya atau aku” adalah dikira sama, begitu juga jika digunakan “abang” atau (nama).

      Namun lafaz cerai secara whatsapp perlu kepada niat semasa ianya ditulis. Sila rujuk ke mahkamah utk mengesahkan niat suami di bawah sumpah depan hakim. Hakim akan putuskan sabit atau tidak selepas mendengar penjelasan kedua2 pihak.

  107. hamba Allah

    Reply

    Assalamualaikum .. sy nak bertanya.. Kami ada pertelingkahan kecil.. lps suami tahu family sy nak dtg keadaan suami jd terlalu marah dan tanpa sengaja ucap ‘Kau hendak aku cerai talak 3’ tetapi sy tidak menjawab apa2..Selepas itu family sy bawa sy keluar dari rumah itu. Adakah jatuh talak itu ?

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Lafaz berbunyi seperti persoalan bukanlah suatu lafaz talaq yang soreh. Sepatutnya tidak jatuh talaq jika hanya bersandarkan kepada lafaz itu semata. Jika ingin lebih pasti, rujuklah ke mahkamah syariah dan dapatkan pengesahan depan hakim.

  108. Duka dan lara

    Reply

    Salam.. Suami sy ada msj kepada sy masa tengah bergaduh:
    “kau nak sgt aku ceraikan kau kan”
    “kau ni xpandai hormat lelaki mmg patut pun kena cerai”
    “aku pun sampai bila nak hadap isteri durhaka”
    “gi la ko kahwin sama laki yg ko boleh pijak setiap hari”
    Adakah jatuh talak dengan kata2 sebegitu

    • admin

      Reply

      Semua lafaz tersebut bukanlah lafaz yg soreh pada pandangan saya. Sebaiknya puan tanya suami samaada dia ada niat cerai dalam mana2 lafaz tersebut. Jika tiada niat cerai, maka sepatutnya tidak jatuh cerai. Jika puan tak pasti, boleh rujuk ke mahkamah syariah.

      • Intan

        Reply

        Assalamualaikum..sy nak tanya satu soalan boleh..jika suami ada cakap “jangan sampai aku cerai kan kau” adakah talak tu dah jatuh??

        • admin

          Reply

          Salam puan, pada pandangan saya, tidak jatuh talak kerana wujudnya lafaz ‘jangan sampai’.

  109. Dien Cito

    Reply

    Salam…sy pnh bergado gan isteri sy lps tu sy ckp pada die awk nk putus gan sy ke….adakah jatuh talak klu sy ckp mcm tu

    • admin

      Reply

      Salam. Bergantung pada niat encik SEMASA membuat lafaz itu kerana ia lafaz kinayah, bukan lafaz soreh. Jika niat bukan utk cerai pada masa itu juga, maka belum jatuh lagi

  110. Tarmizi

    Reply

    Salam.. Satu persoalan.. Sy seorang suami yg agak nakal di luar.. Setiap kali sy berkenalan dgn perempuan sy akn mengaku sy bujang.. Apa status sy ngan isteri skrg.. Jatuh kah talak.

    • admin

      Reply

      Salam. Bergantung kepada niat bila mengaku bujang. Jika pernah terdetik niat cerai isteri semasa mengaku bujang, maka jatuh talaq.

  111. Mejli sahari

    Reply

    Asalammualaikum…admin…nak bertanya…awal September 2018..isteri Saya nak balik kampung atas sebab yang tidak dpt dielakan…Masa tu Saya tegah bekerja..Saya benarkan..balik kerja jam 7 mlm..sampai dirumah..semua brg-brg keperluan isteri Dan anak-anak termasuk pakaian sudah tiada..yang tinggal cuma brg Saya…Saya call Tak diangkat..sampai Hari yg ketiga pon susah nak angkat…dgn perasaan marah Saya tertulis “kalau kau Tak angkat TALIPON Aku cerai kan”..adakah jatuh talak…mohon pengesahan admin.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Jika masa lafaz tu ada niat nak ceraikan isteri jika isteri tak angkat telefon, maka boleh jatuhlah cerai apabila isteri gagal angkat. Failkan kes pengesahan cerai supaya hakim boleh dengar keterangan semua pihak dan hakim akan tentukan jatuh atau tidak dan bila jatuhnya.

  112. Ismadi

    Reply

    Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Baru2 ni sy ada bergaduh dengan isteri sy dlm whatsapp dan sy kata pada dia dlm keadaan tgh mrh “aku takkan mesej kau lagi lepasni,nak cerai pun cerailah. Adakah talak jatuh? Mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Kalau ikut bacaan saya, ini lafaz yang perlu kepada niat suami. Jika suami bukan berniat cerai jatuh pada masa dia membuat lafaz, maka belum jatuh cerai.

  113. Aaty

    Reply

    assalammualaikum, sy ingin bertanya, suami sy pernah mengatakan jika sy keluar dr rumah maka jatuhnya talak satu, tetapi sy tidak keluar rumah pada saat tu sehingg keesokannya sy keluar untuk pergi makan, kemudian suami sy memberitahu ayah sy yg dia telah berpisah dgn saya talak satu. ada kah ianya sah?
    tidak lama kemudian kami bergaduh dan sy meminta dia menceriakn saya dgn talak 2, dan seterusnya talak 3 dalam masa beberapa saat dalam keadaan marah adakah ianya jatuh?

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Saya nasihatkan puan failkan kes pengesahan cerai. Fakta begini perlu kepada penelitian tentang banyak keadaan. Sebelum dan selepas lafaz dibuat, keadaan suami isteri semasa lafaz dibuat, jika lafaz kinayah perlu kepada niat, sumpah suami di hadapan Hakim berkenaan apa yang dikatakan dan apa yang diniatkan.

  114. Aku Pendosa

    Reply

    Assalamualikum…saya dan suami ada bergaduh mengenai status di media sosial yang di kirim oleh salah seorang ahli keluaraga saya..suami marah dan cakap saya buruk2 kan dia dekat orang di sebab kan die ada permpuan lain..jadi di sebab kan terlampau nak marah.. suami terlepas cakap “i lepaskan u” sebanyak 3 kali pada hari yang sama dan waktu yang sama dalam berbentuk mesej dalam keadaan terlampau marah.. di sebabkan ada salah seorang ahli keluarga suka up status berbau sindiran di media sosial.. adakah itu di kira jatuh talak 3..

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله

      Lafaz bertulis perlu diiringi niat cerai. Jadi suami kena buat pengakuan depan hakim berkenaan niat dia semasa membuat lafaz tersebut. Hakim akan putuskan berdasarkan pengakuan sumpah suami. Samaada jatuh tapaq dan jika ya, berapa bilangannya.

  115. Rozaiman

    Reply

    Salam.. Sy nk btnya, kwn pernah ber whatapp dgn prempuan lain dan telh mengaku bujang. Niat mengaku bujang tu sebenarnya untuk menipu dan hanya untuk berkawan dengan perempuan tersebut.. Apakah status perkahwinan kwn sy tersebut dan adakah ianya lafaz kinayah?

    • admin

      Reply

      Ia lafaz kinayah dan perlu kepada niat cerai. Tapi niat ni pengakuannya hendaklah di bawah sumpah depan hakim. Jadi sewajarnya difailkan kes pengesahan cerai dan biar si suami bersumpah dengan nama Allah berkenaan niatnya.

  116. Lynn

    Reply

    Salam admin..
    Sy nak tnye..suami sy ade menghantar wassap kepada sy..dalam keadaan marah..
    ‘salah ke aku iginkan kau’
    ‘Apa takde ke secebis masa utk aku’
    ‘Aku berubah demi kau dan ank2’
    ‘aku dh buktikan’
    ‘Tapi kau (nama saya)’
    ‘kau sendiri yg tak berubah’
    ‘talak 3’
    ‘talak 3’
    ‘talak 3’
    ‘aku sedih kecewa’
    ‘kau ungkit bila kite setuju tak nak ungkit peristiwa lama’
    ‘bagus’
    ‘aku tunaikan kehendak kau’
    ‘(nama penuh sy)’
    Ayat wasap suami bg pd sy..sblm nie mmg sy ade minta suami ceraikan sy..bile sy tanye..die xdek niat nk berpisah..dan suami pn dh bertanya pd salah seorang ustaz..dan ustaz tu pn mengatakan tidak jatuh talak yg di tulis..sekadar amaran kepada isteri..
    Klu begini ape yg perly sy buat..

    • admin

      Reply

      Kalau suami dah mengaku takde niat cerai, maka tak jatuh. Tapi kalau puan was2, failkan kes pengesahan cerai di mahkamah, biar suami buat pengakuan depan hakim berkenaan niatnya di bawah sumpah. Jika dia berbohong, dosa atas bahu dia. Manakala puan tidak menanggung dosa jika mahkamah putuskan tak jatuh talaq berdasarkan pengakuan suami. Wallahua’lam

  117. Ath

    Reply

    Assalamualaikum. Saya dah lama tak tinggal dgan isteri saya 4 bulan..Dan isteri saya pernah halau saya…Saya juga pernah menghantar SMS saya ceraikan awak dengan talak 1…Selepas itu..Saya delete sms itu sebab saya geram …Saya tidak tau apa lagi tindakan yang perlu saya ambil…adakah saya akan di denda?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Terima kasih atas soalan.

      Saya menasihatkan encik untuk memfailkan permohonan pengesahan cerai di mahkamah tempat encik bermastautin untuk kebaikan masa akan datang.

      Berkenaan denda cerai luar mahkamah, kebiasaannya 1k tetapi boleh dirayu sekiranya tidak mampu.

      Untuk maklumat lanjut, encik boleh hubungi Pn. Ashikin (0129020090) atau emel kepada kin@kincolaw.com

      Wassalam.

  118. Isteri terluka

    Reply

    Assalamualaikum,
    Suami pernah berkata kepada saya berkenaan isteri keduanya yang mengandung seperti berikut…
    “Tunggu lagi 2 bulan sehingga dia bersalin, kemudian saya akan hantar dia kepada emaknya” dengan niat untuk menceraikan isterinya tersebut. Apakah komen Admin dengan pernyataan demikian? Adakah perlu buat pengesahan di mahkamah?

    Terima kasih.

  119. Ayuna

    Reply

    Assalam, Saya nak tanya kalau suami Saya kata begini ” kalau awak sampai je kampung awak jatuh talak 1″. Sy kata sampai hati cakap mcm tu sbb sy akan balik kg juga bila2 masa nanti. Dia jawab dia bukan cakap akan datang. Tapi masa ini dan malam ni. Apa kah jatuh talak SBB lepas 2 mggu sy blk kg kerana ayah sy sakit dan meninggal. T kasih

  120. Puan Anie

    Reply

    Assalamualaikum…
    suami melafazkan esok selepas solat subuh awak bukan lagi isteri saya…dan suami mengulanginya sebanyak dua kali pada minit yang berbeza..adakah ini lafaz soreh atau kinayah..terima kasih.

  121. fify

    Reply

    salam admin, saya nak tanya suami saya pernah jatuhkan talak pada 2015 dengan ayat
    “Lepas ni kalau awak tolong lagi family awak,saya ceraikan awak talak satu” suami saya tak nak saya membantu apa-apa jenis bantuan kepada keluarga saya. dan bila saya sedar talak tu jatuh selepas saya membantu adik saya, saya telah memberitahu suami saya dan di menyesal. akan tetapi kami tidak melaporkan kejadian ni ke mana mana pejabat agama sehingga sekarang 2017. tapi selang seminggu kami perasan tentang talak tersebut jatuh kami cuma rujuk di depan kawan suami saya dengan lisan rujuk dan niat.
    tolong berikan pencerahan dalam masalah saya ini.
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan perlu ke mahkamah syariah utk buat pengesahan cerai, semua lafaz taklik dan pelanggaran taklik perlu disahkan d mahkamah. Sesetengah lafaz taklik tidak sah jika tidak cukup syarat, jadi sekalipun dilanggar, masih tidak jatuh cerai. Tapi jika memang ia jatuh, rujuk yg puan dan suami lakukan di hadapan saksi boleh disahkan bersekali dgn lafaz taklik tersebut.

      • fify

        Reply

        rujuk yang kami buat cuma suami berkata”aku nak bersama ko semula” tanpa bacaan lafaz taklik. adaka ia sah?
        bagaimana talak yang telah lama jatuh tapi kami tidak pergi ke mahkakah.

  122. pengetahuan. .suami saya seorang angota tentera dan tinggal berasingan. saya diletakkan dibawah pengawasan ibu suami dan segala tindaktanduk saya , adikberadik suami akan lapor pada suami.

    Reply

    untuk pengetahuan, suami saya seorang angota tentera dan tinggal berasingan sejak awal perkahwinan. Saya diletakkan dibawah Pengawasan ibu suami. Segala tindaktanduk saya ..adikberadik suami akan laporkan. .saya penah tinggal bersama seketika beberapa bulan.

    • admin

      Reply

      Maaf puan, saya tidak jelas dgn soalan puan. Boleh hantar semula yg lengkap ye, terima kasih.

      • pengetahuan. .suami saya seorang angota tentera dan tinggal berasingan. saya diletakkan dibawah pengawasan ibu suami dan segala tindaktanduk saya , adikberadik suami akan lapor pada suami.

        Reply

        Assalamualaikum. .sy dah 7th kawen. .dalam tempoh perkahwinan. .hanya beberpa bulan shj tinggal bersama. .sy diletkkan dibawah pegawasan ibu suami. .sy mempunyai dua org anak. Soalan sy. .adakah jatuh talak sekiranya suami bercakap pada adikberadiknya untuk tinggalkan sy sebabnya segala tindaktanduk sy ..adikberadiknya akan buat laporan. Tambahan pula. .adikberadiknya tidak suka sy tinggl dengan ibu suami sebab ibu suami x dpt bertandang ke rumah anak len disebabkan sy. Dekat sy. .suami hanya ckp jika suami dengar segala aduan dr adikberadiknya. ..sy jgn menyesal. .adakah jatuh talak. .hal ini sy tahu lpas mempunyai 2 org anak.

      • ros

        Reply

        salam puan..saya bgduh dgn suami tempoh hari..dye cakap kita berpisah jela seng..cerai jelah..ko nk sgt ceraikan..aku tggu ko dekat mhkamah..cerai kat sne je seng
        sllu gduh je ckp cerai..ada sekli tu dye tulis nama saya…r** binti *** ko nk sgt kn..masa blik dy mgmuk sebut lg nma..lpstu ckp ko nk sgt kn cerai..mcmni jtuh x?

        • admin

          Reply

          Wassalam puan, pada pandangan saya, lafaz ‘kita berpisah’ itu adalah lafaz cerai soreh (jelas) yang bermakna telah jatuh talak. Maka saya nasihatkan puan untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah (sekiranya belum) untuk hakim siasat mengenai fakta kes dan lafaz yang diucapkan suami. Di dalam tuntutan itu, puan masukkan juga mengenai fakta-fakta lain yang berkaitan dengan suami selalu menyebut berkenaan cerai seperti yang puan sebutkan ini untuk siasatan lanjut hakim. Maaf atas kelewatan respon disebabkan kekangan kerja.

  123. murhan

    Reply

    assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya sudah lafaz cerai depan isteri saya dengan talak 1 dan ini pertama kali. setelah itu, kami bersetujuh untuk rujuk semula dalam tempoh iddah dan kami telah bersama. apakah rujuk kami sah dan perlukah kami membuat mengesahan di mahkamah berkaitan penceraian dan rujuk kami itu. mohon penjelasan.

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      Mengikut undang2, semua cerai perlu dengan kebenaran mahkamah, jadi jika telah berlaku di luar mahkamah, encik perlu buat pengesahan cerai dan rujuk itu di mahkamah kerana perlu ada rekod sudah berlaku berapa kali perceraian juga untuk mengesahkan bahawa memang talaq itu jatuh dan rujuk itu sah mengikut hukum dan rukun.

  124. Puteri sulong

    Reply

    Assalammualaikum…ada seorang sahabat btanya dgn sy…mereka sudah kawen 5tahun,dn masa mereka nikah,suami nye pinjam duit nya untuk membayar mas kawin nye…shingga skrg masih juga tidak membayar,ble dtanya suami akan kata nanti abang bayar,dan tanggungan pmbelanjaan bulanan,suami nye hanya membayar duit rumah sahaja,makan,minum,kereta dn keperluan dtanggung oleh isteri…blh sy tahu jawapan untk 2soalan ini..
    1-status pkahwinan mereka kerana suami xmembyar duit mas kawin
    2- tanggungjawap semua di atas isteri,adakah isteri blh meminta pceraian?

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

      1- mas kahwin boleh dihutang. Tetapi wajib dibayar serta merta bila berlaku perceraian melainkan isteri menghalalkan.

      2- isteri perlu tuntut nafkah isteri,
      Tidak perlu terus kepada cerai jika isu hanya berkenaan wang.

  125. rdwan

    Reply

    assalamualaikum..sy akn lpaskn dia mak..adakah jatuh ustaz…sy xd niat dan msih waras

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Perkataan “akan” tidak menunjukkan jatuh cerai serta merta pada masa lafaz dibuat.

  126. Hamba abdi

    Reply

    Assalam admin..
    Sekirany lafaz cerai adalah berbentuk ugutan seperti isteri meletakkan pisau d leher suami dan memaksa suami melafazkan cerai adakah ianya sah?

  127. ALIFF

    Reply

    Assalamualaikum.

    saya nak tanya, kalau saya bergaduh tetapi saya tak lafaz secara jelas “nanti aku ceraikan kau talak tiga, tengoklah”. mohon jelaskan. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz “nanti” dan “tengoklah” itu pada pandangan saya tidak menjatuhkan cerai serta merta pada masa lafaz dibuat. Wallahua’lam

  128. Miza

    Reply

    Sekranya dia mengaku hanya tulis sahaja tanpa niat…adakah jatuh talak?memandangkan kami sudah tidak tinggal serumah semenjak kejadian itu…

  129. Miza

    Reply

    Assalamualaikum…
    Saya nk tanya adakah ia berbentuk lafaz soreh sekiranya saya terjumpa mesej suami saya dlm mesengger seperti ini…..
    Saya telah cerai isteri saya setahun dah..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Ya, lafaz itu boleh menjadi lafaz soreh tetapi oleh kerana ia bertulis, masih perlukan kepada pengakuan suami bahawa beliau ada mengucapnya dan ada niat untuk menceraikan.

  130. Yang teraniaya

    Reply

    Salam ustaz…
    Lanjutan dr soalan say a di atas…
    Hakikatnya saya memang tidak mahu bercerai.sayapercaya suami juga begitu.
    Jadi
    (1)apakah hak2 saya yg boleh saya tuntut slps ini.
    (2)boleh ke kami rujuk semula tanpa pengetahuan isteri pertama
    (3)bagaimana dgn sijil nikah yg saya ada..perlu ke diambil untuk cop batal..
    (4)boleh ke saya rahsiakan perceraian ini drp pengetahuan keluarga.Kerana saya tinggal bersama ayah ibu yg sakit…
    (5)selama ini suami tidak pernah bermalam di rumah yg saya tinggal.adakah salah jika dia masih dtg menjenguk anak saya setiap hari di rumah..dan rahsiakan perceraian demi anak2 dan ibu ayah..
    Harap bantu…tq much

  131. Yang teraniaya

    Reply

    Salam ustaz dan ustazah..
    Saya merupakan isteri kedua dan tlh berpoligami selama 5 tahun.Sebelum ini byk kali saya terima sms cerai drp hp suami tetapi suami kata wife pertama yg hantar.bukan dia dan dia sumpah…ini kerana wife 1 kerap melenting mcm org gila.sbb sumph dia tu jadi kami terus bersama
    2 hari lps suami saya hantar sms ‘aku….ceraikan ko…..dengan talak 1’
    Kali ni dia tak nafikan..dia kata nak bincang dgn saya sbb situasi sgt sukar..saya rasa dia dipaksa oleh wife 1 dan mungkin dia mengalah…sbb itu dia hantar sms itu.
    Soalan saya…
    (1) adakah sah talak ini walaupun tidak dilafazkan
    (2)suami kata wife 1 selalu paksa dia ceraikan saya.dan suami kerap berjanji ingin ceraikan…adakah itu dikira talak juga?
    (3)Boleh ke suami dptkan pengesahan mahkamah tanpa kehadiran saya dan membawa wife 1 sbg saksi.. (sbb saya memang taknak bercerai)
    Mohon penjelasan..terima kasih byk…

    • admin

      Reply

      (1) talaq sah walaupun bertulis cuma perlu pengesahan di hadapan hakim tentang niat dan bahawa suami yg hantar sms. Jadi failkan kes pengesahan cerai.

      (2) puan perlu tahu apa lafaz sebenar suami semasa dia berjanji kepada isteri pertama. Jika tidak tahu, atau suami enggan memberitahu, bukan beban puan untuk membuktikan cerai itu berlaku atau tidak.

      (3) boleh, seorang suami boleh buat pengesahan cerai tanpa isteri kerana dalam kes pengesahan cerai, kehadiran suami yang paling penting.

  132. haqi

    Reply

    assalamualaikum

    jika terdapat keraguan sama ada talak kinayah yang dilafazkan beserta niat cerai atau niat lain ( marah atau menyakitkan hati isteri)…tidak pasti yang mana kerana dilafazkan dalam keadaan marah…bolehkan kita memilih keputusan yang membawa lebih kebaikkan iaitu niat bukan cerai? kerana terdapat keraguan yang jelas antara dua niat diatas…mohon penjelasan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warahmatullah. Suami perlu memberi keterangan di bawah sumpah di hadapan hakim berkenaan niat beliau semasa membuat lafaz itu. Hanya Allah dan suami itu sendiri tahu apakah niat sebenar semasa melafazkan, jika tidak pasti, katakan tidak pasti. Jika memilih salah satu niat, tanggungan itu atas bahu suami sekiranya tidak benar atau salah.

      • haqi

        Reply

        jika saya mengatakan tidak pasti dihadapan hakim…bagaimana keputusan akan diambil kerana saya betul2 tidak pasti akan ucapan saya…pada masa yang sama saya tidak mahu menanggung dosa seumur hidup jika membuat keputusan yang salah

  133. Puan Zila

    Reply

    Assalammualaikum,

    Saya ingin bertanya. Baru-baru ini kami suami isteri telah bergaduh pada 25/5/2017 kira-kira pukul 11 malam atas sebab salah faham. Dan suami saya telah bercakap begini ” Aku dah bosan dengan sikap kau, kita cerai jelah kalau macam ni”. Lepas tu bila dia dah ok dia cakap tak ada niat. Dia geram dan terpaksa cakap mcm tu untuk redakan keadaan. Bila kami rujuk hal ni ke Pejabat agama dan Kaunter Mahkamah. Katanya jatuh talak. Dan kami telah pun rujuk kembali dgn lafaz lisan suami iaitu “Saya rujuk awak kembali (nama saya). Adakah sah rujuk ni?

    Dan jika kami failkan ke mahkamah hal ini dan kami telah rujuk di luar mahkamah adakah suami saya akan dikenakan denda? Berapa kadar denda tu?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, rujuk tidak perlu didenda tetapi cerai luar mahkamah itu yang akan didenda. Denda cerai luar mahkamah adalah kebiasaannya 1k tetapi boleh dirayu jika tidak mampu.

  134. admin

    Reply

    Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, lafaz sedemikian perlu kepada pengesahan niat suami apabila beliau mengutarakannya kerana “bercerai” boleh ditafsirkan sebagai proses perceraian, berbeza dengan “aku ceraikan kau” yang membawa maksud jelas telah jatuh cerai.

    Jika telah jatuh talaq, suami boleh melafaz rujuk di luar mahkamah tetapi mesti membuat kedua2 pengesahan cerai dan rujuk di mahkamah. Saya nasihatkan kepada para isteri agar tidak mendiamkan lafaz cerai dan rujuk, hendaklah diadukan ke mahkamah seberapa segera sementara ingatan masih kuat supaya ada rekod telah berlaku perceraian pada sekian tarikh. Ini penting untuk rujukan masa akan datang sekiranya suami terlafaz cerai sekali lagi apatah lagi untuk kali ketiga.

  135. Tolong saya

    Reply

    Salam puan,
    Sy nak ty, klau sebulan lepas suami sy mengatakan yg “ok kita cerai hari ni” mmg dia berniat utk ceraikan sy ,adakah jatuh talaq?
    Tanpa rujuk n bersama, baru2 ni pula kerana sy memaksa dia ceraikan sy dgn talaq 3 dan semuanya dlm keadaan marah suami pula betul2 tertekan dgn sy pd ms tu krn memaksa dia ceraikan sy diA telah melafazkan ” aku cerai kau talaq 3″
    Ada kah talaq 3 dikira jatuh? Atau talaq yg mula2 jatuh?

    • admin

      Reply

      Lafaz yang pertama perlu kepada pengesahan cerai di hadapan Hakim. Suami perlu beri keterangan tentang lafaz dan niat tersebut. Jika jatuh talaq lafaz pertama dan telah habis iddah isteri, maka suami itu bukan suami lagi jadi lafaz kedua itu tidak membawa makna apa2.

      Tetapi jika lafaz pertama sah dan lafaz kedua dibuat sebelum habis tempoh iddah, maka boleh jatuh talaq 3 ke atas isteri sekalipun isteri yang memaksa. Kerana paksaan itu bukanlah paksaan sebenar melainkan isteri ada menggunakan ugutan bunuh atau cedera terhadap suami. Hakikatnya suami telah melafazkan talaq 3 itu dengan kerelaannya sendiri.

  136. Puan Anie

    Reply

    Assalamualaikum….ustaz/ustazah..
    Lafaz kinayah suami…kalau saya buat lagi apa yang awak tidak suka saya ceraikan awak..
    Suami mengaku yang dia betul ada buat..kes sudah difailkan di mahkamah pada tarikh 25/05/17 (ditangguh pada 29 /05) namun apabila diketahui suami saya failkan kes ini di mahkamah syariah suami paksa saya tarik balik kes tersebut kerana beliau sanggup ceraikan secara baik kerana tidak mahu naik ke mahkamah.
    Pada pada pukul 11.25 malam tersebut suami lafazkan…kali terakhir kita bersama malam ini,esok selepas waktu subuh engkau bukan lagi isteri saya..Namun saya membantah sebab takut cerai luar mahkamah…saya cakap dengan dia supaya kita bercerai saja di mahkamah pada 25/05…saya bersetuju untuk tarik kes pertama iaitu lafaz kinayah itu terlebih dahulu dan baharulah kita ganti dengan perceraian biasa…Maka pada pukul 12.15 mnit tengah malam yang sama suami saya wsap saya dengan perkataan ini…saya ceraikan engkau talak 1 pada 25/05/17 mahkamah…namun pada esok harinya saya pergi ke mahkamah untuk menarik semula kes yang difailkan iaitu lafaz kinayah tersebut.. Sebab mengikut kehendak suami..tetapi apa yang berlaku mahkamah tidak membenarkan kes tersebut ditarik atas sebab mohon pengesahan lafaz cerai..
    Soalan saya..adakah jatuh talak ke atas saya dan talak berapa..?
    Terima kasih

  137. Nazri

    Reply

    Assalamualaikum…… saya sebenarnya telah bergaduh dalam wasup dengan isteri saya.

    “Saya memang sudah tidak percaya lagi sama kau. Sebab kau buat suatu benda tidak berfikir akibatnya. Sekarang ni kita pendekan cerita saya mau keluar dr rumah. Saya bawa anak2 sekali. Semua brg abg pulangkan. Biar kami anak beranak mula hidup baru.”

    Masa saya cakap ayat ni, tidak ada niat apa apa kecuali saya mau tenangkan hati supaya masalah tidak bertambah teruk.

    Mohon pencerahan dr ustaz atau ustazah ada kah ini suda jatuh talak.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika encik tiada niat cerai, tak ada masalah kerana encik tidak gunakan perkataan cerai atau talaq.

  138. Reply

    Assalamualaikum,
    Saya dan suami ada bertengkar dan suami bercakap pada anak 6 thn,ibu dan ayah nak bercerai dah ni…adakah jatuh talak tu?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz “nak” berbentuk cadangan dan belum jatuh talaq.

      Wallahua’lam.

  139. nur

    Reply

    assalamualaikum ustaz
    saya dah melafas kan cerai di luar makamah.
    dlm masa yg sama, saya dgn isteri ingin berbaik. macam mn nak rujuk semula. saya di wajip kan atau tidak, membayar dendah kerna lafas di luar makamah. sekiranya di kenakan bayaran, bayaran tu bolh atau tidak di bayar secara ansur² ? apa tindakan² yg akan di kena kan pada saya dan isteri. ada kah ia kan mengambil masa yg lama tuk proses² ni semua. sekian terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Mengikut undang2, semua lafaz cerai dan rujuk perlu disahkan di mahkamah, jadi ia boleh difailkan serentak jika encik sudah merujuk isteri. Ya, mahkamah akan mengenakan denda jika melafazkan talaq di luar mahkamah tetapi amaun denda ini boleh dirayu untuk dikurangkan. Kebiasaannya bayaran adalah sekaligus barulah boleh dikeluarkan sijil perakuan cerai dan rujuk kepada pasangan.

  140. Nona

    Reply

    Assalamualaikum.
    Suami saya ada menghantar sms kepada ibu saya berbunyi begini “Nanti saya akan lepaskan (menyebut nama saya)” dan meminta maaf kerana tidak dapat mengotakan janji menjaga saya.
    Adakah perbuatan ini boleh menyebabkan jatuhnya talak?
    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Pada pendapat saya “nanti” itu adalah satu syarat yang belum berlaku dan oleh yang demikian, belum jatuh talaq pada masa lafaz itu dibuat.

  141. Hamba Allah

    Reply

    Assalamualaikum semasa kami berdua gadu dan dalam kemarahan saya lafazkan ” saya ceraikan awak esok” so isteri saya dah failkan kes di makhamah syariah. Bolehkah saya rujuk atau tidak.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Jika hakim memutuskan lafaz itu sah, encik boleh rujuk isteri sebelum tamat tempoh iddah selama 3 kali suci, tetapi sekiranya isteri enggan dirujuk, encik perlu membuat permohonan rujuk di mahkamah dan hakim akan merujuk encik dan isteri ke jawatankuasa pendamai.

      • anipp

        Reply

        salam admin, saya nak tanya kalau suami dah lafaz cerai di luar mahkamah..lepastu si isteri mahu kaitkan dengan orang lain apabila sebutan kes nanti.. adakah hakim akan membincangkan tentang perkara tersebut?

        • admin

          Reply

          Wassalam, pada pandangan saya, ia bergantung kepada fakta kes cerai tersebut. Sekiranya hakim percaya bahawa ‘orang lain’ tersebut adalah individu yang relevan untuk dibincangkan (contoh: mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kes atau saksi ketika lafaz cerai tersebut berlaku), maka hakim boleh membincangkan dan menyebabkan orang tersebut hadir untuk memberi keterangan.

  142. Azrin ismail

    Reply

    Assalamualaikum…
    Ustaz/ustazah..

    Soalan saya,jika isteri pulak yg melafazkan cerai ketika marah??adakah dikira sah,atau d tuntut ke mahkamah..

    • Azrin ismail

      Reply

      Assalamualaikum…
      Ustaz/ustazah..

      Soalan saya,jika isteri pulak yg melafazkan cerai ketika marah??adakah dikira sah,atau d tuntut ke mahkamah..

      • admin

        Reply

        Waalaikumussalam warah matullah

        Lafaz cerai hanya hak suami. Tidak akan jatuh jika diucapkan oleh mana2 orang lain termasuk isteri. Melainkan hakim ada memberi kuasa kepada hakam untuk melafaz talaq bagi pihak suami.

  143. ISTERI buntu

    Reply

    Salam ustazah/ustaz ..sy Ada pertanyaan..
    Saya ISTERI kedua ,Skrg tgh Hamil pernikahan sy bersama Suami 8bulan.. 2bulan lepas ISTERI pertamanya Suami Sy mgetahui Suami Sy berkhwin dgn Sy.. Mgamuk Dan Minta Di ceraikn. Tetapi Suami Sy enggan melepaskan .. Dan istri pertamanya Kata dia kene ceraikn saya ISTERI kedua jika mahu mereka bersama kmbali.. Suami Sy enggan melepaskan sy jgak.tapi bagi menyelamatkan hubungan Suami terpksa Bermaya pada ISTERI pertamanya yg Dia telah mnceraikan sy.. Suami Ada membwritahu sy ..katanya terpksa.. Tetapi dia tak akn ceraikn sy. Hnya berkata begitu terpksa menipu ISTERI pertamanya untuk meyelamatkan hubungan .sy kesihankn Suami Sy Dan tidak mahu memnjangkn masalah.. Kami still hidup sbagai Suami ISTERI .suami tidak pnh Lupa tnggungjwb nya pda sy walaupun Dia terpksa menipu ttg hubgn Kami pda ISTERI pertamanya. Baru2 ni ISTERI ptamanya text sy dn berkata sy dn Suami dh cerai.. Suami dh ceraikn sy Dan lafaz itu sah maka jatuh talak 1 pada sy ..sy tnya pada Suami Kata Suami tk sah ..sbb Dia tk pnh lafaz pun pada sy .dn tk terniat pun mnceraikan sy..hnya berkata demikian pada ISTERI pertamanya krana ingin myelamatkn perkhwinan Kami.

    • admin

      Reply

      Perkataan suami kepada isteri pertama itu memang boleh menjadi lafaz yang sah sekiranya ianya lafaz soreh seperti aku sudah ceraikan dia, sekalipun niatnya menipu kerana niat tidak penting untuk lafaz yang soreh. Jadi sebaiknya puan failkan pengesahan cerai di mahkamah dan suami perlu buat pengesahan di hadapan hakim. Itulah yang sebaiknya untuk menjamin kehalalan hubungan puan dan suami.

  144. Insan Ingin Tahu

    Reply

    Assalamualaikum.

    Bagaimana keadaan jika Isteri meminta cerai dalam keadaan marah. Situasi macam ini. “u lepaskan i sekarang jgak” dan banyak lagi ayat marah2 yg di lemparkan sehingga mendesak suami berkata ok?( tanpa menyebut aku ceraikan kau dengan talak 1) untuk mengelakkn pergaduhan yg lebih buruk. namun Suami dalam keadaan tidak rela. hanya menggunakan perkataan OK dan seterusnya memujuk isteri untuk berdamai semula..

    di sini apa pandangan pihak anda.
    Adakah cerai ini benar2 terjatuh atau tidak

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Pada pandangan saya tidak jatuh talaq dengan begitu kerana lafaz talaq soreh perlu datang dari mulut suami. Melainkan suami berkata ok dengan niat memang cerai nak dijatuhkan.

  145. hamba Allah

    Reply

    ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ ustaz/ustazah.

    saya pasangan muda yg baru berkahwin. konflik yg berlaku dekat saya dan pasangan. apabila isteri menyuruh saya menceraikan dia. dia memaksa saya berkali kali untuk ceraikan dia dalam keadaan dia marah. Namun saya hanya menjawab ” kita bincang dlu ambik masa perbetulkan yg mana yg salah. kalau tiada persetujuan nanti kita decide sama ada mahu berpisah atau tidak di kemudian hari? malah setiap kali bertengkar. saya akan menjawab benda yg sama seperti di atas?

    adakalah situasi ini dikira sebagai cerai atau tidak??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Jawapan sebegitu tidak menjatuhkan talaq sekiranya suami tiada niat cerai kerana ianya bukan lafaz soreh. Wallahua’lam.

  146. Puan Anie

    Reply

    assalamualaikum…ustaz/ustazah..
    Saya telah memfailkan lafaz cerai kinayah suami ke mahkamah.Dalam masa yang sama suami telah menampar saya sebanyak 3x melibatkan pipi,telinga dan kepala sebelah kiri.Saya telah telah pergi ke hospital dn membuat laporan polis..
    Soalan saya…adakah saya boleh memfailkan kedua dua kes ini serentak di mahkamah atau satu persatu..? Terima kasih

    • admin

      Reply

      Waalaikumusslaam. Perlu selesai pengesahan lafaz kinayah tersebut terlebih dahulu barulah boleh mohon cerai secara fasakh atas alasan telah dicederakan suami. Ini kerana hakim perlu mengetahui samaada cerai secara fasakh itu menjadi cerai kali kedua sekiranya lafaz talaq kinayah itu sabit telah jatuh sebagai cerai kali pertama.

  147. Puan Anie

    Reply

    Assalamualaikum….ustaz/ustazah..
    Suami saya melafazkan…kalau saya buat lagi apa yang awak tidak suka/judi saya ceraikan kau.
    Adakah talak jatuh ke atas saya..?
    Selepas bberapa minggu suami lafaz begitu dia berjudi tapi tidak mengaku wlaupun saya sendiri yang menyaksikan perbuatannya itu disebuah kedai cyber..
    Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Utk lafaz sebegini, puan perlu bawa bukti atau saksi yang menunjukkan suami telah melanggar taklik (saksi atau bukti yang suami ada melafaz taklik dan kemudian suami ada melanggar taklik tersebut, keterangan puan semata2 tidak mencukupi jika suami menafikan ada melakukannya) melainkan suami sendiri mengaku di hadapan Hakim bahawa dia telah menbuat lafaz taklik tersebut dan dia mengaku telah melanggar syarat taklik tersebut. Jika suami enggan mengaku, hakim kebiasaannya tidak akan mensabitkan jatuh cerai kerana dosa menipu itu ditanggung suami sedangkan hubungan suami isteri masih sah kerana hakim hanya perlu membuat keputusan dengan bersandar kepada apa yang zahir di hadapannya sahaja.

  148. cinta sesaat

    Reply

    salam,

    saya telah bertengkar dengan suami sy dan suami saya telah melafazkan “jika saya bawak benda ini keluar dr umah ini, maka talak 3 jatuh”

    lepas itu, dia bawak keluar benda tersebut tapi tiada niat utk ceraikan sy. dia bawak keluar kerana saya telah mengunci dia keluar dan dia tidak boleh masuk.

    memandangkan dia tidak cukup tidur dan lapar, beliau telah keluar membawa benda tersebut untuk mencari tempat rehat.

    adakah lafaz talak itu sah memandangkan saya tersilap cakap dengan memaksa beliau menceraikan sy.

    • admin

      Reply

      Puan, lafaz talaq itu boleh jadi jatuh kerana suami telah melakukan apa yang disebut dalam syarat talaq tersebut, tidak kira samaada dia sengaja atau tidak kerana lafaz itu sendiri tidak menyatakan secara terperinci bahawa talaq hanya jatuh jika dia sengaja membawa keluar benda itu.
      Oleh kerana ini adalah lafaz talaq tiga, saya sangat mensarankan agar puan dan suami terus membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah seberapa segera demi menyelesaikan status puan dan suami kerana hubungan puan dan beliau dalam status syubhah dan bimbang akan menjejaskan status anak yang lahir di kemudian hari.

  149. Indah

    Reply

    Assalamualaikum..saya nak bertanya..baru2 ni saya bergadu dengan suami..dan saya betul2 suda tawar hati dengan nya..dan berkata “bawa haluan masing2″ selepas itu si suami pun berkata” ok lepas ni kau buat hal kau..saya buat hal saya..” adakah talak telah jatuh?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. Puan, lafaz sebegini tidak menggunakan perkataan cerai yang jelas jadi talaq hanya jatuh jika suami memang berniat cerai pada masa itu. Oleh itu suami perlu buat pengakuan samaada beliau berniat cerai atau tidak barulah hakim boleh mensabitkan samaada cerai telah jatuh pada masa itu.

  150. iza

    Reply

    Salam. Saya nak tanya.. Macam mana pulak kalau suami wasap. (xpela blik nanti absh lepas kan talak)kalau macam tu dah jtuh talak ke belom.

    • admin

      Reply

      Sepatutnya belum jatuh talaq kerana selepas “balik” itu perlu pula kepada lafaz talaq oleh suami barulah sempurna lafaz tersebut. Ini berbeza jika suami berkata “bila saya balik nanti, jatuh talaq atas kamu”

  151. Pn. Fid

    Reply

    Assalamualaikum…
    Baru2 ni suami tertangkap mempunyai perempuan lain…saya membuka whatsapp & facebook messanger milik suami…dan terdapat ayat2 cinta didalammya. Sebelum ini…suami pernah bertaklik ke atas dirinya sendiri iaitu “kalau aku ada perempuan lain, maka jatuh talak 1 atas kau”…
    Utk pengetahuan tuan, suami & perempuan tersebut menafikan sekeras-kerasnya tentang hubungan mereka. Adakah sah taklik yang pernah suami ucapkan dulu walaupun mereka menafikan tentang hubungan mereka.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Suami perlu buat pengakuan pernah lafaz taklik terlebih dahulu. jika suami mengakui, hakim akan lihat pulanapa maksud “ada perempuan lain”, adakah suami maksudkan ada hubungan sehingga terlanjur atau hanya hubungan cinta pun sudah jatuh talaq.

      Kemudian jika suami nafikan ada perempuan lain, isteri kena bawa bukti atau saksi menunjukkan suami berbohong dan memang suami melanggar taklik.

      Sudah selesai pembuktian sebegini barulah boleh hakim mempertimbangkan untuk mensabitkan cerai.

  152. Fizah

    Reply

    Admin…kalau suami lafaz cerai talak 1 semasa isteri haid…tp telah rujuk semula di luara mahkamah.. perbicaraan mahkamah sama ada talak tersebut sah atau tidak adalah maseh menunggu tarikh…adakah hubungan suami isteri ini terlarang ataupun tidak semasa menunggu keputusan mahkamah???

    • admin

      Reply

      Cerai sah semasa haid walaupun hukumnya berdosa.

      Tiada masalah untuk rujuk dalam tempoh iddah walaupun belum dapat pengesahan mahkamah kerana iddah berjalan dari saat lafaz dibuat.

      Cuma maklumkan kepada hakim jika sudah rujuk supaya pengesahan boleh dibuat sekaligus dengan cerai.

  153. leen

    Reply

    Assalamualaikum Puan,

    Maaf saya nak brtanya..sya da berumahtangga selama 22tahun dan mempuanyai 2 cahayamata seorg berumur 21tahun dan seorg 14tahun.. dipendek kan cerita saya xtahun mcmane saya nak kemukakan keaddan saya..suami selalu menuduh saya yg bukan2 silap nya hanya sekali kawan sekerja belanja makan sarapan pagi di mcdonald dan didlm mcd tu ade kwn yg lain tapi suami ckp saya curang mcm2 dikatakanya saya….kalau hendak diceritakan mmg pjg tapi penat saya selama ini tiada nilai dimata suami selalu dimaki dihina..
    1. Bagaimana jika suami dah bertahun duduk berlainan bumbung tidak balik kerumah kelamin.
    2. Bagaimana jika suami tidak memberi nafkah cth:- makan, pakaian dll
    (Nafkah batin hanya jika sya dtg ke kedainya saja)
    3. BAgaimana jika selalu menuduh saya bukan2 sedang kan bekerja ramai kawan opis melihat kdg2 kawan opis dpt mesej tanya yg macam2 pasal saya….cerita ini spai ketelinga pihak majikan…dan majikan siap ckp suami ko macam ape..malunya saya sedangkan saya da tua tak kuasa la nak buat perkara2 bodoh.
    4. Saya dahulu banyak hutang kad credit banyak habis semua saya amik duit utk tanggung ank2 sekolah, mkn hari2 duit sek anak2 bayar bill api air installment kereta miyak..dgn duit belanja raya..sampaikan saya ke AKPK.
    5. Bagaimamna saya ingin memohon cerai dgn beliau kerana saya sudah tidak tahan dengan perangai dia yg suka tuduh menuduh.
    6. Beliau pernah balik kerumah marah2 pecah kan barang rumah sampai Polis datang kerumah.

    Diharap puan dapat membantu saya dalam masaalah ni..saya berdiam selama 22tahun ingat nk pertahankan rumahtangga saya tapi apa yg saya dapat? hati saya pedih sgt2 adakala saya bertanya kenapa allah mguji saya begini?

    • admin

      Reply

      Puan, cuba berbincang dengan suami utk melepaskan puan secara baik. Jika dia enggan, puan boleh mohon cerai di bawah seksyen 47 dan teruskan dengan proses ke jawatankuasa pendamai dan hakam. Sebagai alternatif, Jika ada bukti tentang cuai nafkah dan penderaan emosi (seperti laporan psikiatri) atau ada saksi2 yang boleh memberi keterangan, maka boleh failkan fasakh.

  154. Fareast

    Reply

    Assalamualaikum… Baru baru ni saya bertengkar dengan isteri saya… Dia melakukan kesalahan sehingga menimbulkan kemarahan saya… Saya memarahinya… Sehingga dia mendesak saya menceraikanya… Tpi saya tak mahu… Lalu saya menyuruhnya turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah dan berfikir dan bertenang… Tetapi dia tetap mendesak saya… Sehingga menaikan lagi kemarahan saya.. Setelah didesak berulang kali arkhirnya saya mengatakan aku lepaskan kamu dan kamu pergi masuk rumah dan berfikir dan bertenang… Saya memang tak ada niat lansung untuk bercerai.. Saya ucapkan supaya dia turun dari kereta dan masuk ke rumah untuk bertenang dan saya dapat bertenang.. Niat saya hanya untuk tidak memanjangkan pertengkaran dan untuk meredakan keadaan… Memang tak terniat lansung untuk bercerai walaupun saya marah ketika itu… Ucapan saya sekadar untuk memuaskan hatinya supaya dia masuk ke dqlam rumah agar keadaan reda… Adakah jatuh talak dalam keadaan begini..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Lafaz aku lepaskan kamu boleh menjadi lafaz soreh yang tidak perlu kepada niat. Sebaiknya encik failkan pengesahan cerai di mahkamah supaya hakim boleh memutuskan jatuh talaq atau tidak dan sekiranya ya, encik boleh rujuk isteri jika masih dalam tempoh iddah.

  155. Norafizza

    Reply

    Mohon penerangan .saya isteri ke2,saya sudah tidak sanggup dan tal mampu bersabar… Suami jarang balik nafkah jauh sekali.. Walaupon suami hakikatnya..tangungan makin ramai.. Isteri pe1 9org. Saya 3orang… Tanggungjawab terabai..baru ni saya mendesak suami saya melepaskan saya cara baik.. Maka jatuhlah 1talak ker atas saya… Saya sudah tidak sanggup hadapi semua ni… Tapi suami saya ingin merujuk saya semula.. Tapi keadaan masih tetap sama… Persoalanya.. Saya ingin membuat permohonan perceraian. Adakah bila hadir ker makamah.. Maka terjatuh nya 2kali talak…

    • admin

      Reply

      Perceraian secara fasakh adalah pembubaran perkahwinan oleh hakim dan tidak menambah bilangan talaq. Wallahua’lam.

  156. Azad

    Reply

    Assalammualaikum. Saya nak bertanya . Bagaimana kalau bercerai dihadapan ibu bapa dn keluarga . Adakah sah ? Dan mereka berkahwin tidak berdaftar dengan majlis agama kerana status kerakyatan . Adakah perlu rujuk mahkamah atau majlis agama jugak untuk sah kan perceraian mereka ?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Cerai sah walaupun dilafaz bersendirian oleh suami, apatah lagi jika disaksikan oleh orang lain, asalkan cukup rukun dan sempurna lafaznya.

      pengesahan di mahkamah hanya utk mereka yang mempunyai sijil kahwin dari mana2 negeri di malaysia. Boleh memilih untuk tidak mengesahkan di mahkamah tetapi risikonya tidak diketahui samaada lafaz cerai itu benar2 menjatuhkan talaq melainkan disahkan oleh hakim, dan isteri juga tidak dapat menuntut hak2 lain selepas perceraian seperti nafkah iddah dan mutaah.

      Jadi sebaiknya buat pengesahan nikah supaya perintah pengesahan dan surat nikah malaysia boleh dikeluarkan kemudian diikuti dengan pengesahan cerai.

  157. Reply

    Salam admin..

    Kalu fail cerai dah d sah kan.. Brapa lama masa akan d ambil utk perbicaraan semula?? Dan adakah berkemungkinan si suami yg melafaz kan cerai “aku ceraikan kau….” Boleh membuat rayuan utk menentukan tarikh perbicaraan semula d hadapan hakim..?? D sebabkan atas sbb2 tertentu.. Si suami yg berkerja jauh dari tmpt kediaman isteri.. (Tmpt perbicaraan)??? Mohon penjelasan..

    • admin

      Reply

      Kalau sudah disahkan lafaz, tiada bicara semula. Apa yang ada ialah rayuan ke mahkamah tinggi. Proses bergantung kepada mahkamah tersebut masing2, ada rayuan selesai dalam masa kurang 6 bulan, ada yang lebih.

      Keputusan hakim boleh dirayu tetapi jika lafaz itu soreh, kemungkinan besar suami tetap akan kalah dalam rayuannya.

      Rayuan akan dibuat di mahkamah tinggi dalam negeri yg sama dengan mahkamah rendah syariah yang mengesahkan cerai sebelum itu. Jadi suami perlu dtg ke mahkamah apabila rayuan ditetapkan.

  158. ARA

    Reply

    assalammualaikum admin.. saya ada sedikit kegusaran.. tempoh hari saya ada bergaduh dengan suami.. dan dalam keadaan tertekan, saya menggertak suami dan minta dia ceraikan saya atau saya akan bunuh diri.. pada saat itu, saya memegang serpihan kaca dan mengacukan pada pergelangan tangan saya.. lalu suami, dalam keadaan risau meminta saya membuang serpihan tersebut dan berkata “buang dulu kaca tu, aku akan ceraikan kau”… adakah jatuh talak pada saat itu?? mohon penjelasan admin.. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      Tidak jatuh cerai dalam keadaan paksaan yang melibatkan nyawa, malah oleh kerana suami guna perkataan “akan” lebih membawa maksud yg belum berlaku, dan belum jatuh pada masa itu. Wallahua’lam

    • Fahmi

      Reply

      Assalam… Minta pencerahan puan… Baru2 ini sya ada bertengkar dengan isteri saya…dlm pertengkaran itu isteri saya ada menyebut ‘aku dah tak nak engkau’…dalam perasaan marah saya membalas balik dgn menyebut ‘aku pun tak nak engkau dah lah’… Tapi sya sekadar menyebut tanpa terlintas langsung niat untuk melepaskan nya.. Macam mna tu puan?

      • admin

        Reply

        Salam, pada pandangan saya, lafaz ‘aku pun dah tak nak engkau dah lah’ itu adalah lafaz cerai kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami sama ada berniat cerai atau sebaliknya semasa melafazkan ayat tersebut. Sekiranya tidak berniat, maka tidak jatuh talak.

  159. Lina

    Reply

    Assalamualaikum,
    Kalau suami mengaku bujang/ single beria ria di media sosial, sehingga beritahu pada semua saya bekas isteri dia, tiada apa apa hubungan , dia suruh balik ke rumah mak saya, dia beritahu dekat media sosial benda buruk tentang saya sedangkan semuanya tak benar, dia jugak curang lebih dari 8 orang, walaupun tak jumpa, tapi dia call video call bersumpah demi Allah cakap takdak perasaan dekat saya, tunggu masa nak lepaskan saya, tak anggap saya isteri, tidak beri nafkah selama 1 tahun lebih, pernah pukul saya, maki hamun hina saya. Macam mana ya tu?
    Dia juga pernah cakap nak berpisah? Jumpa di makhamah beberapa kali, tapi dia tak buat jugak. Bagaimana dgn status hubungan kami?

    • admin

      Reply

      Puan perlu buat pengesahan cerai atas semua lafaz berbentuk cerai secara jelas atau kiasan dari suami. Hanya sekiranya kesemua lafaz itu telah diputuskan tidak jatuh talaq barulah patut puan teruskan dgn permohonan cerai secara talaq atau secara fasakh.

  160. Anne Khalid

    Reply

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya. Situasinya begini . Suami saya pernah meletakkan syarat bahawa jika saya mencerita apa2 masalah kepada mak mertua, akan jatuh talak. Sudah pun terjadi tapi saya tk buat apa2 tindakan.

    Then kami prnh bergaduh lagi , suami saya lafaz cerai kepada saya. Benda jadi pada tahun lepas lagi tapi kami berdua tk lakukan apa2. Skrg bru terdetik untuk failkan benda ini. Saya ingin bertanya adakah suami saya akan didenda RM2,000 atas kesalahan jatuh talak dua ini? Kamii berniat untuk nikah balik. Sekarang kami tak duduk sebumbung dah sebab tahu bukan suami isteri yang sah. Kami ingin ke mahkamah syariah tapi tkut didenda begitu bnyk sekali sbb kami bukan la orang yg senang. Boleh tolong nasihat kami apa yg harus kami lakukan?

    Kami masih sayang perkahwinan kami, so kami mmg tekad untuk nikah balik selepas urusan ini selesai .

    • admin

      Reply

      Akan dikira melafaz cerai dua kali di luar mahkamah dan boleh didenda 2k tetapi jumlah ini boleh dirayu dan hakim boleh mengurangkan amaun jika berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Sebaiknya jangan abaikan proses pengesahan cerai kerana jika berlaku perceraian kali ketiga akan jatuh talaq 3 dan rekod perceraian sebelum ini amatlah penting.

  161. mira

    Reply

    saya nk tnye sekirenya suami saya telah berkata kepada saya ‘aku lepaskan kau pergi’
    adakah saya telah diceraikan

    • admin

      Reply

      Lafaz “pergi” selepas aku lepaskan kau itu menjadikan lafaz itu seolah bukan lafaz soreh lagi. Kerana lepas itu seolah bermakna perkataan membenarkan isteri pergi ke suatu tempat, dan bukannnya membawa maksud lepas utk diceraikan. Jadi lafaz sebegini perlu kepada niat cerai. Jadi failkan pengesahan cerai di mahkamah supaya suami dapat sahkan apakah niatnya semasa membuat lafaz sedemikian. Wallahua’lam.

  162. Raihana

    Reply

    Asalamualaikum. Pd 29/4/17 kami telah bertengkar suami isteri sehingga berlaku kekasaran. Sy telah dicekik, ditendang dan ditampar oleh suami. Semasa kami bertengkar, suami ade melafazkan ‘ kalau kau tutup pintu ni kuat-kuat, aku akn ceraikan kau’. Dan sy pun tutup pintu dgn kuat. Selepas itu sy dihalau keluar oleh suami dr rumah.
    Soalan sy, adalah jatuh talak kpd sy? Dan apakah proses yg perlu sy lakukan.

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam warah matullah,

      Bila suami guna perkataan “akan”, walaupun puan betul2 lakukan perbuatan tutup pintu, ia belum jatuh kerana ia hanya berbentuk cadangan yang tidak dinyatakan masa. Utk lebih pasti, boleh failkan pengesahan cerai di mahkamah kerana perbuatan suami menghalau dari rumah boleh jadi suami memang berniat utk menceraikan terus pada masa lafaz dibuat. Wallahua’lam

  163. Azi

    Reply

    Salam,
    Tadi suami saya suruh saya isi borang cerai, dan dia whatsapp i lepaskan u. So, sekarang adakah saya atau dia yang perlu failkan cerai. Sekiranya saya failkan, adakah ada hak2 saya sebagai ibu dinafikan? Hak prnjagaan anak pula bagaimana? Saya ada ada 7 tahun, 6 tahun dan 2 tahun.

    • admin

      Reply

      Puan patut failkan kes pengesahan cerai dan bukan lagi permohonan cerai. Hak puan sebagai isteri dan ibu tidak terusik kerana suami sudah melafazkan dahulu cerai terhadap puan. Melainkan suami buktikan pula yg puan ada melakukan perbuatan nusyuz terhadapnya.

  164. MIELA

    Reply

    assalamualaikum , saya inginkan pencerahan, apakah status hubungan, bila suami saya suda lafaz ‘aku lepaskan kau’ utk kali pertama d hadapan keluarga, dan lafaz ‘aku lepaskan kau’ kali ke2 d dalam bilik tidur , dan kali ketiga secara whatsapp ‘pergilah kemana pun kau suka,buat cara hidup masing2, dan c suami juga suda lafazkan ‘keluarla kau dari rumah ini,aku tidak ingin mihat muka kau lagi’ . dan masa yang sama di mahkamah rendah syariah suami saya menyatakan bahawa semuaa lafaz itu tidak ada niat ..

    • admin

      Reply

      waalaikumussalam warah matullah,

      Lafaz pertama dan kedua itu lafaz soreh yang tidak perlu kepada niat. Lafaz ketiga lafaz kinayah yang perlu kepada niat. Jadi jika suami menafikan, hakim masih boleh mensabitkan jatuh talaq berdasarkan lafaz pertama dan kedua.

  165. Hani

    Reply

    Assalamualaikum..
    Sy dan suami bertengkar. Ada pihak ketiga menyatakan suami akan ceraikan sy, sy kata kepada suami kalau betul,lepaskn sy sekarang dan dia lafaz ‘ya aku lepaskan’. Sy minta dia ulang dan dia lafaz ‘ya, ya aku lepaskan kau’. Kejadian disaksikan oleh pihak ketiga tersebut. Hari yg sama sy disahkan hamil.
    1) memandangkan sy hamil, adakah lafaz itu sah?
    2) masih boleh bersama?
    3) jika ya, adakah talak dua telah jatuh?
    4) adakah pihak ketiga tersebut akan dipanggil semasa perbicaraan?
    Sy telah mgemukakan pengesahan cerai dan tgu dibicara kn. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Puan, lafaz talaq sah semasa hamil walaupun hukumnya haram dan berdosa. Sebaiknya dipanggil pihak ketiga sebagai saksi. Lafaz sebegini boleh jadi satu dan boleh juga jadi dua talaq, ia bergantung kepada keterangan dan niat suami itu sepertimana yang dinyatakan depan hakim nanti. Puan dan suami masih boleh bersama jika tidak pernah bercerai sebelum ini,dan jika ada rujuk, boleh disahkan bersekali dengan kes pengesahan cerai tersebut.

  166. Sam

    Reply

    Assalamualaikum..
    Isteri saya selalu keluar tanpa pengetahuan saya.Pada waktu kejadian,isteri telah keluar lagi tanpa pengetahuan dan izin.Saya telah menghantar mesej “kalau tak balik dalam masa 15 minit maka jatuh talak saya pada awak”..(dengan niat).
    Kemudian isteri balas mesej ,dia keluar ke pasaraya.
    Kemudian saya fikir adalah mustahil dia sempat balik dalam tempoh 15minit .dan ternyata dia balik selepas itu lebih kurang setengah jam kemudian.
    Saya berpandangan ,telah jatuh talak saya dan menyuruh isteri balik ke rumah ibu beliau kerana tidak mahu duduk sebumbung dgn isteri yg difikirkan telah berlaku penceraian antara kami.
    Jadi,saya telah ke mahkamah dan diberi borang untuk pengesahan penceraian,cuma isteri tidak mahu hadir ke mahkamah.mohon tahu status perkahwinan saya dan apa tindakan perlu dibuat.
    Terima kasih tuan/puan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Encik betul kerana telah mengakui lafaz bertulis itu dibuat dan memang jatuh talaq apabila disertai niat. Encik juga boleh rujuk isteri jika belum pernah bercerai sebelum ini. Tidak mengapa jika isteri tidak mahu hadir, hakim mungkin keluarkan waran untuk memaksa isteri datang atau hakim boleh teruskan dengan kehadiran encik seorang kerana dalam kes pengesahan cerai, kehadiran suami yang wajib.

  167. Ingin bertanya

    Reply

    Sekiranya lafaz cerai di lafazkan di luar mahkamah…perlukah lagi pengesahan di lakukan di mahkamah?
    Adakah sah penceraian itu sekiranya telah di lafazkn dengan jelas di luar mahkamah?

    • admin

      Reply

      Lafaz sah jika sempurna rukun walaupun dibuat di luar mahkamah tetapi tanpa perintah pengesahan cerai dari mahkamah, pejabat agama tidak akan mengeluarkan sijil cerai.

  168. Isteri terluka

    Reply

    Assalamualaikum,
    Saya merupakan isteri pertama. Suami saya bernikah kedua di Songkhla 2 thn lepas. Pada hari saya mengetahui saya dimadukan, mereka bergaduh besar dan suami tanpa sedar ada melafazkan talak 3 kepada isteri keduanya. Suami membayar nafkah iddah selama 3 bulan dan bayaran mutaah kepada isteri keduanya. Atas nasihat seorang peguam suami membuat pendaftaran nikah dahulu (kerana belum didaftarkan di Malaysia). Kemudian barulah dia membuat pengesahan lafaz cerai tersebut. Lafaz itu didapati tidak sah kerana suami tidak mengingati sepenuhnya lafaz yang diucapkan kerana terlampau marah. Kami menghormati keputusan mahkamah walaupun sebenarnya suami yakin dia telah menceraikan isteri keduanya itu terbukti dengan tindakan selepas itu.
    Persoalan nya adalah:
    Beberapa hari selepas suami melafazkan ‘talak 3’ tersebut dia ada menghantar beberapa SMS kepada saya dengan mengatakan:
    1) Kami dah tiada apa2.. (We’re done… Talak 3… kalau talak 1 dan 2.. dia akan ganggu lagi)
    2) She’s not my wife anymore
    3) I want her out of my life
    Kami ada memberikan bukti SMS ini kepada peguam tersebut. Malangnya peguam tersebut berkata bukti SMS itu tiada isu dan tidak boleh digunakan dan langsung tidak disahkan dimahkamah.
    Kami berjumpa peguam kedua dan dia juga turut berkata bahawa SMS itu tidak boleh digunakan kerana merupakan ‘secondary’ kepada lafaz yang tidak sah tersebut.
    Adakah betul jawapan yang kami terima? Adakah kami patut membuat pengesahan semula dimahkamah hanya berkaitan dengan lafaz melalui SMS itu sahaja kerana mengikut pemahaman kami itu merupakan lafaz berbentuk kinayah dan suami memang yakin dengan niatnya untuk menceraikan isteri keduanya itu. Sekiranya dapat ADMIN memberi penjelasan kepada masalah kami ini. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan, jika lafaz pertama sudah diadili di mahkamah, sepatutnya suami membuat rayuan dalam masa 14 hari dari keputusan jika tidak berpuas hati dengan keputusan hakim. Berkenaan SMS itu tidak begitu kuat kerana bukan lafaz yang jelas, dan bersangkutan dengan lafaz pertama yg sudah diputuskan mahkamah, jadi memang benar, jika diadili sekalipun, mahkamah berkemungkinan besar akan menolak kes tersebut kerana telah diputuskan sebelum ini. Sekiranya masih mahu meneruskan dengan perceraian, failkan saja permohonan cerai yang baru, di bawah seksyen 47 atau lebih dikenali sebagai cerai secara baik/ cerai dalam mahkamah.

      • Isteri yang kecewa

        Reply

        Assalamualikum ,saya nak bertanya masa selepas solat bersama suami terus melafazkan cerai,i divorce u,dua kali..sudah jatuh talak ka…time tue suami saya sedang marah…lepas keadaan reda dia minta ampun dan maaf mengatakan dia takdak niat nak ceraikan saya…boleh bagi pandangan kah kemushkilan saya ni…perlukah saya ke pejabat agama atau tidak jatuh talak

        • admin

          Reply

          waalaikumussalam warah matullah,

          Puan, lafaz i divorce u adalah lafaz soreh yang tidak perlu kepada niat. Jadi walaupun marah, masih jatuh. Puan perlu buat pengesahan cerai di mahkamah. Jika suami ingin atau telah rujuk, boleh nyatakan sekali dalam permohonan tersebut.

  169. khairul

    Reply

    kenapa di Malaysia perkataan talak 3 sekali gus dikira sebagai talak 3, bukan talak 1? kebanyakan negara menetapkan lafaz talak 3, jatuh talak 1. Talak 3 betul2 jatuh ketika PENCERAIAN KALI KE3, bermakna setelah bercerai kali pertama, rujuk/nikah semula, bercerai kali ke2, rujuk/nikah semula, kemudian bercerai lagi kali ke3, maka barulah terjadinya talak 3 dan tidak boleh rujuk.

    • admin

      Reply

      Ada banyak perbahasan ulamak berkenaan talaq 3, ada kes di malaysia yang masih memutuskan talaq 3 dikira 1, tetapi ini semua bergantung kepada fakta kes masing2.

  170. Hidayah

    Reply

    Saya tau hanya hakim yg berhak tentukan pengesahan lafaz cerai. Tetapi saya dan suami nikah di luar negara dan belum mendaftarkan perkahwinan kami, jadi saya tidak dapat memohon pengesahan lafaz cerai di mahkamah dengan segera. Saya mohon pandangan admin. Dalam keadaan bergaduh besar, suami ada melafazkan ‘aku ceraikan kau’. Saya tanya ‘talak berapa?’. Suami jawab ‘tak ada talak2, yg penting cerai’. Saya desak kembali ‘ cakap la talak brp?’ Suami jawab ‘ok, talak 3 terus, senang’. Saya dan suami menyesal dan ingin rujuk kembali, tetapi kami risau dgn jumlah talak yg keluar. Pada pandangan admin, adakah talak yg jatuh adalah talak 3, kerana pada mulanya suami tidak nyatakan brp talak, hanya setelah didesak oleh saya, baru dia menyatakan talak 3.

    • admin

      Reply

      Puan, walaupun didesak, suami tetap dikira melafazkan perkataan tiga itu dengan rela, kerana paksaan dalam islam adalah yang melibatkan nyawa atau kecederaan. Jadi melainkan puan memegang pisau di lehernya (sebagai contoh) sewaktu berkata demikian, besar kemungkinan hakim akan mensabitkan jatuh talaq tiga ke atas puan.

      • Hidayah

        Reply

        Maaf bertanya lagi ye admin.
        Ketika suami menyatakan ‘aku ceraikan kau’, suami menyatakan niatnya hanyalah talak 1. Selepas saya brtanya talak berapa, dia juga tidak menyatakan terus talak brp. Suami jawab ‘tak ada berapa2 talaknye’. Perkataan talak 3 itu keluar bukan dgn satu lafaz ‘aku ceraikan kau talak 3’.

        Apa pandangan admin jika perkataan talak 3 bukan dicakapkan dengan 1 lafaz, malah diselang pula dgn perkataan ‘ tak ada berap2 talaknye’.

        Maaf banyak bertanya. Kami benar2 buntu sekarang. Ingin rujuk kerana fikirkn anak, tapi tidak dapat memutuskan perkara ini dihadapan hakim. Kami sedang dlm proses pengesahan perkahwinan dan perbicaraan mungkin berlanjutan kerana masalah dokumentasi.

  171. Mina

    Reply

    Puan,
    Sekiranya saya ingin membuat permohonan pengesahan penceraian, apakah borang yang perlu saya isi dan apakah dokumen-dokumen yang perlu saya sediakan? Permohonan ini perlu dibuat di mahkamah tinggi atau mahkamah rendah shariah?

    • admin

      Reply

      Pergi ke mahkamah rendah syariah, failkan permohonan pengesahan cerai, kemukakan salinan ic puan, salinan sijil nikah dan salinan bukti lafaz jika dibuat secara bertulis

  172. man

    Reply

    nak tanya, dah pergi pejabat agama islam yg berhampiran, dan pejabat agama islam kata, tidak jatuh talak, apabila seseorang itu melafazkan seorang diri( tiada siapa yg mendengar) cm tiba2 terpancul dri mulut dia.. sbb dia kata, di mahkamah memerlukan saksi yg mendengar(isteri atau sapa2)

    isunya, perlukah pergi buat pengesahan di mahkamah?

    • admin

      Reply

      Tidak tepat sebenarnya, lafaz talaq tetap boleh jatuh sekalipun tiada saksi, jika lafaz soreh tidak perlu kepada niat melainkan dilafazkan secara tidak sedar atau hilang akal sementara. Sebaiknya failkan pengesahan cerai di mahkamah agar boleh segera rujuk jika hakim mensabitkan memang jatuh talaq. Suami tidak patut mendiamkan jika memang ada terkeluar lafaz ini dari mulut, kerana ini soal halal atau tidak hubungan suami isteri dan anak yang bakal lahir boleh menjadi anak syubhah jika sebenarnya hubungan suami isteri itu sudah terputus akibat lafaz itu.

  173. Azman

    Reply

    Salam. Mohon untuk bertanya isteri sering bermasam degan ibu saya. Pernah sy berkata kepada ibu saya bagi kuasa talaq jika ibu tidak berpuas hati degan isteri. Baru2 ni ibu menegur sikap isteri dan isteri melawan lalu jadi ibu ada megatakan yg ubu tidak lagi mahu isteri menjadi menantu dan minta saya ceraikan isteri kerana sy telah memberi kuasa talaq kepada ibu. Sikap isteri sy amat keterlaluan sewaktu bertengkar ibu menyebut kepada isteri dan didepan saya akan jji sy kepada ibu. Jatuh atau tidak talaq tersebut. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Kuasa talaq tidak boleh dipindahkan kepada orang lain melainkan dalam kes perceraian secara hakam apabila suami mewakilkan hakam untuk melafazkan talaq. Namun ada juga kemungkinan berlaku cerai taklik bergantung kepada lafaz yang encik gunakan semasa memberi kuasa kepada ibu tersebut. Sebaiknya failkan saja kes pengesahan cerai di mahkamah supaya hakim boleh memberi keputusan kerana seorang hakim diberi kuasa untuk memutuskan berkenaan perkara ini.

  174. su

    Reply

    Salam,sy memaksa suami sy utk ceraikan sy secara ugutan atas sebab2 tertentu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap sy,sebelum ini sy telah menfailkan permohonan cerai tetapi suami tidak mahu melepaskan sy sehinggalah sy memaksa dan mengugut beliau dan akhirnya suami sy melepaskan sy melalui sms..”sipolan bt sipolan aku lepaskan kau dgn talak stu” adakah sah jatuh talak? Kerana mggunakan bahasa singkatan SMS…terima kasih admin

    • admin

      Reply

      Puan, suami perlu mengaku depan hakim bahawa beliau yang hantar SMS tersebut dan memang ada niat cerai. Barulah talaq itu sah. Jadi buatlah pengesahan cerai di mahkamah seberapa segera. Isu paksaan tidak timbul jika tidak melibatkan kekerasan atau ugutan nyawa. Suami tetap dikira melafazkan dengan rela.

  175. Norshah

    Reply

    Assalamualaikum,

    Beberapa bulan lepas, suami ada melafazkan ‘ Sekiranya sy ada berhubung dengan mana2 lelaki dan memberikan gambar sy kepada lelaki, maka akan jatuh talak’ dan di takdirkan selepas itu sy ada berhubungan dengan lelaki lain dan memberi gambar sy kepadanya. Adakah sah jatuh talak itu? Perlukah sy ke mahkamah syariah untuk mengesahkannya? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam Puan, ya, jika puan dengan sengaja melanggar syarat taklik tersebut, talaq boleh jatuh. puan perlu buat pengesahan cerai taklik di mahkamah dan suami perlu sahkan dulu depan hakim bahawa beliau ada buat lafaz taklik tersebut kemudian puan buktikan pula berkenaan pelanggaran syarat taklik tersebut. Hakim akan membuat sabitan berdasarkan keterangan puan dan suami.

  176. liza

    Reply

    Assalamualaikum Admin..saya ingin bertanya beberapa soalan

    1. Adakah Fasakh boleh jalan sebelah pihak? bedasarkan peruntukan apa?
    2. Sepertimana yang kita maklum kuasa talak atas lelaki, akan tetapi bagaimana Mahkamah boleh memfasakhkan sesuatu perkahwinan?Kuasa Mahkamah tersebut atas peruntukan apa?
    3. Berapa tempoh kuatkuasa sesuatu interim?
    4. Bagaimana hakim sabitkan lafaz cerai tanpa kehadiran suami?

    mohon pencerahan.terima kasih.

    • admin

      Reply

      1. Fasakh boleh jalan sebelah pihak. Sila rujuk peruntukan seksyen 121 enakmen tatacara mal negeri selangor sebagai contoh.

      2. Mahkamah membatalkan perkahwinan atas sebab telah berlaku kesalahan suami di bawah hukum syarak. Setiap alasan yang dinyatakan dalam seksyen fasakh telah ada sokongan dalil quran atau hadis yang menyokong. Perceraian ini bukan secara talaq tetapi secara pembatalan perkahwinan oleh hakim. Ia satu bentuk perceraian bain sughra dan tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah, perlu nikah yang baru, berbeza dengan cerai talaq.

      3. Perintah Interim biasanya berkuatkuasa sehingga kes induk selesai atau jika ada perintah lain yang menukarnya

      4. Biasanya pengesahan cerai susah dilakukan tanpa kehadiran suami. Jadi hakim akan biasanya meminta isteri memohon cerai cara lain atau minta isteri bawa saksi yang mendengar lafaz cerai dibuat.

  177. dina

    Reply

    Tkasih admin utk pencerahan..sy cuma ragu2 ttg status hbungan sy dn suami jika betul talak jatuh lps sy mmbaca whatsapp suami tu.maknanya sy tak perlu ke mahkamah la utk buat pengesahan lafaz cerai seperti dlm whatsapp tu?

  178. dina

    Reply

    Salam.sy nk tnya,baru2 ni suami sy ada menghantar whatsapp berbunyi:
    1. ‘tunggu anak besar ckit,pastu kalo ko nk blah pon xde hal la’
    2.’kalo xde rezeki,,kite berpisah la
    3.’kalo xde penyelesaian mmg aku nk lepaskan ko pun’
    Bila sy bertanya balik maksud perkataan ‘blah’ tu makna cerai ke..dia jwb ye..so kt sini sy nk tanya adakah jatuh talak atau x dgn ayat2 di atas sbb suami dh jelaskan yg dia mmg berniat cerai.tkasih

    • admin

      Reply

      Puan, jika ada perkataan “kalau”, lafaz cerai itu belum muktamad, puan. Kebiasaannya tidak akan jatuh melainkan suami mengakui sudah jatuh.

    • Amelia

      Reply

      Assalamualaikum. Suami saya telah menceraikan saya diluar mahkamah dengan anak perempuan saya berumur 24 tahun sebagai saksi. Suami saya telahpun memfail kan kes di mahkamah. Saya nak tanya, jika saya tidak hadir waktu perbicaraan bolehkah perbicaraan diteruskan hanya demgan kehadiran saksi?

      • admin

        Reply

        Waalaikumussalam. Pengesahan cerai boleh diteruskan tanpa kehadiran isteri. Yg wajib adalah kehadiran suami. Tetapi mahkamah tetap boleh mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa isteri hadir, kerana tidak hadir dengan sengaja adalah satu penghinaan mahkamah. Kadangkala mahkamah masih mahu isteri hadir, bergantung kepada keperluan kes masing2. Wallahua’lam

  179. Ash

    Reply

    Assalamualaikum..

    Saya inginkan pencerahan.. suami ada melafazkan aku lepaskan kau noraishah musa dan saya ceritakan pd anak sulung saya yg berusia 19 tahun lalu anak saya bertanya kpd suami betulkah ayah ada cakap perkataan tu pada ibu tp suami mengatakan ayah tak cakap apa2 pn pada ibu.. apa yg patut saya lakukan skeg..

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Puan patut terus failkan pengesahan cerai dan nyatakan lafaz yang dibuat suami. Lafaz itu lafaz yang jelas dan tidak perlu kepada niat. Suami hendaklah hadir depan hakim dan mengakui samaada telah membuat lafaz tersebut. Puan pula perlu bawa saksi iaitu anak puan. Hakim akan menyuruh suami sumpah nafi jika suami masih enggan mengaku. Jika hakim
      Memutuskan tidak berlaku cerai kerana sumpah nafi oleh suami, maka beban berbohong itu jatuh atas suami hingga hari akhirat manakala puan boleh bersandar kepada keputusan hakim. Jika hakim katakan puan masih suami isteri maka tidak berdosa meneruskan kehidupan suami isteri. Wallahua’lam

  180. Harap bantu

    Reply

    Assalam tuan, hubungan saya dan suami kurang baik sejak akhir tahun lepas. Kami cuba memperbaiki keadaan tetapi tidak menjadi. Kami juga ada berjumpa pejabat agama ttg mslh kami. Sy mtk kami bawa haluan masing2 setelah usaha yg telah kami lakukan tidak berhasil. Dan suami bersetuju dgn berat hati.
    Sudah 2@3 kali dia berjanji utk lepaskan sy. Satu hari dia cakap esok pagi sy ceraikan awak.
    Adakah jatuh talak wlaupun suami tidak melafazkan talak pd keesokkan harinya?
    Sebelum ni, suami ada ucapkan lepas ni awak buat lah suka hati awak, saya tak kisah. Bila sy tnya, dia tidak maksudkn cerai pada waktu itu.
    Tapi dia kerap berjanji utk lepaskn saya dgn syarat. Cthnya sy akan ceraikan awak esok tp awak kena tidur dengan saya. Dan sy buat apa yg suami minta. Adakah tertalak saya walaupun tanpa lafaz talak?

    • admin

      Reply

      Puan perlu failkan pengesahan cerai di mahkamah syariah. jika suami beri lafaz bersyarat dan puan ada lakukan syarat tersebut, maka ada kemungkinan hakim akan mensabitkan cerai tersebut, tetapi suami perlu hadir di hadapan Hakim, mengakui lafaz yang dibuat dan mengakui niat semasa membuat lafaz tersebut. Tanpa kehadiran suami, hakim tidak dapat mensabitkan lafaz tersebut samaada jatuh atau tidak, melainkan puan ada saksi yang mendengar.

  181. Manja

    Reply

    Salam,adakah kaunseling tu perlu sebelum proses penceraian.adakah perlu persetujuan kedua2 pihak u kaunseling dan berapa lama tempoh kaunseling tersebut,sy tak mahu bercerai,tapi suami tetap dgn keputusan u bercerai

    • admin

      Reply

      Kaunseling adalah sukarela sahaja, puan, tidak wajib pergi dan jika tidak datang juga tiada kesan apa2. sesi kaunseling kebiasaannya satu atau dua kali sahaja. jika puan tidak setuju bercerai, maklumkan kepada hakim apabila suami memfailkan permohonan cerai di mahkamah, kemudian hakim akan rujuk puan ke jawatankuasa pendamai. sesi di jawatankuasa pendamai ini wajib dihadiri.

  182. Ayuna

    Reply

    Assalam. Sy bergaduh dgn suami sbb katanya sy tetap tak ubah perangai. Suami menyebut ‘ kalau macam ni kita berpisah sajalah. Saya sanggup ceraikan awak’. Apakah dikira sudah jatuh talak. Terima kasih

    • admin

      Reply

      Eloklah Puan failkan pengesahan cerai dan biar suami mengaku di depan hakim berkenaan niat beliau. Lafaz itu bukanlah jelas dan langsung pada hemat saya, dan berkemungkinan besar tidak akan jatuh talaq disebabkan perkataan “sanggup” menunjukkan belum tetap niat untuk bercerai.

  183. Yusuf

    Reply

    Salam,
    Sy ingin bertanya. Dalam keadaan marah, saya telah melafazkan talak terdahap isteri saya, ‘kalau tak berhenti kerja bulan ni, abg ceraikan syg”. Dia tak dapat berhenti kerja dlm masa terdekat dan masih bekerja. Bagaimana?

    • admin

      Reply

      Encik Yusuf, lafaz yang encik buat tidak boleh ditarik balik dan sekiranya isteri memang melakukan perkara yang disyaratkan dalam taklik tersebut, sememangnya boleh jatuh talaq ke atas beliau walau apa pun sebabnya. Eloklah Encik segera failkan pengesahan cerai untuk menyelesaikan status encik dan isteri agar hubungan itu terjamin keesahannya.

  184. nurul

    Reply

    Assalamualaikum. saya ada dua soalan ingin bertanya:-
    1) bekas Suami telah melafazkan cerai “saya lepaskan ina” pada 18/10/2016 tetapi pengesahan lafaz cerai telah dibuat oleh suami tetapi dlm afidavit, tertulis “faizal lepaskan ina, dengan cerai”…. sebulan selepas itu, di mahkamah, semasa hakim menyoal suami, hakim minta ulang lafaz semula, suami membaca dalam afidavit “faizal lepaskan ina dgn cerai” tetapi lafaz sebenar hari kejadian ialah “saya lepaskan ina”….. semasa hakim menyoal pihak saya, saya ada membetulkan lafaz sebenar bekas suami, tetapi dlm sijil cerai, lafaz yg ditulis ialah ;faizal lepaskan ina dgn cerai”… mcm mana ya status itu?
    2) bagaima dengan denda lafaz luar mahkamah tersebut, adakah saya perlu failkan?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. 1) isu yang penting adalah cerai tersebut telah disabitkan oleh Hakim. Jika memang suami berniat cerai dan telah mengakuinya depan hakim, maka sabitlah cerai tersebut. namun jika Puan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, failkan lah rayuan tetapi hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan dibuat. Jika sudah lebih masa, failkanlah semakan ke atas keputusan tersebut.
      2) denda akan dilakukan oleh pendakwa syarie, jadi suami yang akan membayar denda tersebut apabila disuruh berbuat demikian.

  185. Me

    Reply

    Assalammualaikum. Sy nk bertanya, sy ad meminta suami duit utk pengasuh dan duit yg suami pnjm bernilai 500 jumlahnya…. Dan suami jwb, esok siang sy bg duitnya, klu sy xbg sy tunaikan ap yg awk nak selama ni.. Esok suami ad bg duit tp jumlahnya 200.jatuh talak ke tidak

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan.
      Tanyalah suami apa yang dimaksudkan apabila berbuat lafaz demikian dan jika niatnya untuk bercerai, failkan lah kes pengesahan cerai di Mahkamah agar Hakim boleh memutuskan samaada jatuh talaq taklik atau tidak.

      • nd

        Reply

        assalamualaikum. . kalau suami cakap “baik aku ceraikan kau” tanpa niat. . dalam keadaan marah, jatuh ke talak nya ?

        • admin

          Reply

          Salam puan, berdasarkan situasi puan, lafaz aku ceraikan kau adalah lafaz soreh (jelas) yang bermaksud talak adalah jatuh. Oleh itu, lafaz cerai soreh ini tidak memerlukan kepada niat suami untuk mengesahkan sama ada talak itu jatuh. Saya cadangkan untuk puan failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk penyiasatan lanjut daripada hakim.

  186. sha

    Reply

    assalamualaikum..
    sy ada ckit prtanyaan..sy n suami ada gduh melalui wasap..msa gaduh tu sy wasap dia ceraikn aku..n suami blas ok nk sngt kn..adakh jatuh talak..

    • admin

      Reply

      Semua jenis lafaz yang dibuat secara tulisan, memerlukan kepada pengesahan niat oleh suami, oleh itu, buatlah permohonan pengesahan cerai di mahkamah rendah syariah terdekat untuk suami memberi keterangan bersumpah di hadapan Hakim samaada beliau yang menghantar SMS tersebut dan samaada memang ada niat untuk menceraikan pada masa lafaz itu dibuat.

  187. Sue Lan

    Reply

    Assalamualaikum.
    Saya dan suami kerap bergaduh sebab dia pertikaikan kemana pergi gaji saya. Sedangkan gaji dia lebih berganda2 dari saya. Sepatutnya saya yg tanya bahagian utk nafkah saya dari gaji dia tapi dia sebaliknya minta bahagian dari gaji saya. Bab agama sangat longgar. Kata2 kesat dah memang biasa dapat. Dia cakap saya berkerja tanpa redha dia. Tapi masa saya berhenti kerja dulu pun dia bising bila saya minta duit belanja.dia kata,dah la tak tolong tapi sibuk nak duit je. Apakah yang boleh saya harapkan dari perundangan. Tawar rasa hati ni. Nafkah zahir dan batin tertunggak. Bertahan sebab keaiankan dia dan demi anak2.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Jika isu antara Puan dan suami hanyalah berkenaan nafkah, demi kebaikan anak2 Puan sebaiknya tuntut nafkah di Mhakamah, tidak perlu melalui perceraian. Mahkamah akan menentukan jumlah yang wajib suami berikan kepada Puan setiap bulan untuk diri Puan dan anak-anak.

      • Lin

        Reply

        Salam admin mohon pencerahan suami saya tidak pernah bekerja dan beri nafkah selama perkahwinan kami.saya terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan tapi malangannya saya dituduh isteri yg murahan dan suami mengatakan semoga saya dilanggar lori (melalui whatssp).kami kerap kali bergaduh dan pernah beberapa kali suami melafazkan saya ceraikan kau talak 123456789 dan pernah juga suami melafazkan saya ceraikan kau talak 1 hingga 1000 kalau sampai seribu,dan saya mendengarkanya dengar dengan jelas yg dilafazkan oleh suami.adakah jatuh talak dan untuk pengatahuan saya sudah tidak inginkan kehidupan bersama dia, saya sudah tawar hati dan selama ini saya tidak bahagia hidup bersamanya.

        • admin

          Reply

          Salam puan. Pendapat saya, sebaiknya puan memfailkan kes pengesahan lafaz cerai dengan segera di mahkamah kerana sudah terdapat sejarah bahawa suami puan pernah melafazkan cerai tersebut secara lisan dan juga bertulis. Boleh jadi telah jatuh talak berdasarkan lafaz-lafaz yang suami katakan tersebut. Hal ini amat penting untuk disahkan bagi menentukan status perkahwinan puan dan suami serta hukum hakam yang terlibat.

  188. sha

    Reply

    Askm puan, sy dan suami bertengkar tempoh hari dan suami pula ada menyebut “jgn sampai aku haramkan kau pergi umah mak kau, kalau ko pegi jugak, aku ceraikan ko”.. Dan sy telah pon pergi kerumah mak saya… Adakah jatuh talak itu??

    • admin

      Reply

      Puan, puan perlu buat pengesahan cerai di mahkamah, suami perlu beri kenyataan bersumpah depan Hakim berkenaan lafaz sebenar yang dibuat dan apakah niatnya semasa membuat lafaz tersebut. kemudian, hakim akan putuskan samaada lafaz taklik itu sah, dan jika puan telah melanggar syarat, samaada jatuh atau tidak talaq tersebut.

  189. khusairi

    Reply

    Assalamualaikum.. admin maaf sy nk betanye sdkit persoslan.. Baru2 ni sy & wife bergaduh, n lpas tu wife xbalik umah hmpir dlam 2 minggu.. semasa wife tiada di umah sy berniat utk menceraikannye tanpa ape2 lafaz(sekadar niat dhati).. tetapi sy pasang niat tu, adalah utk bercerai di mahkamah, bukan diluar mahkamah(mlalui prosedur mahkamah).. Sy dh bgtau wife, sy akn pg k pjbat agama utk permohonan bercerai..
    Tetapi baru2 ini kami telah berbaik kmbali, n sy tlah batalkan hasrat sy utk mnceraikan isteri sy..
    Soalan sy, adakah talak trlepas semasa sy berniat utk mnceraikan isteri dimahkamah itu??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam. talaq tidak jatuh jika encik tidak melafazkannya secara lisan atau bertulis. apa yang di dalam hati hanya relevan sekiranya disertai dengan lafaz lisan atau bertulis.

  190. Zul

    Reply

    Assalamualaikum, isteri sy telah mengamuk dan memaksa sy untuk ceraikannya dan dgn berat hati tanpa niay, sy telah menyebut kita cerai, tp dlm masa sama isteri sy masih lg marah dan mengamuk mcm orang gila, dan dgn prasaan geram serta rasa marah yg amat sangat saya telah menerkam kearahnya dan menjerit talak tiga di telinganya, adakah telah jatuh talak/benar2 telah terjadi talak 3. Mohon tuan perjelaskan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. Saya nasihatkan encik failkan kes pengesahan cerai dengan seberapa segera di mahkamah. Hanya hakim yang boleh mensabitkan samaada situasi tersebut sah sebagai talaq satu atau tiga atau tidak jatuh talaq.

  191. khusairi

    Reply

    Assalamualaikum.. sbelum ni sy & isteri pernah bercerai dluar mahkamah.. Sy melafazkan cerai didepan isteri.. slepas tu atas persetujuan bersama sy merujuk isteri kembali.. selepas 1 tahun, sy sekarang berniat ingin menceraikan isteri kembali, atas alasan isteri masih xberubah sikapnye yg sering mengaibkan suami di khayalak rmai serta beberapa alasan yg lain.. Sy bercadang ingin mengemukakan permohonan bercerai di mahkamah..
    Soalan sy adakah mahkamah akn teruskan segera kes permohonan bercerai sy ini atau sy perlu selesaikan pengesahan bercerai sy yg sebelum ini pd mahkamah??
    selain itu adakah sy akan dikenakan denda sbab melafazkn talak dluar mahkamah sebelum ini?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah. encik wajib membuat pengesahan talaq terlebih dahulu kerana ia akan memberi kesan kepada jumlah talaq yang seterusnya. encik akan dikenakan denda kerana melafaz cerai di luar mahkamah. selepas selesai proses pengesahan tersebut, bolehlah teruskan dengan perceraian kedua.

  192. Umar

    Reply

    Salam uztaz/uztazah
    Sy ad bergaduh dgn isteri, dan sy lafazkn” sy ceraikn awk dgn talaq 1 jika awk keluar dr rumah. Dn isteri sy tetap keluar rumah kerana nk pergi laksanakan tanggungjawab beliau sebagai pensyarah. Tetapi sy Kerana untuk mengertak dia utk tidak berbuat benda2 salah pd suami. Kerana sy berulang kali tegur isteri untuk tidak melawan kata2 sy,tidak boleh tinggi suara dgn suami, jgn bangkang apa sy ckp. Tp dia asyik buat berterusan.. Padahal sy memberi peringatan secara baik2 semenjak awal perkahwinan lg.Dn semalam sy lafazkn tp dgn keadaan marah. Soalan saya, Adakah jatuh talaq pada isteri sya.
    Soalan kedua, Jikalau sy sebut =sy ceraikn awk kalau awk kluar rumah tp si isteri tidak keluar dr rumah. Adakah jatuh talaq?

    • admin

      Reply

      Encik, saya tidak layak memberi keputusan berkenaan hukum, kerana saya bukan ustazah mahupun hakim yang berkuasa mensabitkan sesuatu perceraian. Saya nasihatkan encik failkan kes pengesahan cerai seberapa segera di mahkamah supaya hubungan suami isteri itu jelas statusnya. Sekiranya isteri tidak keluar rumah, tiada masalah kerana tidak berlaku pelanggaran syarat ta’liq tersebut tetapi agak mustahil seorang isteri tidak keluar rumah selama-lamanya memandangkan encik tidak menyatakan jangka masa larangan tersebut. Jadi sudah pasti pelanggaran yang berlaku memerlukan pengesahan samaada sudah jatuh talaq atau tidak.

  193. Samad

    Reply

    Assalamualaikum.

    Sya telah bergaduh dgn isteri pda malam 2 Februari lalu. Dan isteri telah memfailkan pegesahan penceraian. Dan surat dri makamah telah sy dapati. Isteri ad mnyatakan sya membuat lafaz “ak cerai kau” sebaliknya yg sy igt sy ckp “sengaja je nak suruh ak ckp cerai”. Adakah jatuh?

    2. Semasa pagi sy lewat bangun dan.lewat utk ke tempat kerja kerana sy menjaga anak smpai pkul 5pg. Dan sy telah memarahi isteri kerana tidak tolong kejutkn sy bahkan bersembang dgn ibu dan adiknya dihadapan mereka sekali. Sy amat marah sekali kerana ibunya membela kesalahan isteri. Lalu sy berkata “lebih baik pisah dia dri rumah ni”. ( rumah mertua) Tetapi kenyataan dlm surat makamah dan saksi dengar lain. “Saya nak.cerai.dia sungguh muktamad” walahal ketika marah ayat ini janggal utk sy sebut. Sungguh muktamad. Sy pn was was. Btul ke sy ad lafaz mcm tuh. Sy mrah pda ibuny.

    Hal jdi rumit ayahnya suruh saya setuju ap yg tertulis dlm surat itu. Boleh kah sy mengadu pada hakim campur tangan ibu bapany yg tidak suka sy?

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah.

      1. encik perlu hadir ke mahkamah dan beri keterangan bersumpah depan hakim berkenaan apa sebenarnya lafaz yang encik katakan. jika isteri tiada saksi, maka hakim akan menerima pengakuan suami dan jika suami mengaku tidak melafazkan sedemikian, hakim tidak akan mensabitkan cerai.

      2. encik boleh mengadu berkenaan campurtangan tersebut tetapi hakim tidak akan beri sebarang hukuman kepada ibubapa mertua dalam kes pengesahan cerai. jika ibubapa mertua menjadi saksi, hakim akan menilai samaada kenyataan saksi boleh dipercayai atau kenyataan encik lebih dipercayai.

  194. Edlin

    Reply

    Askum saya IBU kepada 7 anak. Usia perkahwinan sy Dan suami 13tahun. Sy tidak bekerja Hanya Suri rumah memandang ank2 Masih bersekolah dan Masih kecil. Dahulu suami sy sgt bertanggungjawap setiap Bulan mmg ditetap nafkah kepada sy. Ketika itu kewangan suami sy agk kukuh. Semenjak setahun ni selepas dia mengikuti teman2 dia bermain golf ( Di Indonesia ) semenjak itu dia berubah kerana sudah tertarik dengan wanita Indonesia. Perilakunya berubah tidak lg memberi nafkah yg cukup tp sy faham ekonomi nya tidak berapa bagus. Tp semakin Hari dia semakin kemaruk sy dah Cuba berbuat mcm 2 untuk membetulkan keadaan di situ dia slalu nmpk semua Salah dari saya. Dikata nya sy tidak menjaga kebajikan nya sedangkan sy mengkorbankan Masa Dan tenaga sy sepanjang Masa untuk dia Dan anak2..Sy tidak dapat menerimanya lagi sebab kelakuan nya mmg tidak berubah dari dulu..Cukuplah bermacam peragai yg tak Baik dia buat kepada sy tidak perlu sy bercerita tentang aibnya. Persoalan nya sekarang sy tidak dapat menahan diri untuk Bersama dia sy ingin menuntut fasakh tetapi sy ingin menuntut nafkah untuk ank2/tempat tinggal Dan juga kenderaan bg memudahkan sy menguruskan ank2 yg Masih bersekolah..Bagaimana caranya? Sekian terima kasih

    • admin

      Reply

      Puan boleh tuntut nafkah isteri dan anak tanpa perlu memfailkan cerai. tuntutan nafkah adalah berasingan. nafkah anak juga tidak bergantung kepada prosiding cerai.

      berkenaan tuntutan cerai, pertamanya cuba berbincang dengan suami, jika masih tidak dapat berdamai, mintalah suami ceraikan secara baik kerana itu lebih cepat dan tidak menyusahkan puan untuk turun naik mahkamah banyak kali. jika suami enggan, puan perlu failkan fasakh dan cari bukti kukuh berkenaan kelakuan suami seperti saksi, bukti bergambar, bukti bertulis dan sebagainya. kesalahan-kesalahan lain di bawah fasakh yang ingin puan gunakan juga perlu disokong oleh bukti kukuh seperti saksi, laporan perubatan, laporan pakar psikiatri, penyata akaun, dan sebagainya, mengikut mana yang berkenaan dengan alasan fasakh yang puan ingin gunakan.

  195. Reply

    Suami dah buat pemohonan ke mahkamah…tetapi saya dan suami mahu rujuk semula..saya dalam pantang lagi,,anak kami masih kecil..kalau boleh nak rujuk kembali..tapi dia tiada niat untuk talak 3..boleh bg jawapan..masalah terjadi saya brsangka buruk sahaja pada suami..suami penat balik kerja dan keadaan marah kerana saya tuduh bukan2 pada suami..sekarang kami dah berbaik..tetapi bicara dimahkamah pada 7 mac nanti..suami dan saya mahu bersama semula..boleh beri pnjelasan

    • admin

      Reply

      Bagaimana dengan keputusan hakim dalam kes Puan pada 7 Mac yang lalu?

  196. Reply

    Assalamualaikum..saya nak tanya saya hanya bersangka buruk pada suami,,saya brkata pada suami ada perempuan lain,,sedangkan tidak pernah ada perempuan lain..masa saya tuduh dia tengah berkerja sampai lah dia balik kerja saya tuduh dia..dia balik kerja dalam keadaan penat dan marah kerana saya terus tuduh dkat dia dan dia kata saya talak 3.masa itu dia dalam keadaan marah..tetapi dia tiada niat untuk ceraikan saya..sekarang kami dah berbaik..tapi suami ada buat pemohonan pengesahan lafaz..bicara pada 7 mac..tetapi saya dan suami mahu bersama semula…dan dia tiada niat ceraikan saya..masa terjadi pergaduhan saya brsangka buruk pada suami dan tuduh bukan2..masa tu saya dalam nifas..anak kami masih kecil lagi dan kami mahu jaga anak bersama2..saya dan suami mahu bersama smula..boleh beri penjelasan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan, hanya Hakim boleh mensabitkan samaada talaq jatuh atau tidak dan berapa talaq yang jatuh, bergantung kepada keterangan bersumpah Puan dan suami di Mahkamah. Sekiranya talaq 3 jatuh disebabkan suami terlepas cakap sebegitu, saya harap Puan bersabar dan pastinya ada hikmah atas apa yang terjadi.

    • intan

      Reply

      salam puan, boleh sy tahu keputusan mahkamah tak? dan proses mahkamah lama x kalau suami terlafaz talak 3 ni

      • admin

        Reply

        Proses mahkamah sepatutnya bergantung kepada pihak2 hadir atau tidak pada hari perbicaraan. Jika kedua2nya hadir,
        Hakim boleh terus beri keputusan selepas dengar keterangan atau Hakim akan tetapkan satu lagi tarikh untuk keputusan supaya beliau boleh semak lanjut peruntukan hukum syarak yang berkaitan dengan isu kes tersebut.

  197. ain

    Reply

    Assalamualaikum tuan . sy nak bertanya suami saya telah hantar whatsapp kpd saya setelah bergaduh seperti ini , memang malam ni aku lepaskan kau .. dan saya tanya niat dia mmg nak cerai kan sy .. apa patut sy buat ya tuan

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, sebaiknya puan buatlah pengesahan cerai di mahkamah kerana lafaz secara bertulis perlu kepada pengakuan niat suami di hadapan hakim.

  198. ida

    Reply

    pada 2009 kami telah bercerai talak satu dan rujuk kembali, pada 2013 pula suami lafaz talak luar mahkamah ” saya cerai awak dgn talak dua” tiada lafaz rujuk secars lisan … tapi selepas 7 hari kami bersama, dan hidup spt biasa smpai akrg.. masih tidak buat pengesahan di mahkamah.

    soalan : 1) adakah jatuh talak , jika jatuh talak berapa…
    2) adakah sah rujuk tersebut ..

    tq

    • admin

      Reply

      Puan, saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hukum kepada puan kerana keputusan sebegini hanya layak dibuat oleh seorang Hakim apabila Puan membuat tuntutan pengesahan cerai di Mahkamah. Ini kerana keputusan ini akan melibatkan banyak faktor seperti fakta yang berlaku, lafaz yang sebenarnya dibuat, niat suami, kenyataan bersumpah di hadapan Hakim, dan banyak lagi. Saya nasihatkan Puan failkan lah tuntutan pengesahan cerai dengan seberapa segera di Mahkamah Rendah Syariah terdekat dengan tempat mastautin Puan kerana amatlah bahaya sekiranya lafaz kedua tersebut diputuskan sebagai talaq tiga secara keseluruhan jumlahnya. Ini bermakna, suami tidak boleh merujuk Puan dan hubungan suami isteri adalah haram mulai saat itu.

  199. Jannah

    Reply

    Ketika kami bertengkar, suami ada menyebut “nak abang ceraikan mlm ni?” Dan disusuli dgn ucapan “jangan sampai jatuh talak malam ni”. Adakah ianya dikira sbg lafaz yg sah? Saya ingin ke mahkamah utk buat pengesahan tp saya risau jika suami tidak mahu atau tidak izinkan. Bagaimana?

    Kedua, suami saya pernah sekali mengugut utk menjatuhkan talak ketika kami bertengkar 7 thn yg lalu. Kemudian lafaz tersebut tlh diputuskan sbg tidak sah oleh mahkamah. Saya kecewa krn selepas perkara itu, suami langsung tidak mengambil iktibar dr perkara itu malah setiap kali bergaduh, suami akan sebut perkataan cerai atau berpisah. Bagaimana saya ingin mendapatkan khidmat kaunseling agar suami tidak bersikap begitu lg? Saya amat takutkan balasan dr Allah akibat perbuatan mempermainkan hukum Nya.

    • admin

      Reply

      Puan, berdasarkan pengalaman saya, kedua-dua lafaz tersebut belum menjadi lafaz talaq secara jelas. Jadi berkemungkinan besar Hakim tidak akan mensabitkan telah berlaku cerai. Jika suami tidak mahu datang, mahkamah akan minta Puan bawa saksi. Jika tiada saksi, Puan perlu bersumpah depan Hakim.

      Puan boleh rujuk masalah kepada pejabat agama islam berdekatan dan mohon tarikh kaunseling dan ajaklah suami datang. proses ini adalah secara sukarela jadi jika suami tidak mahu datang, pejabat agama tidak dapat memaksa beliau.

  200. kath

    Reply

    Assalamualaikum.

    Sy mahu tanya kami da sah bercerai tp ex asben sy kena denda so sy nk tnya berapa lama proses kena panggil utk byr denda tu sbb da lama sy tunggu panggilan dr mahkamah tiada jugA
    Perluka sy merujuk ke mahkamah syariah atau hanya terus menunggu

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan perlu rujuk ke pejabat pendakwa syarie di jabatan agama islam terdekat dengan mahkamah yang mengeluarkan perintah cerai tersebut.

  201. Bintang hati

    Reply

    Salam..sya ingin mengajukn soalan..sya kliru adkh talak akn jatuh skireye dilafazkan dlm keadaan tidak waras ttpi ada saksi yg mendengar…

    • admin

      Reply

      Talaq boleh jatuh jika lafaz tersebut lafaz soreh (jelas, seperti “aku ceraikan kau”) melainkan tidak waras itu adalah gila yang disahkan secara perubatan. sebaiknya buatlah pengesahan cerai di mahkamah agar hakim boleh memutuskan.

  202. Reply

    Assalamualaikum
    Saya dh berkahwin selama 4 tahun..
    Dalam tempoh perkahwinanbkami..suami tidak pernah membimbing saya ke jalan Allah..dia tidak pernah solat,puasa jarang2 ..
    Dalam tempoh 3 bulan kami berkahwin,dia pernah pukul sepak terajang saya..
    Berdasarkan diatas,boleh kah alasan saya diterima jika saya ingin memfailkan perceraian??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Puan boleh memohon perceraian secara fasakh. Tetapi jika suami setuju menceraikan, lebih cepat untuk memfailkan cerai secara talaq depan hakim. Rujuk artikel kami “cerai secara baik/cerai dalam Mahkamah” untuk mendapatkan prosedurnya.

  203. shahid

    Reply

    Assalamualaikum,

    Isteri saya telah menfailkan kes pengesahan lafaz cerai. Lafaz berbunyi ” Abg ali simpanlah dia saya tidak boleh tinggal dengan dia lagi” dihadapn 2 orang saksi lelaki abangnya dan bapanya. Sedangkan sy tidak lafazkan begitu. Saya telah cakap’ dia ni gila la, tak bole la’ dan niat saya bukanlah nak cerai. Jadi bagaimana saya nak buat pembelaan sebegini kerana sikap abangnya jugak yg suke memasuki campur urusan rumah tangga saya.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      Oleh kerana lafaz yang dikatakan telah dibuat bukanlah lafaz soreh tetapi adalah lafaz kinayah, Encik boleh nafikan pernah buat lafaz sedemikian, dan nafikan ada niat cerai.
      Mahkamah akan suruh Encik bersumpah.
      Selepas bersumpah, kes akan dibuang. Tiada cerai akan jatuh.
      Melainkan isteri failkan pula cerai secara fasakh atau taklik.

      Wallahua’lam.

  204. ManAli

    Reply

    As salam,
    saya telah melafazkan “i ceraikan u” keatas isteri saya dan 3 jam kemudian saya telah melafazkan “i rujuk u kembali” dan lafaz rujuk tersebut di persetujui kedua2 pihak
    1) adakah lafaz rujuk saya sah dan perkahwinan masih sah di sisi agama?
    2) adakah saya masih perlu pergi ke mahkamah shariah dan menfailkan cerai dan rujuk semula?
    Adakah memadai hanya dengan lafaz rujuk tersenut dan tidak perlu ke mahkamah shariah utk pemfsilan?

    Harap bantuan dari pihak tuan

    • admin

      Reply

      Kebiasaannya lafaz secara jelas begini adalah sah, namun penentuan sebegini hanya boleh dimuktamadkan oleh seorang Hakim yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.

      Encik perlu ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan lafaz cerai bersekali dengan pengesahan lafaz rujuk. Hal ini sangat penting kerana Encik perlu ada rekod bertulis berkenaan sudah kali keberapa isteri diceraikan dan dirujuk semula. Sekiranya berlaku lagi perceraian di masa akan datang, Mahkamah akan merekodkan perceraian seterusnya sebagai perceraian kali kedua dan begitulah seterusnya (jika berlaku).

      Adalah merupakan satu kesalahan untuk Encik tidak bercerai dan rujuk melalui proses Mahkamah. Oleh yang demikian, saya nasihatkan agar teruslah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Rendah Syariah terdekat sekalipun Encik sudah rujuk kembali.

  205. hamba Allah

    Reply

    salam.. sekiranya lafaz soreh itu tidak jelas samaada dilafaz atau tidak akibat penyakit was-was adakah dikira jatuh.. kawan saya ni mempunyai penyakit was-was dan lafaz itu dilafaz besendirian. bila ditanye kembali die tak pasti suara keluar atau tidak.
    2. adalah jatuh sekiranya beliau cube untuk mengingati lafaz tersebut tetapi terlafaz bersendirian dengan niat untuk menafikan lafaz tersebut dan menerangkan pada diri yang itu contoh..
    adakah jatuh dengan situasi begitu beliau sekarang dalam keadaan takut dan selalu bercakap bersendirian dalam hati dan mengulangi lafaz tersebut dalam hati

    • admin

      Reply

      Sebaiknya Encik nasihatkan kawan Encik untuk merujuk perkara ini kepada Pejabat Agama Islam terdekat untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai agama islam yang terlatih.

      Namun sekiranya kawan Encik ingat secara jelas akan perkataan yang disebut serta tarikh dan masa lafaz itu dibuat, cuma hanya tidak pasti samaada ia jatuh atau tidak, maka rujuklah perkara ini ke Mahkamah. Dalam prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah, pihak-pihak mestilah ingat butiran berkenaan tarikh, masa, cara lafaz dibuat dan perkataan yang diucapkan. Jika mana-mana satu dari perkara ini tidak diketahui atau tidak pasti, maka boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam sahaja.

  206. minah

    Reply

    salam. suami sy ckp pd 4 org bdk berumur 14 tahun “aku dah ceraikan bini aku” tnpa pengetahuan sy dan tidak membuat pengesahan dmahkamah. adakah budak2 ni boley jadi saksi untuk kes penceraian sy?

    • admin

      Reply

      Salam.

      Budak yang sudah baligh atau mumayyiz boleh menjadi saksi di Mahkamah. Failkan sahaja permohonan pengesahan cerai luar Mahkamah, dan hanya jika suami enggan mengakui ada membuat lafaz tersebut, barulah panggil saksi-saksi yang berkenaan untuk memberikan keterangan.

      • IZZ

        Reply

        ASSALAMUALAIKUM ADMIN SY INGIN BERTANYA ISTERI SY KELUAR DARI RUMAH PADA SEPTEMBER 2016 SAMPAI SEKARANG SY TAK DENGAR KHABAR BERITA SAYA INGIN TAHU APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN … ISTERI SAYA KELUAR RUMAH DAN DIA DIHARAMKAN OLEH MAK DIA UNTUK KEMBALI KEPADA SAYA MALAH MAK NYA SEMBUNYIKAN ISTERI SAYA SAYA MEMPUNYAI DUA CAHAYA MATA DUA² SAYA YANG JAGA SORANG UMUR SATU TAHUN SORANG LAGI UMUR 3 TAHUN 4BULAN

        • admin

          Reply

          Waalaikumussalam. Encik boleh failkan nusyuz atau tuntutan kembali taat terhadap isteri, jika tidak tahu alamat isteri, gunakan alamat kampung halaman beliau atau alamat ibu mertua dan serahkan dokumen mahkamah di situ selepas kes difailkan.

  207. Hayati

    Reply

    Assalamualaikum tuan
    Semasa bergaduh dengan suami. Suami dengan marah berkata ‘pergi balik rumah mak kau!’

    Adakah jatuh talak atau bagaimana?

    • admin

      Reply

      Puan perlu tanya suami berkenaan niat dia semasa melafazkan perkataan tersebut. sekiranya suami ada niat cerai sekalipun dalam keadaan marah, maka failkanlah permohonan pengesahan lafaz cerai dengan segera bagi mengesahkan status puan dan suami. Jika talaq jatuh, maka puan dan suami boleh terus rujuk semula. Tetapi status puan perlu diselesaikan di Mahkamah.

      • Suami Buntu

        Reply

        Salam, Admin.

        Saya telah ucapkan “kalau you share lagi masalah rumahtangga kita dengan lelaki bukan mahram, maka.. jatuhlah.”

        Dan kemudiannya saya baru tahu, isteri saya memang ada berkongsi masalah kami dengan lelaki ajnabi selepas lafaz tersebut.

        Niat saya memang jelas untuk menceraikan, walaupun tak sebut “talak” atau “cerai”. Adakah dikira jatuh?

        Dan jika jatuh, apa proses seterusnya?
        Dan perlukah saya keluar dari rumah sementara menunggu proses itu selesai?

        • admin

          Reply

          Jika encik memang niat cerai, lafaz itu boleh jatuh talaq. Encik tidak perlu keluar rumah jika mahu rujuk isteri. Boleh buat pengesahan rujuk bersekali dengan pengesahan cerai tersebut. Tetapi jika tidak mahu rujuk, encik dan isteri masih boleh duduk serumah sepanjang tempoh iddah, dan encik masih wajib tanggung isteri sepanjang tempoh iddah yang dikira dari tarikh lafaz dibuat, melainkan encik nak ambil tindakan nusyuz dan jika dapat sabitan nusyuz barulah tidak wajib bayar nafkah isteri, nafkah iddah dan mutaah.

      • que

        Reply

        salam admin.. nk tanya jatuh talak aau tidak jika suami cakap dekat mak suami mungkin dye nk cerai kot.. cerai je lah tanpa ada isteri di situ.. adakah jatuh talak.. hanya suami dan mak suami sahaja

        • admin

          Reply

          Salam, pada pandangan saya, lafaz yang diucap oleh suami itu adalah berbentuk kinayah yang mana, perlu diketahui niat suami semasa melafazkan ayat tersebut (sama ada berniat untuk cerai atau tidak). Walaupun lafaz tersebut diucapkan tanpa pengetahuan isteri, talak masih boleh jatuh sekiranya suami berniat untuk cerai. Maka, saya nasihatkan suami/isteri untuk failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk hakim siasat fakta kes dan niat suami untuk mengesahkan jatuh talak atau tidak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *