Messrs Kin & Co

Suite 2.6, L-2-1, Block L, Plaza Damas (above Hartamas Shopping Center)

No. 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: (+6)03- 7494 6137 or click WhatsApp Link: https://wa.link/gnrupa

Email: info@kincolaw.com

Website: www.kincolaw.com

Comments (104)

  1. Xxxx

    Reply

    Asslmmu’alaikum.. saya nak minta pendapat Puan. Sy seorang pnjawat awam, anak 4. Suami sy bdn beruniform.

    Begini, sebelum ni suami saya ok je bab nafkah. Sehinggalah 2thun lepas, tiba2 dia bagi saya 400-1000 sj sebulan.

    Kemudian, 2tahun lapas start dia kurangkan nafkah yg sebelum ni 3000 sebulan untuk perbelanjaan dapur n ank2,cuma diberi 400-1000. Alasan dia gaji dia kne potong, sikit. Padahal pangkat makin naik.

    Sy terpaksa cover perblnjaan smpi terpaksa gadai brg kemas, sebab tadika ank sj dah 1600. Belum lain2 keperluan, makan minum kos lain2. Sehinggalah bulan november, sy tgk slip gj dia, dia ada buat potongan untuk ibu ayah dia dalam ribu juga. Sy tergamam speechless. Sy smpi gadaikan barang kemas sy, berhentikan medical card sebab xcukup nk byr.

    Sy persoalkan pada suami, suami ttp dgn pendirian. Sdgkan mak ayah dia berkemamouan, ada tanah, kadang, kebun, usaha lada hitam, beras huma, sy n anak2 yg tersekat makan minum. Bila minta dia strukturkan gj, sia xnk.

    Setelah 2 tahun, gaji sepatutnya makin besar, tp tidak bagi dia. Dia cover perbelanjaan dgn kad kredit. Kesannya kada kredit perlu dibyr stp bulan adalah 1500. Dan skli lg dia ckp, dia xmmpu. Bulan ni, dia xbg langsung apa2 belanja nafkah.

    Dia adalah mualaf. Keluarganya hukan islam. Apa yg boleh sy buat, puan😭

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan respon, berkenaan situasi puan ini, saya nasihatkan puan untuk membuat tuntutan nafkah anak dan juga nafkah isteri di Mahkamah Syariah sebagai jaminan hak nafkah puan dan juga anak-anak untuk mengelakkan suami culas dalam memberi nafkah. Sekiranya ingin dibuat secara harmoni, boleh sahaja membuat satu perjanjian persetujuan, dan endorskan perjanjian tersebut untuk dijadikan sebagai perintah Mahkamah yang perlu dipatuhi oleh suami. Sebagai persediaan, puan boleh juga simpan segala resit perbelanjaan untuk dikemukakan di Mahkamah bagi menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanan adalah melebihi jumlah nafkah yang diberikan oleh suami tersebut. Semoga segala urusan puan dipermudahkan.

  2. XoXo

    Reply

    Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya mengenai situasi saya.
    Suatu petang, saya dan suami bergaduh di dalam kereta.
    Demi mengelakkan pergaduhan menjadi lebih teruk, saya keluar dari kereta utk masuk ke dalam rumah.
    Akan tetapi, semasa saya melangkah kaki keluar dari kereta, suami mengugut saya dgn berkata, “kalau kau keluar tanpa aku, aku lepaskan kau.”
    Waktu dia ugut sedemikian, sememangnya saya dah kat luar kereta, tetapi saya masuk kembali ke dalam kereta untuk mengambil barang-barang (lepas belanja barang rumah) dan saya pon tinggalkan dia di dalam kereta lalu saya terus masuk ke dalam rumah.
    Setelah bertanya kembali, suami menjelaskan bahawa perkataan keluar yang dia maksudkan adalah keluar rumah tanpa izin dia.
    Jadi persoalan saya, adakah jatuh talak ke atas saya semasa saya keluar dari kereta? Atau akan jatuh talak sekiranya saya keluar rumah tanpa izin suami?
    Mohon penjelasan. Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam, maaf atas kelewatan respon, pada pandangan saya, lafaz yang dibuat suami tersebut adalah bersifat kinayah (tidak jelas) yang memerlukan kepada pengakuan niat suami sama ada berniat cerai atau tidak dan apakah maksud sebenar syarat yang diletakkan tersebut. Maka, saya nasihatkan puan atau suami untuk failkan kes pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah berdekatan dengan kawasan puan/suami bermastautin. Hal ini kerana hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang berautoriti untuk menentukan keesahan lafaz taklik tersebut sama ada sah dan boleh menjatuhkan talak atau tidak. Pengakuan niat suami pula hanya boleh dibuat di hadapan Hakim sahaja dan tidak boleh menggunapakai pengakuan yang dibuat di hadapan orang lain. Mahkamah akan membuat siasatan terperinci dengan mengambil kira keseluruhan fakta kes dan juga lafaz yang tersebut serta akan mengambil kira pengakuan niat suami sendiri semasa lafaz cerai tersebut dibuat.

  3. man

    Reply

    Assamuaikum, istri saya fail kn cerai, dlm tempoh makhmah belum ada surat cerai apakah setatus hubugan kami, adakah suami istri atau sebalik nya, Dalam tempoh makhmah adakah istri saya kena taat lgi printah saya, conth keluar rumah kena minta izim, saya ajak pergi kausling tp dia menafikan.

    • admin

      Reply

      Wassalam, sekiranya masih dalam proses untuk bercerai, maka status pihak-pihak adalah masih suami isteri yang sah selagimana hakim belum membenarkan suami melafazkan talak ke atas isteri.

  4. muhamad

    Reply

    Salam, saya nk cerita kisah saya, istri saya selalu minta saya lepas kn dia, pulang kerja terus minta utuk lepas kn dia hari², emosi saya jadi trganggu, smpai satu tahap isteri fail kn cerai degan alasan suka sama suka, dgn pujuk rayu dia, saya trikut..ada kah alasan ni blh di bangkang oleh saya. makhamah suruh duk brasingan sehingga temph bicara. istri saya hntr rumah kelurga saya, sbb saya duk rumah family dia jadi saya pulang kerluarga saya dan saya bagitahu mak saya, “saya dgn istri tak ada apa² dh” ada kah jatuh..sbb ms ituu saya tidak sedar apa saya ucp kn. Ada kah jatuh talak.

    • admin

      Reply

      Wassalam, pada pandangan saya lafaz yang diucapkan tersebut adalah berbentuk kinayah yang memerlukan kepada penjelasan niat suami semasa mengucapkannya. Sekiranya suami berniat cerai semasa mengucapkannya, maka jatuh talak. Maka, memandangkan encik dan isteri pun sedang dalam proses perceraian di Mahkamah, maka saya nasihatkan untuk encik maklumkan perkara ini kepada Hakim pada tarikh sebutan yang seterusnya untuk siasatan hakim sendiri dalam membuat pensabitan sama ada telah jatuh talak ke atas isteri atau sebaliknya.

  5. me

    Reply

    salam admin
    maaf dari sy, atas coretan yg panjang ni
    sy ada pertanyaan, mana yg lebih sesuai, cerai fast track / fasakh bg masalah sy

    usia perkahwinan kami masuk tahun ke6. dari awal perkahwinan kami pjj sehingga lah sampai satu masa suami menyepi tanpa khabar berita hampir 2tahun. dalam tempoh tersebut sy dan anak² survive sendiri dengan bantuan family sy sama tanpa nafkah, direct dari suami. mentua ada bagi duit pd anak² bila sy ada ke rumah sana. cuma sy tak pasti duit tu datangnya dari suami atau dari mentua sendiri. sebabnya dalam tempoh menyepi tersebut, suami xda berhubung dgn sy, cuma berhubung dgn family dia sendiri saja.

    kemudian suami muncul semula, suami cerita itu ini, memikirkan anak², sy dan keluarga setuju untuk bagi peluang kedua pd suami. pada awal 2bulan pertama, semuanya okay. perhatian, nafkah ada diberi. kami masih pjj jugak pd waktu ini. jumpa pd hujung minggu di rumah sewanya. masuk bulan ke3, menyepi semula mungkin dalam 4bulan macam tu, tak selalu berhubung dan tiada nafkah dan sy kembali survive sendiri seperti mana tahun sebelum ni

    sebulan dua selepas tu, atas masalah² yg menimpa, suami buat keputusan untuk kembali tinggal dengan family nya dan mula kerja di tempat yg baru. pd masa ni, family belah sy mmg berat hati nk bg sy utk perbaiki hubungan semula. pd waktu ni, family dan sy ada suarakan supaya suami dapat lepaskan sy secara baik. kami ada bercerita tentang ini. seandainya perceraian terjadi, fokus kami adalah saling menjaga kebajikan anak². walaubagaimanapun, kami terutamanya family sy tetap terima suami walaupun bukan sepenuh hati seperti mana sebelum ni. kami masih tidak tinggal bersama pada waktu ini, jumpa dan bermalam di rumah familynya pd hujung minggu.

    pd awalnya, semua orang nampaklah perubahan suami , nampak effort nk singgah jumpa anak² lepas balik, ada sediakan brg makan anak² even kami x bermalam bersama pd hari biasa. sy percaya yg family belah sy cuma nak tgk effort itu saja. lain jadinya bila masuk bulan ke3. suami takda bersuara tentang hal gaji, bila ditanya akan diberi nanti. sy bergantung sepenuhnya pd duit bantuan dapur dr kerajaan selangor dan bantuan family sy sama.

    sehingga lah 2bulan selepas tu, iaitu jan thn ni, suami suarakan utk kerja di tempat yg baru, dengan gaji yg lebih ok. kerana katanya, kerja sebelum tu, gaji sangkut. sy pun xpasti mana yg betul sbb ada ayatnya mengatakan xdpt beri nafkah sbb byk kena potong setiap kali gaji. suami hanya update gaji pd sy pd awal 2bulan kerja saja. slps tu hanya diamkan diri sehingga sy da malas nk tanya lagi. dia ada beritahu akan sediakan nafkah semula dan sy masih menanti sehingga arini utk tengok sama ada suami akan kotakan apa yg dikatakan sebelum ini

    dalam masa yg sama, sy sendiri sudah memikirkan dari bulan 12 thn lepas utk suarakan tentang hal penceraian semula padanya disebabkan sy penat menahan beban mental lagi² perkara yg sama berlaku berulang kali. menyepi, muncul semula, tunjuk effort kemudian tak lama lepas tu, bermasalah semula. sehinggakan misi dan doc di klinik kesihatan boleh detect sy sedang menanggung beban yg besar ,dan dinasihatkan utk buat temujanji dengan pakar psikiatri,mereka melihat sy ada simptom mild depression selama dalam tempoh perkahwinan ni

    family sy mahukan sy tuntut fasakh atas sebab suami x bertanggungjawab, dan berkaitan dengan nafkah sama. dalam masa yg sama, family saya lihat yg suami tidak lagi menjengah anak walaupun sekejap. dalam kata lebih mudah, kalau sy xdpt ke sana pd hujung minggu atas sebab kesihatan, dia juga xdtg ke sini even singgah sekejap lepas blk dari keje seperti mana effort dia pernah tunjuk awal dulu. sy sendiri memahami yg suami jgk tak sihat pd hujung minggu, cumanya ada sikit terkilan, suami xsinggah kejap tgk anak² walaupun dia sampai rumah awal lps blk dr keje.

    sy dlm dilema. sama ada perlu tuntut fasakh atau cerai fast track. sebolehnya sy mahukan fast track kalau adanya persetujuan selesai dengan cara yg baik dgn suami.

    pd pendapat admin utk mslh sy ni, apa jalan terbaik yg sepatutnya sy lakukan?

    terima kasih. mohon maaf tak terhingga atas coretan yg terlalu panjang tadi

    • admin

      Reply

      Wassalam puan, saya bersimpati dengan kisah puan ini. Pada pandangan saya, puan boleh sahaja teruskan dengan tuntutan perceraian walaupun suami tidak bersetuju. Hal ini kerana tuntutan perceraian ini tidak memerlukan prosiding perbicaraan di hadapan hakim, hanya melibatkan proses perdamaian, dan sekiranya perdamaian gagal dicapai dan suami masih enggan untuk melafazkan talak, hakam panel di mahkamah yang akan menentukan sama ada wajar talak dijatuhkan, dengan melihat kepada punca syiqaq (pecah belah) yang berlaku dalam perkahwinan pihak-pihak adalah berpunca daripada suami atau isteri. Sekiranya berpunca dari suami, maka hakam panel akan menjatuhkan talak bagi pihak suami atau sekiranya berpunca daripada isteri, maka perceraian akan dibuat secara khulu’ (tebus talak). Perbezaaan tuntutan perceraian biasa dengan fast track ialah ia tidak dapat diselesaikan dalam masa sehari. Namun, prosesnya lebih mudah dan tidak rumit berbanding tuntutan fasakh yang mana ia memerlukan kepada perbicaraan, perlu kemukakan keterangan, bukti, saksi dan sebagainya.

      Namun terdapat juga alternatif lain, sekiranya puan hanya ingin menuntut nafkah daripada suami dan tidak mahu teruskan dengan perceraian, maka puan boleh teruskan dengan tuntutan nafkah isteri dan anak/ nafkah tertunggak terhadap suami di mahkamah syariah. Semoga puan dikurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

  6. nurin

    Reply

    bolehke kalau ibu kandung mahu mengambil anak kandung dari ayah yg mempunyai hak penjagaan anaknya yg berumur 16tahun ?

    • admin

      Reply

      Assalamualaikum, ibu kandung tersebut mempunyai hak untuk membuat tuntutan ubah perintah hak jagaan bagi anak tersebut dan memohon untuk hak jagaan penuh anak tersebut diberikan kepada ibu kandung. Namun, ibu perlu mendatangkan bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong tuntutan tersebut dan mengambil kira juga alasan mengapa hak jagaan terkini diberikan kepada bapa bagi mendatangkan alasan mengapa ibu mempunyai kelayakan dan kapasiti unutk mendapat hak jagaan tersebut sekarang. Dalam kata lain, selagimana ada perintah mahkamah yang mengisytiharkan bapa sebagai penjaga sah anak tersebut, ibu kandung tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar perintah tersebut kecuali melalui suatu perintah lain yang dibenarkan oleh mahkamah.

  7. shasya

    Reply

    puan , cerai taklik masih bole duduk bersama ke sementara tunggu naik mahkamah ?

    • admin

      Reply

      Salam puan, pada pandangan saya boleh duduk bersama namun adalah lebih baik untuk tinggal berasingan sehingga kes telah diputuskan.

  8. Me

    Reply

    Assalamualaikum puan,
    Apakah suami mempunyai hak ke atas harta yang dibeli isteri dan dibayar isteri setelah mereka bercerai? Contoh rumah yang dibeli atas usaha isteri dan dibayar sendiri oleh isteri?

    • admin

      Reply

      Salam. Setiap harta sama ada dibeli sebelum atau selepas berkahwin dan ada sumbangan daripada suami/isteri dalam memajukan harta tersebut, maka ianya merupakan suatu harta sepencarian yang boleh dituntut haknya oleh kedua-dua pihak. Kadar peratusan bahagian suami/isteri bergantung kepada takat pembuktian sumbangan pihak-pihak untuk harta tersebut. Sumbangan di sini boleh jadi sumbangan langsung(melibatkan bayaran) atau sumbangan tidak langsung(melibatkan tanggungjawab yang dijalankan oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan). Sekirannya suami pernah membuat apa-apa bayaran meskipun dalam jumlah yang kecil ataupun suami mempunyai sumbangan tidak langsung berkenaan harta tersebut, suami tersebut juga mempunyai hak ke atas harta tersebut.

      • Me

        Reply

        Alhamdullillah.. Terima kasih puan atas penerangan… Semoga dipermudahkan segala urusan puan disaat yang mencabar ini.. Aminn

  9. ain

    Reply

    Assalamualaikum admin, saya nak tanya 1 soalan, sta pernah bercerai, dan peneceraian telah saah, tetapi dalm tempoh eddah saya dan pasangan rujuk semula, sijil perkahwinan dah terbatal, dimana saya nk dapatkan semula sijil perkahwinan yg original dalam tempoh pkp ni

    Terima kasih

    • admin

      Reply

      Salam. Sekiranya puan dan suami telah rujuk, puan perlu failkan kes pengesahan rujuk terlebih dahulu. Kemudian, puan daftarkan rujuk puan di pejabat agama dengan melampirkan perintah rujuk mahkamah tersebut, pejabat agama kemudiannya akan mengeluarkan sijil rujuk. Sijil nikah original tidak lagi dipakai kerana telah dibatalkan setelah berlakunya perceraian.

  10. Zila

    Reply

    Askum.. sy ada mslh berkenaan dgn rumahtangga.. boleh x sy dptkn penulis utk menghubungi sy …. Pls

    • admin

      Reply

      Salam. Puan boleh hubungi kami di talian 010-3520090. Semoga urusan puan dipermudahkan.

  11. Mohd ruzaidi

    Reply

    Salam puan..mcm mn proses perceraian sbb isteri tidak hadir.

  12. Reply

    Assalamualaikum, sy ingin bertanya jika isteri keluar rumah membawa anak lari, di sebab hasutan dr keluarga, dan tidak beri sy berjumpa dgn anak, dengan keluarga isteri sy membuat laporan polis dengan buat rekaan mengatakan anak trauma untuk berjumpa sy sebagai bapa,. Dan dalam diam isteri menukarkan sekolah tanpa pengetahuan sy,. Alasan utk tukar sekolah yg di buat mengatakan suda bercerai, yg masih blom lagi bercerai,

    • admin

      Reply

      Salam encik. Berkenaan situasi encik, encik boleh failkan kes hak jagaan anak di mahkamah. Samada encik boleh tuntut untuk menjadi penjaga sah anak tersebut(sekiranya encik fikirkan ibu sudah tidak layak menjadi penjaga anak tersebut) atau encik boleh tuntut untuk dapatkan hak melawat dan bermalam bersama anak tersebut kerana hak encik bersama ank tidak boleh dinafikan tanpa sebarang sebab munasabah.

  13. Anonymous

    Reply

    Assalamualaikum..saya nak tanya. Saya ada meminta suami ceraikan saya talak 3 melalui whatsapp. Dan suami hanya mengatakan yang dia akan menurut permintaan saya itu. Adakah telah jatuh talak 3..apa yang perlu saya buat memandang ketika itu saya dalam keadaan haid.

    • admin

      Reply

      Salam. Hukum menceraikan isteri ketika haid adalah haram namun talak tetap sah. Disebabkan telah berlakunya lafaz di luar mahkamah, puan atau suami hendkalah memfailkan kes pengesahan lafaz cerai dengan segra di mahkamah yang berbidangkuasa untuk menentukan talak tersebut sabit atau tidak termasuklah jumlah talak yang jatuh sekiranya sabit cerai.

  14. Mohd Azhar Bin Awang

    Reply

    Salam
    Saya telah melalui proses penceraiai dgn bekas isteri di mahkamah rendah syariah. Dalam surat perintah bekas isteri telah bersetuju menyerahkan sebidang tanah kepada saya.
    Setelah surat perintah dikeluarkan, saya membawa surat perintah tersebut ke pejabat tanah daerah untuk didaftarkan dan diambil tindakan selanjutnya oleh pejabat tanah. Malangnya pejabat tanah daerah menyatakan mereka hanya menerima surat perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah tinggi syariah.
    Apakah yg perlu saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini

    • admin

      Reply

      Salam encik. Untuk siatuasi encik, encik boleh failkan kes harta sepencarian ataupun hibah yang menyatakan isteri bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada encik. Lampirkan sekali perjanjian yang telah dipersetujui tersebut.

  15. MAS

    Reply

    Assalamualaikum. Saya ada persoalan berkenaan dengan surat cerai. Bekas suami telah melafazkan talak 1 dan tempoh iddah pun sudah tamat, dan sudah hampir 3 tahun. Tetapi surat cerai bekas suami masih tidak lagi tandatangan. Apabila diminta untuk tandatangan surat tersebut, bekas suami enggan untuk beri kerjasama. Jadi, apakah ada tindakan undang-undang bagi kes sebegini atau ada jalan lain untuk selesaikan masalah ini? Terima kasih.

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan masa dan kerja. Apa yang dimaksudkan dengan surat cerai? Saman untuk kes ceraikah? Sekiranya suami telah lafazkan cerai, boleh failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Meskipun suami tidak mahu memberi kerjasama, mahkamah akan mendengar kes tersebut step by step mengikut prosedur mahkamah dan boleh diselesaikan tanpa kehadiran suami.

  16. zue

    Reply

    salam saya hendak bertanya sy bergaduh dengan suami didalam whatapp ..sy ada kata pada suami ..betul2 ke nak saya ni tak ada dlm hidup awak..sy redha klu jadi apa2 lepasni..lepastu dy jawap kau mintak betul aku bagi yang tu ja dia taip..adakah jatuh talak ke atas sya..sy tya dia byk awak niat dlm hati ke..dy diam lpastu dy layan sy ok jer macam tiada apa2 berlaku

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Sekiranya puan masih belum membuat apa-apa tinakan, saya nasihatkan agar puan failkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang berbidangkuasa secepatnya. Kerana ianya akan melibatkan banyak isu sekiranya ditangguhkan seperti status pernikahan, status anak, dll. Fakta sebenar sebelum lafaz tersebut berlaku perlu disiasat oleh hakim untuk menentusahkan lafaz tersebut sah atau tidak.

  17. faezah

    Reply

    Assalamuakum puan,
    Saya telah meninggalkan rumah selama lebih setahun kerana saya ingin memohon cerai dari suami saya. dalam tempoh setahun ini kami tidak berhubung antara satu sama lain. sekiranya saya memohon cerai adakah cerai taklik terpakai untuk saya.
    mohon pencerahan

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawba kerana kekangan masa dan kerja. Sekiranya puan masih mempunyai masalah yang sama, saya nasihatkan untuk puan faikan kes permohonan cerai biasa sahaja untuk lebih mudah.

  18. Nizahani

    Reply

    Saya ingin bertanya apakah hak sebagai isteri kedua ke atas harta peninggalan suami.. Sekiranya harta2 tersebut adalah dikira harta sepencarian bersama isteri pertama adakah isteri kedua mempunyai hak ke atas harta tersebut? Selain dari itu peninggalan seperti epf.. Pencen.. Atau wang simpanan suami adakah isteri kedua mempunyai hak atau bolehkah dituntut?
    Sekiranya isteri kedua langsung tidak mempunyai hak atas semua di atas apakah yg patut dilakukan sebagai isteri kedua untuk membela nasib diri dan anaknya. Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan masa dan kerja. Setelah berlakunya perkahwinan, setiap pihak ada hak masing-masing. Begitu juga isteri, tidak kira isteri keberapa. Isteri boleh menuntut harta sepencarian sekiranya isteri ada memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Harta-harta suami juga ada bahagian untuk isteri dan tidak boleh dinafikan hak tersebut. Puan boleh failkan kes harta sepencarian dan faraid di mahkamah yang berbidangkuasa.

  19. Nizahani

    Reply

    Saya ingin bertanya apakah hak sebagai isteri kedua ke atas harga peninggalan suami.. Sekiranya harta2 tersebut adalah dikira harta sepencarian bersama isteri pertama adakah isteri kedua mempunyai hak ke atas harta tersebut? Selain dari itu peninggalan seperti epf.. Pencen.. Atau wang simpanan suami adakah isteri kedua mempunyai hak atau bolehkah dituntut?
    Sekiranya isteri kedua langsung tidak mempunyai hak atas semua di atas apakah yg patut dilakukan sebagai isteri kedua untuk membela nasib diri dan anaknya. Mohon pencerahan.

    • admin

      Reply

      Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Isteri kedua juga berhak puan. Sekiranya ada sumbangan langsung atau tidak langsung puan dalam harta tersebut, puan boleh failkan harta sepencarian. Selain harta sepencarian, puan juga mempunyai bahagian sebagai isteri si mati dalam harta-harta peninggalannya. Boleh failkan faraid untuk tentukan siapakah waris yang layak dan berapa bahagian setiap waris tersebut untuk dibahagikan semasa pembahagian harta pusaka.

  20. Zyi

    Reply

    Assalamualaikum Puan,

    Apa ang saya harus lakukan jika suami telah melafazkan cerai di luar mahkamah… Belum sempat membuat pengesahan Suami sudah meninggal dunia. Bagaimana prosedur seterusnya yangboleh saya ambil.. bagaimana Hakim akan melihat keadaan saya ini. Bedasarkan akuan saya seorang atau bersama saksi2 (jika ada)? MOhon pencerahan Puan.. Terima Kasih

    • admin

      Reply

      Salam puan. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Puan boleh memfailkan kes pengesahan cerai tersebut meskipun suami telah meninggal dunia. Hakim akan memohon puan kemukakan saksi. Sekiranya tiada saksi sekalipun, Hakim masih boleh menerima keterangan puan dengan syarat puan mengangkat sumpah berkata benar atas keterangan yang puan kemukakan.

  21. pelam

    Reply

    hai

    adakah Tuan boleh mengendalikan kes jenayah? bagaimana utk hubungi Tuan sekiranya blh?

    • admin

      Reply

      Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Tuan/Puan boleh hubungi kami di talian 010-3520090. Terima kasih

  22. Arissa

    Reply

    Assalammu’alaikum..saya nak bertanya tentang kadar nafkah anak selepas bercerai. Berapakah nilai nafkah yg patut bekas suami beri sebagai nafkah ank? Gaji bekas suami sebelum kami bercerai sebanyak rm2300.. Saya bekerja tapi gaji kurang dari dia..jadi saya mngalami kesulitan kewangan utk membayar upah pengasuh,sewa rumah lepas bercerai n keperluan anak saya..anak saya ketika ini baru berumur setahun lebih..

    • admin

      Reply

      Salam puan. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja dan masa. Berdasarkan cadangan taksiran nafkah mahkamah, utk gaji RM2000, seorang anak – RM460, dua orang anak – RM660, tiga org anak – RM800, 4 dan ke atas -Rm1060. tetapi ini sekadar garis panduan sahaja, Hakim tidak terikat kepada cadangan ini. Ianya bergantung semasa perbicaraan, bagaimana Plaintif membuktikan perbelanjaan anak untuk sebulan, dan bagaimana bapa membuktikan kemampuan dan komitmen beliau.

  23. Reply

    Akum puan.saya Azeri dari Kota bharu. Saya ada satu masalah.ceritanya begini. Isteri saya selalu minta cerai apabila kami bergaduh.selalunya prtelingkahan kami berakhir dgn saya yang menang dan isteri mengaku kesalahan dia dan meminta maaf.saya sentiasa memaafkan kesalahan yg dia lakukan dan akan berpesan tlg jangan buat lagi.walaupun begitu ia tetap ulang kesalahan yang sama dan berulang
    ulang Kali.contohnya saya sentiasa pesan kalau nk keluar rumah bagitau saya dahulu.saya izinkan cuma bagitau je sbb saya suami..bsrnya dosa seorang isteri nusyuz pd suami.dia paham, nyesal dan minta maaf.tp sbulan dua lepas tu dia buat balik.kadang2 berbulan2 saya pendam nak tengok samada dia sedar ke tak yang dia kesana kemari tanpa bagitau saya.pagi saya keluar kerja biasanya petang atau malam baru saya balik. Bila saya balik tu lah saya dpt tau.kdg2 dia sndiri yg bagitau, kdg2 sy yang tanya.contohnya mainan anak tu sape yg bagi..so dia cakaplah yg dia pegi beli pasaraya siang td..mcm2 lagi lah hingga prkahwinan kami cecah enam tahun dengan dua ank.nk jadikan cerita baru2 ni kami petang besar sbb mcm yg saya cerita kat atas tu lah.brkali-kali dia minta saya lpskan dia sbb xtahan dgn saya yang selalu marahkan dia..tengking2 dia..mls nk layan dia duk teriak minta ceraikan dia Lalu saya capai kunci kerata sambil ajak anak keluar..tiba2 isteri saya meluru kearah saya sambil mghunus sebilah pisau potong sayur sambil brteriak kuat..awak ceraikan saya dulu sblm nk keluar..kalau tak saya tikam awak hari ni sambil acukan pisau kearah saya makin dekat..saya warning dia jgn buat gtu takut trkena ank yang brdiri disebelah saya.dia tetap brkeras sambil brteriak ceraikan dia dulu kalu xnak kena tikam..akhirnya saya pn “” dah awak nak sangat saya ceraikan awak, okey sekarng saya ceraikan awak!! “” Puas hati?? Dia pn Mula cool dan saya pun keluar brsama ank..solan saya jatuhkah talak yg saya lafazkan tu keatas isteri saya? Kerana lafaz saya tu akibat dari situasi dipaksa@ diugut. Sekian and harap puan dpt ulas sikit.

    • admin

      Reply

      Salam Encik. Maaf ye atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja dan masa. Sekiranya masalah encik ini sudah selesai, alhamdulillah. Namun, sekiranya belum selesai dan belum pernah dibawa ke mahkamah, encik perlu memfailkan kes pengesahan lafaz cerai dengan segera. Mengikut keadaan encik, pada pendapat saya, ada elemen paksaan di situ. elemen paksaan adalah apabila ianya boleh mengancam nyawa sekiranya encik tidak melakukan seperti yang diminta. Jadi, sekiranya terdapat elemen paksaan, talak tidak jatuh, namun dalam apa jua keadaan sekalipun, memandangkan sudah berlakunya lafaz cerai luar mahkamah, encik hendaklah membuat pengesahan di mahkamah untuk hakim membuat siasatan tentang fakta yang sebenar sebelum, semasa, dan selepas lafaz tersebut dilafazkan.

  24. aida

    Reply

    assalam and hi, im a mother of 5 and working mother, which is now is my second marriage.
    I’m having an issue which husband keep having affair with other people wife, been caught so many times and i have all the proof which i kept and recently again the same horny & loveable chats with other woman.
    Nafkah zahir & batin has not been given, even nafkah for kids on my shoulder as well..im the breadwinner.
    Therefore should i confront with him straight or just keep quite in the same time file it for divorcing, my intention was want to divorce with a good way as i want my right full care on my kids which is ( 5 years & 2 1/2 years old), in the same time i don’t want my kids to lost their father love’s to his kids.
    Please advise me.

    • admin

      Reply

      Salam. Hi, so sorry for the super late reply due to the workload. If you’re still facing the same problem, you can contact us at 010-3520090. Thanks.

  25. Farah

    Reply

    saya akan berkahwin hujung tahun ini dengan seorang duda. atas nasihat kawan, saya cuba menyemak status bakal suami di esyariah.gov mengenai status nya (duda / masih berkahwin) memandangkan kami pjj (saya menyambung pelajaran di luar negara). hasil semakan esyariah, status beliau ialah “permohonan selesai” bukannya “persetujuan bersama”. adakah bermaksud bakal suami saya masih beristeri dan dalam masih dlm proses penceraian? saya buntu

    • admin

      Reply

      Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Status “permohonan selesai” bermaksud kes yang telah difailkan telah selesai diputuskan. Persetujuan bersama adalah istilah yang digunakan dalam perintah mahkamah sekiranya kes tersebut diselesaikan melalui suatu perjanjian persetujuan/penyelesaian antara plaintif dan defendan.

  26. Muhammad

    Reply

    Assalam,

    Saya nak tanya, kata “pergi” itu lafaz soreh atau kinayah. tq

    • admin

      Reply

      Salam. Maaf atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Pendapat saya, pergi termasuk dalam kategori kinayah. Antara perkataan yang soreh ialah cerai, talak, lepas.

  27. Sams

    Reply

    Assalamualaikum
    Puan,sy mahu bertanya..semasa brgaduh,si suami mengatakan ‘awk keluar,sy cerai’.soalan sy adakah sudah jatuh talak terhadap si isteri? Kerana selepas pergaduhan trsebt si isteri keluar dri rmah tpi hnya brada d pntu pgar rmah.Selepas reda dri prgduhan trsbut,si suaminya brkta mksud ‘keluar’ trsbut apabla si isteri blik ke rmah ibunya kerana pda awl prgduhan mmg si isteri ingin plg ke rmah ibunya.

    • admin

      Reply

      Salam puan. Maaf ye atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Untuk lafaz kinayah, perlu kepada pengesahan niat suami berkenaan maksud sebenar lafaz tersebut. Pendapat saya, talak tidak jatuh kerana maksud suami tersebut adalah pulang ke rumah ibu.

  28. Nurul

    Reply

    Assalammualaikum…

    suami saya pernah lafazkan lafaz kinayah pada saya sebanyak 3 kali

    ” Aku ceraikan kau baru kau tahu”
    “Aku ceraikan kau nak”
    ” Balik lah rumah Makbapak Kau kalau Hidup dgn aku myusahkan kau”

    masa dan waktu yang berbeza

    soalan saya
    1) Adakah Jatuh talak? walaupun lafaz kinayah?
    2) kalau tak ada niat, kenapa nak lafaz sebanyak 3 kali ?
    3) saya pernah tnya suami niat dia, tapi dia tak kata, dia tak niat, tapi saya was2 dgn niatnya
    4) boleh ke saya satu rumah dengannya?
    5) perlu ke saya lantik peguam untuk kes saya ni?

    • admin

      Reply

      Salam puan. Maaf ye atas kelewatan menjawab kerana kekangan kerja. Sekiranya masalah puan tersebut telah selesai, alhamdulillah. Namun sekiranya masih belum terjawab, pendapat saya talak tidak jatuh kerana dari segi ayat tersbut terdapat perkataan yang terikat dengan masa (cth;nak,kalau). lafaz kinayah perlukan kepada niat suami untuk menentukan talak jatuh atau tidak.

  29. Afifah

    Reply

    Salam,

    Saya nak bertanya. Sekiranya cerai terjadi disebabkan si isteri berlaku curang and tidak tunduk pada suami. Bolehkah si suami mendapat hak penjagaan anak sekiranya terdapat bukti whatsapp? Ini kerana si suami tidak mahu anak terpengaruh dengan sifat si isteri yang terlalu sosial.

    • admin

      Reply

      Salam,

      Perbuatan curang perlulah dibuktikan berlaku secara “keterlaluan dan terbuka”. Sekiranya curang itu tidak sampai tahap keterlaluan dan tidak dibuat secara terbuka, hak isteri sebagai ibu tidak terjejas.

      Tetapi bukan seksyen berkenaan hilang kelayakan itu sahaja yang menjadi pertimbangan. Banyak faktor lain terutama berkenaan kebajikan anak yg perlu diberi perhatian dan menjadi pertimbangan utama.

      Encik boleh mohon, tetapi mahkamah akan lihat semua aspek yg relevan, termasuklah pilihan anak, jika anak sudah boleh memilih.

  30. ANA

    Reply

    Salam puan, saya seorang ibu yang bekerja dan mempunya seorang anak 2 tahun, sya ingin nasihat daripada puan mengenai masalah umahtangga yang saya hadapi sekarg ni. suami saya seorang yang baran. bila mood dia tidak baik, perkara kecil pun dia bole menjadi pergadohan yang besar. yang paling saya sedih, dia marah saya di depan anak saya yang masih kecil . Saya dimaki hamun dan dimalukn di depan orang ramai, dia marah dengan suara yang tinggi menyebabkan jiran sekeliling dengar. bila suami saya marah ,suami saya tidak akan peduli samaada saya hamil , time dalam pantang, sakit, atau sebgainy. Macm2 suami saya ckp dan tudoh sya dan akan mengungkit suma perkara.Suami saya juga sdah melarang berhubung dengan keluarga saya. saya amat sedih puan. Klau saya ada silap sikit, saya akan d cop kurang ajar dan tidak pena dgr ckp suami. Bila mood dia baik, suami saya mmg baik pada famly kmi. Dalam mood yang baik sya ada nasihatkn dia agar nasihat n tegur sya dengar cara yang baik. suami sya terima time keadaan baik tp bila dtg marah, semuanya dilupakan sampai nak bercerai.Apa yang perlu saya buat puan.

    • admin

      Reply

      Masalah puan ni eloklah dirujuk ke kaunseling keluarga samaada di pejabat agama atau di mana2 tempat kaunseling swasta. Kerana tidak mustahil suami boleh berubah dan insyaAllah selesailah masalah. Di samping itu, mintalah bantuan dengan Allah yang memegang semua hati manusia dan hanya Dia yang mampu mengubah seseorang. Jika tidak jumpa jalan penyelesaian lain dan puan tidak sanggup bersabar lagi, terpulang kepada puan untuk berbincang dengan suami agar melepaskan puan dengan cara baik.

  31. Illy Syafiah

    Reply

    Salam puan,
    Saya ingin bertanya adakah saya (isteri) boleh minta cerai dgn suami kerana suami curang (2 kali – 2005 & 2012) dan nikah dgn perempuan lain tanpa pengetahuan saya. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya suami tidak mahu cerai? Saya dah cuba menerimanya selepas suami janji akan utk putuskan hubungan (curang). Tetapi yg ketiga inilah saya rasa saya dh kecewa dan give up dah. Dah letih badan dan batin.

    • admin

      Reply

      Boleh mohon cerai. Jika suami enggan lafaz, mahkamah akan teruskan kes ke jawatankuasa pendamai. Jika tidak berjaya damai, prosiding diteruskan ke hakam. Hakam yang dilantik mahkamah boleh dibenarkan melafaz cerai bagi pihak suami sekalipun suami enggan lafaz.

  32. Ida

    Reply

    Salam,

    Saya mempunyai masalah rumahtangga dan ingin mendapatkan khidmat nasihat dari pihak puan. Bagaimanakah saya boleh berhubung dengan pihak Puan.

    Terima Kasih

    • admin

      Reply

      Salam,

      Jika nk nasihat percuma secara ringkas, boleh terus tanya di sini atau whatsapp ke 0103520090 (whatsapp sahaja).

      Jika nak lantik khidmat peguam, boleh emel di kin@kincolaw.com atau contact pejabat saya di 0374946137. Terima kasih.

  33. Hamba Allah

    Reply

    assalamualaikum.
    saya nk tnya kalu tanah arwah ayah saya. ibu saya pemegang amanah kepada saya. ibu saya menjual tanah tersebut. bagaimanakah caranya. saya sudah cukup umur.

    • admin

      Reply

      وعليكم السلام ورحمةالله
      Ibu wajib beri bahagian anak dari hasil jualan melainkan hasil jualan digunakan utk selesaikan hutang anak atau keperluan anak contohnya membayar yuran pengajian anak

  34. Izzaty

    Reply

    Assalamualaikum..
    2 minggu lepas,telah terjadi pergaduhan antara sy dan suami..suami telah mengusir sy keluar dr rumah, ayatnya berbunyi “aku lepaskan ko kluar dr rumah mlm”..adakah telah jatuh talak ke atas sy? Sbb keesokkan harinya sy ada buat aduan dgn ustaz jabatan suami bekerja,ustaz telah memanggil suami bertanyakan kejadian tu, suami mengaku dia tiada niat utk ceraikan sy ketika dia mengusir sy mlm tu..adakah perlu sy m’buat permohonan pengesahan lafaz cerai d mahkamah?

    • admin

      Reply

      Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Puan boleh buat pengesahan agar suami menafikan niatnya di bawah sumpah di hadapan Hakim, barulah sabit tidak jatuh talaq jika dia membuat pengakuan sedemikian.

      • Izzaty

        Reply

        Apakah status sy sekarang sehingga pengesahan dibuat?sbb ustaz ada menasihatkan sy supaya tidak membuat sebarang hubungan sehingga pengesahan lafaz cerai itu di sahkan.. Dan jika hakim putuskan bahawa talaq itu sah, tempoh iddah sy dikira dr mlm dia usir sy atau hari ketika hakim sahkan talaq? Harap admin faham soalan sy..terima kasih.

  35. Aini

    Reply

    Assalamualaikum,
    Boleh saya dapatkan email address untuk memohon sedikit penjelasan berkenaan penceraian?

  36. Puan Rose

    Reply

    Salam Tuan/Puan

    2 HARI lepas suami telah melafazkan talak 2 ke atas saya. kami telah pergi ke mahkamah utk buat pengesahan,tapi diberitahu oleh pegawai pendaftar bahawa talak tersebut ialah talak 3 kerana kami pernak rujuk (talak 1) sebelum ini.

    saya amat susah hati kerana sekiranya betul talak 3 saya tidak mahu tinggal serumah dgn pasangan lagi.

    adakah talak bersifat akumulatif. pasangan saya jugak terkejut bila diberitahu tentang talak 3 itu. walaupun perkataan cerai ibarat makanan harian nya.

    Mohon pencerahan dengan segera.

    Terima kasih

  37. MSZ

    Reply

    Bagaimana kalau pihak isteri yang tidak memberi kerjasama untuk ke pejabat agama/mahkamah seperti membuat ugutan bunuh diri? Sedangkan saya sudah terlafaz cerai padanya dan dia sendiri sedar perkara itu. Dia masih tinggal bersama saya tapi tidak mahu pergi ke pejabat agama. Dari pengiraan sendiri, iddah isteri sudahpun tamat tapi saya tahu hanya hakim yang layak mengira, tapi macam mana kalau dia sendiri taknak pergi? Saya ingin selesaikan perkara ini secepatnya tapi dia tak bagi kerjasama langsung. Tolong beri guideline untuk saya puan. Saya sangat buntu.

    • admin

      Reply

      Encik sebagai suami boleh terus ke mahkamah syariah untuk buat pengesahan cerai. Beritahu hakim jika isteri enggan datang. Hakim boleh teruskan sebelah pihak jika terpaksa, yang penting dalam kes pengesahan cerai adalah kehadiran si suami berbanding isteri.

      • MSZ

        Reply

        30 April ni adalah hari bicara saya. Bagaimana kalau isteri enggan juga hadir? Kalau ayah mertua saya yang hadir instead of her daughter, boleh ke Puan? Adakah ia akan merumitkan perbicaraan?

        • admin

          Reply

          Encik, Hakim akan menentukan samaada dia masih perlu mendengar keterangan isteri. Berkemungkinan besar Hakim akan keluarkan waran tangkap terhadap isteri atau menyuruh Encik memaksa isteri datang. Jika Hakim merasakan keterangan encik seorang sudah mencukupi, Hakim akan buat keputusan selepas mendengar keterangan encik seorang.

  38. Pearl

    Reply

    Salam, Saya ingin tahu jika suami telah melafazkan cerai di luar mahkamah dan hanya mendaftar cerai kemuadiannya. Adakah tempoh eddah dikira pada hari lafaz cerai di luar mahkamah atau di mahkamah. Dan bolehkah hakim terima lafaz cerai tersebut?

    • admin

      Reply

      Tempoh iddah akan dikira dari tarikh lafaz cerai dibuat. Hakim akan sabitkan lafaz cerai sah atau tidak bergantung kepada lafaz tersebut, dan keterangan2 yang dikemukakan.

  39. Puan Mar

    Reply

    salam bole saya dapatkan nasihat drpd admin
    berkenanan suami yg selalu buat lafai cerai sindiran tapi bila saya bertanya berkenaan cerai dia tak mengakui ,menjatuhkan talak kepada saya.

    suami menipu status bujang tetapi suami orang dah bernikah di sabah.hanya diketahui selapas enam thn nikah
    tidak memberikan nafkah zahir dan batin kepada saya …dan nafkah anak..tidak pulamng ke rumah selama empat tahun setelah kantoi bernikah dengan wanita lain.
    saya nak memohon cerai khuluk dan hak jagaan penuh ke atas anak saya. bagaimana caranya bole berikan nasihat.

    • admin

      Reply

      Puan tidak sewajarnya mohon cerai khuluk kerana khuluk bermakna puan perlu bayar suami sedangkan suami bersalah dalam hal ini dan ini bukan perceraian yang tiada asas dalam hukum syarak. Jadi sepatutnya failkan cerai taklik jika sudah tidak balik rumah dan beri nafkah walau satu sen (atau belikan apa2 barang atau bayarkan sewa dsb) selama lebih 4 bulan berturut.

  40. iqram

    Reply

    Assalamualaikum, bagaimana proses perceraian di awal perkahwinan.. pasngan belum dapat sijil nikah hanya ada borang nikah… pasangan hanya baru sebulan kahwin. sedangkan dalam borang cerai memerlukan sijil nikah. dan apa kah yang akan berlaku pada suami yang melafazkan cerai luar mahkamah? adakah di denda seribu ringgit dan di penjara??

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, wajib ambil sijil nikah terlebih dahulu barulah boleh memohon cerai. Jika lafaz luar mahkamah akan didenda, penjara hanya jika gagal bayar denda.

  41. Reply

    Assalamualaikum saye nak tanya jika saya dan isteri saya dah tak bersama selama 7tahun .macam mana saya nak ambil surat cerai.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah,

      encik, surat cerai tidak akan dikeluarkan pejabat agama sehinggalah mahkamah syariah mengeluarkan perintah cerai. jika encik belum pernah melafazkan talaq terhadap isteri, mohonlah cerai agar hakim boleh memberikan kebenaran kepada encik untuk melafazkan talaq di dalam mahkamah. kemudian barulah sijil cerai akan dikeluarkan oleh pejabat agama yang berkenaan.

  42. Akhmar

    Reply

    Assalamualaikum.. Saya nak tanya..boleh ka saya mntk suami lepas kan saya secara baik dgn alasan saya dah tak boleh terima/ syg/ hormat dia sebagai suami.. terima kasih.

    • admin

      Reply

      Waalaikumussalam warah matullah, Puan. Sebenarnya adalah berdosa besar bagi isteri meminta cerai tanpa sebab yang dibenarkan syarak iaitu apabila suami tidak melakukan apa2 kesalahan besar seperti cuai nafkah, curang, pukul dan sebagainya. Jadi saya cadangkan Puan dan suami cuba selesaikan dahulu masalah antara kalian dengan pergi ke kaunseling secara sukarela di pejabat agama berdekatan. Tetapi jika perceraian sahaja cara penyelesaian terakhir bagi kalian, berbincanglah dengan baik bersama suami dan jika suami rela melafazkan talaq di hadapan Hakim, barulah Puan patut meneruskan dengan permohonan cerai secara baik di Mahkamah.

  43. Suraya

    Reply

    Assalam Admin,
    Saya ingin bertanya mengenai bercerai secara fasakh sbb suami enggan ceraikan saya. 3 tahun suami jobless & tidak membantu sy membuat krja2 rumah, duduk mengunci diri di dalam bilik asing, selalu marah2 & bermasam muka dan kini suami menjalin hubungan cinta dgn kenalan di laman sosial. Sy akui sy juga ada kesilapan tp saya x dapat nk terima kehadiran org ke 3 setelah apa yg saya korbankan utknya demi menyara keluarga & meneruskan hidup dgn beliau dan anak2.. kini suami secara terang2an menunjukkan hubungannya dgn kekasih tersebut tanpa mempedulikan perasaan sy sbg isteri.. sy bertahan demi anak2 tp kini sy ingin bebas & tentukan sendiri haluan hidup sy. Mohon admin jelaskan prosedur bercerai fasakh & apa yg sy perlu sediakan kerana sy difahamkan bercerai fasakh ini rumit kerana perlukan pbuktian & mungkin memakan masa sehingga bertahun.. T.kasih

    • admin

      Reply

      Puan boleh terus mohon taklik atas alasan suami tidak beri nafkah walau satu sen melebihi 4 bulan berturut. itu lebih mudah dibuktikan.

  44. Azlan hussin

    Reply

    Salam admin..saya nak tanya banyak soalan tentang rumah tangga saya..macam mane nak hubungi admin??

  45. Ainul Afqah

    Reply

    Salam,
    I am a final year law student from IIUM and will be completing my studies soon that is earlier next year. Will there be any vacancy for chambering student probably March or April next year? I really hope that I will be given the opportunity to experience working at your respective law firm. TQ.

    • admin

      Reply

      Salam.

      Thank you for your interest and we will be in touch with you via email.

  46. Ida

    Reply

    Salam,
    i ingin dpt kan khidmat guaman puan,jika tidak keberatan boleh i dpt kan email puan utk bertanya dgn lebih lanjut

    Tq

  47. Hazieq

    Reply

    Salam,
    boleh saya inquiry mengenai chambering position di Kin & co. adakah firm ini mengambil chambering student? terima kasih terhadap maklum balas. – Hazieq

    • admin

      Reply

      Salam Encik Hazieq,

      Terima kasih atas minat untuk menjalani chambering di firma kami. Kami berbesar hati dengan permintaan Encik tetapi kami memohon maaf kerana belum ada kekosongan buat masa ini.

      Ashikin Rahim
      29-11-2016

  48. NR

    Reply

    Salam,
    Loved reading your post. Informative and relevant information in a concise and plain words that the ‘unlaw’ people can easily understand.
    Would love if you could elaborate on ‘harta sepencarian’; what could be considered as harta sepencarian, claim pocess and etc.

    • admin

      Reply

      Salam,

      Thank you for reading our article and commenting.
      We will write on Harta Sepencarian soon, and will alert you once it is posted, insyaAllah.

      Kin & Co

  49. hanna

    Reply

    assalamualaikum… i do have a problem now regarding hal rumahtangga. harap sgt dpt berbicara dgn penulis . do pm me to my email.pliss

    • admin

      Reply

      We have emailed you our contact details. Please feel free to whatsapp us when able.

  50. xxx

    Reply

    Thanks for one’ѕ marvelous posting! I seriously enjoyed
    reading it, you’re a greаt author. I will make ϲertain to bookmark your blog and will often come back someday.
    I want to encourage yourѕelf to continue your greɑt posts, have a nice morning!

    • admin

      Reply

      Thank you for the kind response and looking forward to hearing from you again.

      Kin & Co

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *